RESEPI NASI AYAM CHE NOM MEMANG SEDAP

Sis Lin
22
RESEPI NASI AYAM CHE NOM MEMANG SEDAP | Yaa memang benar bagai di tulis tajuknya, resepi nasi ayam Che Nom memang sedap! Puashati rasa bila dapat masak nasi ayam untuk adik-adik dan rasanya sedap hingga licin periuk nasi 8 pot semalam hahahaha. 

Bukan tak pernah buat nasi ayam sebelum ni, cuma kali ni Sis kena masak banyak seperiuk, sebab adik-adik dan anak sedara nak datang bermalam dirumah, so memang ramai, kenalah banyak dalam kuantiti yang banyak. Kalau biasa tu masak untuk makan keluarga atau masak dalam 8 hingga 0 orang, ini kali hampir 20 orang, ko banyangkanlah hahahaha..

Mulanya anak Sis,Yana yang nak bantu masak, sebab dialah yang selalu masak nasi ayam ni kat rumah, tapi semalam, tunggu punya tunggu, Yana kata dia balik lambat sikit, adik-adik pulak dah bagitau mereka semua dah on the way, terus Sis kelam kabut redah siapkan bahan semua dan mulakan satu per-satu.

Dan akhirnya, anak Sis kakak kata, cuba Mak try bukak resepi nasi ayam Che Nom. Sis pun bukaklah dan ternampak resepinya tu dan terus mengikutnya step by step. Cuma semua bahannya Sis gandakan 3 kali ganda dari resepi asal, sebab Sis masak banyak. 

Ikutlah banyak mana korang nak masak, kalau banyak, gandakan aje. kalau tak, korang follow je laa semuanya step by step, memang puashati sedap!. 

Resepi Nasi Ayam Che Nom Memang Sedap

Itupun nasib baik teringat nak amik gambar hahahaha.. dah tengah makan baru minta adik amikkan gambar, maka terjadilah gambo melintang macamtu, adeiii redho je laa kann hahahaha.. 

Okaylah, Sis salinkan copy resepinya di sini dari blog Che Nom ni, korang kalau nak cuba, silalah yaa.. Memang Sis follow bulat-bulat kecuali Sis tak letak pewarna dalam nasi ayam tu je. Takut kang jadi rasa lain hahahaha.. 

Resepi Nasi Ayam Che Nom

Bahan-Bahan:
Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Resepi Nasi Ayam Che Nom Memang Sedap

Cara Penyediaan:
Cara untuk ayam:
  • Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  • Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  • Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  • Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:
  • Basuh beras dan tos air.
  • Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
  • Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
  • Kisarkan semua bahan di atas.
  • Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:
  • Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Resepi asal SINI 
Selamat mencuba korang!


P/S: Meriah rumah adik-adik semua ada, kalau tak sunyi sepi.. Mulalah Sis ko bizi kat dapur aje yaa...

Post a Comment

22Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. berselera nampak nasi ayam tu..

    ReplyDelete
  2. Bila makan macam ni biasa yang PC mulakan dengan hirup kuah sup dulu. Sedapnya. Owh nasi ayam.

    ReplyDelete
  3. Nasi Ayam adalah fav anak dara SA...Isnin ni SA cuti..boleh la buat nasi ayam untuk dania...

    ReplyDelete
  4. favourite nih nasi ayam..best kan masak makan ramai2..rindu keluarga

    ReplyDelete
  5. Resepi Che Nom ni memang mudah dan sedap. Pernah gak try beberapa resepinya cuma nasi ayam ni belum tapi akan simoan la resepi ni nanti kut nk cuba kan ...

    ReplyDelete
  6. Bagus Che Nom, resepinya mudah nak ikut, dalam blog atau pun dalam u tube.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nasi ayam! Fav family Iza ni. Lebih kurang la resepi Che Nom tu dengan family Iza buat. Confirm mmg sedap punya, Rasa nak masak nasi ayam pulak esok.

    ReplyDelete
  8. Guna mangkuk baru ke tue. Eh hahhaha

    ReplyDelete
  9. Sama la kita bru cuba sis Lin. Haha memang sedap la sampai anak-anak pun bertambah makan. hehe

    ReplyDelete
  10. Nasi ayam memang tidak menghampakan.

    ReplyDelete
  11. Saya pernah juga masak nasi ayam, tapi tak ikut resepi. Main campak2 ikut selera sendiri je. Hasilnya sedapla jugak tapi takde la rasa nasi ayam ori macam kat kedai tu, siap dgn kuah kicap, sos semua. Nanti saya nak cuba buat betul2 mcm ni pulak.

    ReplyDelete
  12. oh ada serai ek dalam nasinya tu...selama ni tak pernah letak serai dalam nasi ayam, boleh cuba resepi ni pulak nanti..

    ReplyDelete
  13. Wahhh siap masak 8 pot. Lama dah tak masak nasi ayam.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nampak nasi ayam ni. Marsha nak cuba buat jugak lah.

    ReplyDelete
  15. Wow! You needed a staggering 8 hours to prepare this chicken rice dish. I am sure you family could feel your effort and love in this dish.

    ReplyDelete
  16. Pergh memang puas hati kan masak sendiri, sampai 8 pot licin sis.. Memang sedap ni.. :) imagine kalau makan kat luar, berapa RM la habis kan.. lepas tue tak puas lagi..

    ReplyDelete
  17. Pernah buat nasi ayam dengan family haritu. Dah tiga kali buat. Masa first try tu sos dengan kicap dia tak menjadi sangat. Kali yang ketiga alhamdulillah menjadi

    ReplyDelete
  18. Thank you for sharing! I am so going to try this recipe soon! I love Chicken rice!

    ReplyDelete
  19. Terimkasih share resepi nasi ayam. pernah buat tapi kadang tu error juga taktahu la kenapa huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!