THE FACE SHOP UMUMKAN BINTANG MEDIA SOSIAL BAHARU UNTUK MALAYSIA | Kempen #EcoBeautySquadMY mahkotakan graduan baharu Cassandra Yap Jie Ying selepas peringkat akhir dalam talian.
Jenama kecantikan terkemuka Korea THE FACE SHOP menamatkan Kempen #EcoBeautySquadMY dengan acara peringkat akhir maya yang gemilang - selepas berminggu-minggu berlangsungnya bengkel, cabaran dan penyingkiran, Cassandra Yap Jie Ying, 21 tahun, teguh berdiri hingga ke saat akhir dan muncul sebagai penerima pakej Hadiah Utama yang komprehensif bernilai sehingga RM20,000!.
Dilancarkan pada Ogos lalu untuk mencari personaliti muda yang menampilkan etos kecantikan sebenar dan semula jadi jenama berkenaan, peserta dari seluruh Malaysia mendaftar bagi merebut peluang mewakili THE FACE SHOP.
“Ini adalah perjalanan yang memperkayakan pengalaman dan memperkasakan semua peserta Kempen #EcoBeautySquadMY, terutama 10 finalis berbakat yang berjaya mara ke peringkat akhir,” kata Encik Steven Jeong, Pengarah Perniagaan LG Household & Health Care Sdn Bhd. “Kami mengucapkan setinggi tahniah kepada Cassandra dan tidak sabar untuk bekerjasama dengannya selama 12 bulan untuk kempen-kempen kami yang akan datang!”
Sepanjang Kempen #EcoBeautySquadMY, peserta mendapat bimbingan usahawan Venice Min dan pakar jemputan dalam satu siri bengkel bertema secara maya, disusuli dengan Cabaran, yang secara berperingkat menyingkirkan peserta daripada jumlah asalnya 100 orang kepada 10 peserta akhir.
Pada setiap peringkat, Cassandra memang seorang pesaing yang hebat dan juga salah seorang pemenang cabaran separuh akhir, My Better Half, di mana para peserta diminta untuk membuat penampilan solekan dua jenis wajah atas kedua-dua belah muka mereka.
“Saya berasa cukup berbesar hati dan bersyukur terpilih sebagai pemenang Hadiah Utama Kempen #EcoBeautySquadMY,” kata Cassandra. “Setiap bengkel bersama mentor kami Venice Min dan mentor jemputan sangat bermanfaat. Saya banyak mempelajari mengenai apa yang diperlukan untuk mencipta jenama saya sendiri menggunakan kandungan dan fotografi berkualiti.”
Cassandra membesar di Johor Bahru dengan ramai penyokong untuk memberi inspirasi dan mendorong usahanya. Setelah menyertai banyak pertandingan dalam zaman kanak-kanaknya, minat dan ketekunan untuk meningkatkan dirinya akhirnya berbaloi.
“Sebelum ini, saya hanya fokus pada bidang fesyen sahaja. Berkat pengalaman ini, saya telah menemui wajah lain diri saya sendiri dan sekarang saya lebih yakin dengan penampilan saya menggunakan produk penjagaan kulit dan solekan yang betul. Saya rasa setiap orang yang mengikuti saya di media sosial akan menyukai diri saya yang baharu ini!”
Peringkat akhir kempen itu terdiri daripada tiga cabaran yang direka khusus untuk menguji pelbagai kemahiran yang dipelajari finalis semasa bengkel, merangkumi penciptaan wajah penampilan tersendiri, tutorial solekan, dan kandungan menarik untuk memikat peminat serta pengikut, selain menggunakan teknik fotografi yang betul bagi mendapatkan gambar digital menarik. Keputusan dibuat berdasarkan gabungan markah juri dan undian pengikut.
Semasa peringkat akhir itu, setiap finalis berhadapan dengan tiga cabaran, yang perlu diselesaikan secara langsung di hadapan kamera. Dalam Cabaran 1: Rungkai & Buat (Undo & Do), finalis ditugaskan untuk merungkai penampilan sedia ada dan membuat semula rutin penjagaan kulit serta solekan mereka dalam masa hanya 30 minit di hadapan skrin masing-masing.
Untuk Cabaran 2: Raga Swafoto (Selfie-Posing), finalis perlu merakamkan potret yang diambil dari dekat dan gambar sepenuh badan dalam masa 20 minit sahaja. Ini diikuti cabaran ketiga yang mengkehendaki finalis membuat reviu produk secara spontan, untuk menguji pengetahuan mereka mengenai jenama berkenaan dan produk-produknya dalam masa 2 minit.
Ketegangan yang tinggi dirasai ketika pengumuman akhir dibuat pada sambutan gala FB Live dan Cassandra dimahkotakan sebagai Juara #EcoBeautySquadMY!
“Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk menjadi mentor kepada individu muda yang berbakat ini, dan berkongsi pengalaman saya dalam keusahawanan, penghasilan kandungan kecantikan dan perwakilan jenama. Saya sangat bangga melihat pencapaian mereka setakat ini dan mendoakan yang terbaik untuk mereka dalam semua usaha akan datang,” kata Venice. “Saya juga tidak sabar untuk melihat Cassandra dalam kempen THE FACE SHOP seterusnya!”
Pakej Hadiah Utama yang komprehensif termasuk kontrak 12 bulan dengan THE FACE SHOP, bekalan rangkaian produk THE FACE SHOP untuk 12 bulan, sebuah kamera DSLR dan keahlian gimnasium selama setahun yang jumlahnya bernilai sehingga RM20,000.
Untuk maklumat lanjut mengenai THE FACE SHOP dan Kempen #EcoBeautySquadMY, sila kunjungi www.thefaceshop.com.my atau ikuti saluran media sosial rasmi di www.facebook.com/thefaceshopmalaysia & www.instagram.com/thefaceshopmalaysia.
P/S: Tahniah buat semua finalist! Owang Johor ko menang hehehehe...
how i wish i can become a model one day! haha tapi tadak ciri2 model pon huhu
ReplyDeleteHahaha eh mana laaa tau rezeki Atie.. nanti next Atie masuk tau hahaha
Delete