TENGAH PKPB NI, BELI BUNGKUS MAKAN DI RUMAH AJE LEBIH SELAMAT | Yaaa selagi masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan wabak Covid9 ni, kita ada pilihan kita masing-masing, samaada nak makan di luar atau bungkus makan di rumah, terpulang. Janji patuhi SOP dan jangan terlalu terdedah dengan kesesakan orang ramai.
Seeloknya memang bagus duduk aje di rumah jika tiada keperluan. masak dan makan aje apa yang ada. Kalau semua orang duduk di rumah seperti awal PKP dulu, rasanya tidaklah penularan wabak ni semakin menjadi-jadikan? Tapi akibat banyak pekerja, peniaga, dan sektor perniagaan terkesan dan ekonomi negara pun tidak berapa bagus, so kita dilonggarkan dengan PKPB dan kembali keluar ke sana ke sini, dan masing-masing bekerja seperti biasa, tak lupa juga ada yang masih bekerja dari rumah.
Nak buat macam mana, hidup harus diteruskan. Jangan menuding jari pada sesiapa, yang penting sekarang vaksin Covid9 adalah DIRI KITA SENDIRI. Ingat tu!.
Makanya kalau rasa tiada keperluan, kita duduk aje laa di rumah. Dan jika rasa nak makan sesuatu, tengah PKPB ni, beli bungkus makan di rumah aje lebih selamat.
Dan baru-baru ni ketika hari lahir Sis bulan November yang lalu (cite dah basi ni), kalau kebiasaannya Suami pasti akan bawa kami makan luar anak beranak, tapi disebabkan ketika itu Johor tengah PKPB, makanya Suami beli bungkus aja dan kami makan di rumah berjemaah.
Mana lagi kalau bukan tempat makan best Johor dan menunya dari Restoran Todak Orang Asli di Teluk Jawa Pasir Gudang Johor. Memang tiap tahun jika hari lahir Sis (anak-anak ada pilihan memasing), pasti Sis akan minta Suami bawa makan sini. Menu-menunya menang jadi kegemaran dan kesukaan kami sekeluarga. Harga pun murah berbaloi.
Baik dibeli bungkus atau makan di restorannya, pilihan menunya tetap sama kalau anak-anak yang order atau Suami yang pilih. So kalau kata Suami beli bungkus aje dari Restoran Todak tanpa bertanya menunya dengan Sis, Sis dah boleh agak menu apa Suami order dan dibawa balik kerumah hehehehe..
Antara menu jadi pilihan Suami kali ini adalah; Ketam Black Pepper, Siput Gonggong, Udang Kari Indonesia, Siakap Goreng Soya Sauce, Baby Kailan Asin, dan Sotong Goreng Tepung.
Ikan tu kadang ikut mood. Ada masa kalau makan di sana kami pilih ikan jenis lain dan masak stim nyonya, atau 3 rasa atau juga masak cili. Ikutlah suka korang, sebab dia ada banyak pilihan masakan. Tapi kalau menu ketam, udang dan sotong tu, itu memang MESTI kami order. Anak-anak dan Suami sukakannya.
Tak silap, harga semua menu tu dalam dua ratus lebih hengget aje. Sangat puas kami makan!. Alhamdulilah, atas rezeki yang Allah beri, kebetulan semua anak-anak ada dan lengkap kami sekeluarga meraikan hari lahir Sis di rumah. Takde yang lebih bernilai selain dari kasih sayang anak-anak dan Suami buat Sis. Terima kasih Ya Allah..
Korang kalau nak cuba makan di sini, silalah. Cuma sekarang tengah PKPB lagi, so rasanya, kalau ikut SOP masih boleh duduk makan situ tapi tak boleh duduk dengan kuantiti reramai semeja. Restoran buka seperti biasa.
Restoran Todak (orang asli).
1, Kampung Orang Asli, Telok Jawa, 81750 Masai, Johor
[Korang guna aje Waze].
Buka jam 11,30am - 11.30pm [Setiap Hari] .
P/S: Tengah mendelete gambar dalam gallery, ternampak gambar ni, so kita up aje laa.. buat geli-geli pada siapa yang membaca tu hahahahaha..
Dah lama akak tak makan kat sini sebab tak berapa selesa dengan orang ramai dan suasana bising. Dah pkpb ni mesti aman damai makan kat situ, kan. Macam nak ajak Pak Inche pergilah nanti. Bagus tapau terus dia bagi dalam tipuware tu kan, terus bleh santap..
ReplyDeletememang geli-geli aku baca ni..hahahha...sedapnya udang kari todak!
ReplyDeletekan..lagi bagus beli dan makan di rumah je. boleh kurangkan sikit kesesakan kat kedai tu..
ReplyDeleteAdoiiii rindu nya nak makan kat situ!!
ReplyDeleteSemua pun sedap-sedap...
aah dapnyaaa menu2. siput tu sedap kah ? jakun nengoknya
ReplyDeleteMenyelerakan betul tengok lauk2 tu semuaa
ReplyDeletesenangkan ,bungkus jer makan dekat rumah ,tak lah bersesak dekat tempat awam kan....
ReplyDeleteNampak gayanya kes kobit kat JDT ni semakin meningkat.
ReplyDeleteYa memang betul tu. Kalau tak nak masak bolehlar sokong perniagaan lokal dengan bbeli bungkus kan?
ReplyDeleteTrue.. fully agreed with u.. just stay at home and cook or call for delivery... bungkus makanan ni nampak sedapnya..
ReplyDeleteBtul.......kami pun kalo makes mask order takeaway food jer. That's part of the entertainment during this pandemic time. Take care dear.
ReplyDeletebetul sis. tapi tengok orang kat selangor ni dah macam takda apa2 je keluar. serammm
ReplyDeleteAmboi makanan dia order semua nampak sedap. Terliur menegoknya hahahha.. senang dan sangat praktikal
ReplyDeletetertarik betul dengan siput tu ...nak tahu gak macamana rasanya ...tapi kalau buat majlis memang better beli jer ....idaklah berkecah dan penat ...sesekali time birthday nak jadi queen jugak .....
ReplyDeleteBetul tu airah pun bungkus je makanan dekat luar kalau terasa malas masak. Malas nak dine in risau ramai orang time covid ni kan. Teringin tengok pelbagai lauk tu nanti ajak husband makan sini
ReplyDeleteSedapnya seafood tu semua. Restoran orang asli, cara masakan dia ikut cara orang asli la ya? Teringin nak cuba.
ReplyDeleteWah! Marsha nak ke Johor lagi 2 minggu kak.Boleh la cuba lauk kat sini. Nak tapau juga makan kat hotel nanti.
ReplyDeleteTerliurnya tengok makanan dia. Nampak sedap sangat. Bolehla cuba nanti kalau ke sana
ReplyDeleteYe lebih baik camni dan lebih selamat. Tengok je la kes yang meningkat arini seram oiiiii
ReplyDelete