SEBULAN AJE LAGI MELANGKAH MASUK KE TAHUN 2021

Sis Lin
18
SEBULAN AJE LAGI MELANGKAH MASUK KE TAHUN 2021 | Cepatnya masa berlalu, diam tak diam, dalam kita meneruskan perjalanan sepanjang 2020 yang penuh dengan dugaan dan cobaan ini, tau-tau harini dah masuk 1 December 2020. Macam tak percaya dah nak sampai ke penghujung tahun kan. 

Nanti, pejam celik pejam celik, dah 1 Januari 2021, rasanya macam nak cepatkan aje lagi masa, biarlah 2020 ni cepat berlalu, nak keep moving ke depan dengan harapan ada sinar baharu untuk kita semua pada tahun 2021 nanti. Buat masa sekarang ni, otak sampai dah tak boleh nak fikir dah, siang malam macam dalam ketakutan dan rasa macam bukan dunia Sis yang sebelumnya. 

Mana taknya, bukak aje tv, bukak facebook, twitter, sana sini cerita pasal Covid19 ni, angka kes baharu makin hari makin naik, kluster dah macam-macam timbul, dah macam takde apa-apa reaksi dah bila baca berita dari KKM. Sampai kadang dah malas nak amik tau, tapi kena juga bukak dan baca, yee laaa, kotlah tiba ada kes di tempat kita, so kita kena alert. For now better #DudukDiamDiamDiRumah itu lebih baik. 

Hari Aids Sedunia

Dan untuk hari ini 1 Disember, adalah Hari Aids Sedunia

Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Pada hari inilah menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat HIV/AIDS. 

Pegawai kerajaan dan kesihatan turut menyambut hari ini dengan berucap atau berforum mengenai AIDS. Sejak tahun 1995, Presiden Amerika Syarikat melakukan perisytiharan rasmi pada Hari AIDS Sedunia. Kerajaan negara-negara lain turut mengadakan ucapan yang seumpamanya.

AIDS telah meragut lebih 25 juta nyawa sejak tahun 1981 hingga 2007, sementara kira-kira 33.2 juta orang seluruh dunia menghidapi HIV pada tahun 2007, menjadikan AIDS sebagai antara wabak-wabak pemusnah yang paling dahsyat dalam seluruh catatan sejarah. 

Sungguhpun rawatan antiretroviral semakun mudah didapati di merata dunia, namun wabak AIDS tetap mengorbankan kira-kira 2 juta nyawa pada tahun 2007,  yang mana 270,000 daripadanya berusia kanak-kanak.

Tema bagi Hari Aids Sedunia 2020 adalah, 'Soladiriti Sejagat, Tanggungjawab Bersama' .

1 Disember, Hari Aids Sedunia. Sebulan Aje Lagi Melangkah Masuk Ke Tahun 2021

Carilah kunci kebahagiaan hidup dari ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rejeki yang halal


P/S: Moga korang semua mendapatkan kebahagiaan yang diimpikan dengan  usaha sendiri, bukan atas penderitaan orang lain...sekian..

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tahun 2020 berlalu tanpa kita sedar dah nak masuk tahun 2021..

    Welcome December 2020

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Kak, no idea untuk nak sambut 2021 ni...

      Delete
  2. Selamat Hari Aids Sedunia... Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan diberi kesihatan yang baik

    ReplyDelete
  3. Tak terasa masa hampir setahun dilalui dengan berkurung di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Amie, tau-tau nak ke penghujung tahun dah..

      Delete
  4. Kejap je kan?!!
    Macam tak tau apa la ako dah buat tahun ni?!
    Harap tahun 2021 ada sinar baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee samalaaa.. nak sambut 2021 pun tak tau no idea dah...

      Delete
  5. COVID kian meningkat. Moga nanti Allah angkat setiap yang terjadi saat ini dengan sebaik-baiknya cara. Selamat hari AIDS sedunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin hari menjadi-jadi PC, naik seramm pulak daaa...

      Delete
  6. Rasa tahun 2020 ni takde apa je yg sempat ni buat. Balik kampung pun kurang sekarang sbb PKP kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai pun begitu Han.. redha aje laa, yang penting stay safe yaaa

      Delete
  7. Semoga covid cepat la pergi.. Sama la sis lin cik ash pun kadang x nak ambik pasal covid sbb fikiran jadi xtentu kadang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa lagi amik tau lagi pusing kepala, baca mana yang lalu je laaa...

      Delete
  8. sekejap je rasanya kan tahun ni berlalu..mudah2an sebulan yang tinggal ni terisi dengan sebaiknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sun, kita kejar PKPB je tamat dan sambung, tau-tau dah awal tahun baru nanti...

      Delete
  9. cepat masa berlalu.. pejam celik da nak 2021..
    mana laaa 2020 menghilang huhu.. semoga cepat ujian covid
    berakhir.. dan semua kembali normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Siti.. harap tahun 2021 akan lebih baik kann...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!