RESEPI ASAM REBUS IKAN KEMBONG NANAS PALING MUDAH TAPI SEDAP

Sis Lin
15
RESEPI ASAM REBUS IKAN KEMBONG NANAS PALING MUDAH TAPI SEDAP | Menu asam rebus nanas ni dah lama dah Sis masaknya, cuma tak sempat nak publish duk terlupa posting ni duduk dalam draft. Malam tadi duk belek draft dalam dashboard blogger, barulah ternampak posting ni. Ko bayangkan betapa banyaknya ek draft Sis tu hehehehe.. Semua tajuk je sesiap, tapi isinya belum ado. 

Disebabkan hari ini Sabtu, dan no idea nak update apa, so Sis publishkan aje la posting resepi asam rebus ikan kembong nanas paling mudah tapi sedap ni untuk korang yang nak mencuba atau takde idea nak masak apa hari ini. So kalau ada ikan kembong tu, haaa bolehlah cuba, nanas tu sebagai tambahan aje, takde pun takpe, tapi nanti tajuknya jadi asam rebus ikan kembong nanas aje la hehehehe. 

Menu asam rebus ikan kembong nanas ni kalau korang masak, korang padankan dengan sambal belacan dan juga kangkung belacan atau bayam goreng, perghh memang terangkat leee makan sepinggan nasi, silap-silap tak cukup, bertambah 2 pinggan. Lagi kalau menghirup kuahnya tu, lagilah sodap oii!. 

Resepinya pun mudah jee, macam biasa Sis follow resepinya Mat Gebu. Yaa suka ikut resepinya, sebab resepinya mudah sangat, bahan pun tak perlu bebanyak, semua guna mana yang ada dalam peti ais aje. Mudahkan?. 

Meh semak resepinya. 

Resepi Asam Rebus Ikan Kembong Nanas Paling Mudah Tapi Sedap

Kemain besau gambau terpampang, naik terliur nengokkk oii hahahaha.

Resepi Asam Rebus Nanas Paling Mudah Tapi Sedap

Bahan-bahannya :
3 ekor ikan kembong saiz sederhana, potong ikut besar ikan, cuci bersih dan toskan
1/2 biji nenas, kupas dan hiris kasar
1/2 inci halia, dititik (optional)
Segenggam Daun kesum
1 keping asam keping (ikut masam memasing)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

Bahan di kisar halus: 
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasaknya: 
  • Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama asam keping dan halia titik (jika guna).
  • Masak hingga mendidih dan tambah nenas, kacau rata dan masak sekejap.
  • Masukkan ikan, dan daun kesum.
  • Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula.
  • Masak hingga nenas lembut dan ikan masak.
  • Tutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba & Selamat berhujung minggu korang!


P/S: Alhamdulilah, terima kasih Suamiku kerana memahami kerjayaku as blogger ❤

إرسال تعليق

15تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah nampak sedap kejadiannya.

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Wak, lauk macam ni sedap aje selalu kann, hirup kuahnya pepanas...

      حذف
  2. Sedap. Macam ni PC suka hirup kuahnya Sis. kalau babah dengan mama bila masak asam rebus ni mereka suka masak nasi lembik-lembik sikit. Masam,pedas,manis cukup rasa ni. Fuh.

    ردحذف
    الردود
    1. Samalah kita, lagi letak nanas tu, memang bermangkuk leee ratahnya...

      حذف
  3. Masakan begini memang terus mengundang selera!

    ردحذف
  4. waaaaa thank you sharinng resepi ni, lapa la pulak tetiba

    ردحذف
  5. Woww... nampak sungguh melazatkan!!!! Makan ngan sambal belacan .. ngamm masam pedas gituu

    ردحذف
  6. Menarik ni tambah nanas. Saya masak tambah nanas kalau masak lemak cili api je.

    ردحذف
    الردود
    1. Yup, kalau asam rebus mesti Sis nak letak nanas...

      حذف
  7. Ooo macam arwah atuk juga buat, dia boleh meratah sepanjang hari makan itu aje..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!