PAGEVIEWS BLOG AKU GENAP ANGKANYA 8 888 888 JUTA! | Tak habis-habis sibuk dengan pageviews dia si Sis Lin ni kan, orang lain dah berjuta-juta, takde nak kecoh! hahahaha.. Ehh, sukalah, blog kita, kita punya sukalah. Hidup ni, jangan suka membandingkan dengan orang lain, kita yang usaha, kita yang buat kerja, so kita jaga kita sudah! Ada masanya dah penat nak fikir kata orang, kita buat aje apa yang kita rasa kita suka, hal lain tolak tepi je.
Alhamdulilah, dalam pada sibuk semalam dan harini bercuti bawa adik dan anak sedara bercuti di Legoland Malaysia Resort, diam tak diam, pageviews blog sudah pun mencecah ke 8 888 888 juta pegeviews! Tak sangka dapat snap betul genap 8 888 888 juta pada jam 1.02pm tadi. Satu kebanggan buat diri sendiri, di mana apa yang kita kongsikan ada juga manfaat buat orang lain hinggakan pageviews naik dengan cepat sekali.
Tu pun tak sempat nak buat apa-apa peraduan ke untuk pageviews 8 888 888 juta kali ni, sangat terlupa duk sibuk berholiday di Legoland hari ini, tu pun nasib baik ada sorang kawan yang bagitau tadi hehehehe... takpe kita tunggu pageviews 9 000 000 juta okay!.
Kadang takde apa pun istimewanya blog Sis ni, cerita ceritera membebel aje hal entah apa-apa, tapi syukurlah, masih lagi ada juga orang klik dan masuk membaca. Setidaknya tidaklah rasa menulis dan mengadap blog ni buang masa. Sebab itu kita pastikan niat kita tu satu, 'Sharing is Caring'.
Tapi tak semua benda yang Sis boleh kongsi, ada batasnya juga. Lagi-lagi bab family, ada certain je yang Sis cerita dan upload gambar, bukannya apa, kena ada had privacynya juga, kalau ada yang perasan dan ikuti penulisan Sis mengenai family Sis, mereka mesti tau, tak semua benda yang nak Sis kongsi di blog ni, harap maaf.
Tapi kalau bab resepi, masakan, jalan-jalan cari makan tempat best makan di Johor atau tempat menarik di Johor ke, haaa tu boleh Sis kongsi. Paling banyak pun Sis kongsi, info kesihatan, kata-kata motivasi sebagai muhasabah diri, atau pun berita terkini yang berlaku atau info mengenai sesuatu yang berlaku ke, haaa tu memang selalu laa Sis kongsi. Korang boleh je klik label di atas sekali blog Sis tu.
Kalau cerita ke sana ke sini dengan kengkawan pun ada juga banyak Sis kongsi. Ye laa kadang banyak tempat makan best yang Sis pergi, so Sis kongsikan. Dan paling banyakkkkk laaa sekali Sis kongsi adalah tempat makan buffet di hotel dan juga penginapan di hotel-hotel best di Johor. Haaa tu memang banyak.
Ye laa, kalau tak kerana jemputan media, ada juga yang Sis pergi sendiri dengan family, so Sis kongsikan semuanya di blog Sis ni. Pada mereka yang mencari infonya, makanya mereka akan dapatlah manfaatnya, betul tak?
Lain-lain cerita memang takde. Bab politik ke bab gossip ke, memang Sis takde kongsi menulis di sini ya, maaflah sangat. Kecuali kalau lirik lagu artis-artis yang terbaru, haaa tu ye Sis kongsikan. Lain-lain memang takde. Lagi satu, memang tak reti lee nak menulis bab artis ni, kang salah tulis, mampos kena saman kang, naya jee oi.. nama as blogger gak jadi buruknya, so hati-hati.
Korang yang nak tengok gambar-gambar sepanjang percutian Sis menginap di bilik Kingdom Themed Legoland Malaysia Resort tu, korang boleh lihat sepenuhnya di facebook page Sis di @akusislin sini. Semua details dan promosi yang sedang berlangsung Sis ada tulis semua. Berbaloi oii korang menginap di sini, mana tak, Buy 1 FREE 1 night dengan harga untuk 1 malam. Best ke idokk tuu.. sampai dah 3 orang kawan Sis beli dah untuk check-in esok hahahaha.. enjoy your holiday korang!!!..
Dan tidak lupa, terima kasih semua pembaca blog Aku Sis Lin semua. Moga apa yang Sis kongsikan menjadi manfaat buat korang semua. Segala pertanyaan atau sebarang teguran, korang boleh je letak di komen bawah ini atau ke email Sis linmdnoor@gmail.com ya..
I Sayang Korang Ketat-Ketat... *hugs*..
P/S: Letih sangat hari ini, tapi very enjoy dan happy sangat bila mereka gembira dan bahagia!!..
Cantiknya nombor! 7 x 8.
ReplyDeleteYaaa Amie, dapat pulak snap genap semua 8 tu...
DeleteIm happy for you. Please keep writing okey Sis lin.
ReplyDeleteThanks Qbal... you too, keep writing yaaaa
DeleteWowwww... cantik nombor smua lapan. Pasni 9J pulak yek kak
ReplyDeleteYaa Mar, alhamdulilah.. lepas ni road to 9 000 000 plak..jom kita!
Deletetahniah kakak!!!
ReplyDeleteu deserve it.. keep it up!
And keep blogging....
Thanks Ret atas sokongan ko!
Deletewah cantik nombor tu. tahniah kak lin :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteNombor 8 manyak ong kata olang hahahaha..makaseh Tiara..
DeleteTahniah kak
ReplyDeleteMakaseh Rabiatul..
DeleteAlhamdulillah, congrats sis :)
ReplyDeleteMakaseh Atie.. keep writing yaaa..
DeleteKetika saya membaca ni pageviewnya sudah melewati.. 8909799
ReplyDeleteTahniah Lin... Penulisan pun banyak info yang bagus.. Gud luck
Alhamdulilah, makasej juga buat Cella yang sudi jadi salah seorang peyumbang PV blog Sis..
DeleteWah tahniah sis lin. Kalau budaya Cina nombor 8 tu dah bertuah banyak tu. 8 juta kali bertuah. Betul apa yang sis lin cakap, kita boleh share untuk manfaat kita tapi bukan semua benda. Kena simpan juga untuk kita.
ReplyDeleteKan kan.. 8 manyak ong katanya...
DeleteKeep writing tau.. kita buat sampai jadi!
Wow..tahniah sis..hope lps nie blog view semakin rancak naik..😊😊
ReplyDeleteInsyaAllah..Suzie pun sama, teruskan menulis...
Deletetahniah kak!!
ReplyDeleteMakaseh Aju...
DeleteAaaaaaaa.. nak yang ke 999999jutaaa... ada adiahhhhh takkkkk??? Esok mesti naik nim. esokkkk. kan.. Tahniahhhhhhh ye! for 88888888 tuuu
ReplyDeleteHahahaha lambat nauu 9 999 999 tu laaa, kita tunggu 9 000 000 dulu Nonnnn
Deletewow! Tahniah sis Lin. Nombor cantik tu haa sederet 8. Semoga makin bertambah angka lagi dan terus maju dalam dunia blog. Aaminnn
ReplyDeleteMakaseh Fizah, banyak belajar dari Fizah gak ni..
DeleteYaaa kita sebagai blogger kena macamtu, sebab niche blog dan gaya penulisan semua orang tak sama.. ada orang tak update pun, tapi sebab content dia, ada je yang masuk blog dia, macam Sis lebih suka menulis apa yang Sis rasa nak tulis..
ReplyDelete