10 NASIHAT SHEIKH AL-JABER SEBELUM BELIAU MENINGGAL DUNIA | Innalillahiwa innailaihirajiun, Pendakwah terkenal Indonesia, Sheikh Ali Jaber meninggal dunia SEMALAM (14 Januari 2021). Khabar duka pemergian beliau disahkan oleh Ketua Yayasan Syekh Ali Jaber, Habib Abdurrahman Al-Habsyi.
Ulama terkenal itu meninggal dunia di Rumah Sakit Cempaka Putih, Jakarta, ketika dilaporkan sedang menjalani rawatan COVID-19. Syekh Ali Jaber mengumumkan dirinya positif COVID-19 menerusi sebuah video yang dimuat naik ke laman Instagramnya pada 29 Disember lalu.
Allahyarham mengatakan bahawa beliau tidak menyangka dijangkiti walaupun sebelum itu sudah berkali-kali menjalani ujian swab dan hasil ujiannya negatif. Allaharham turut menekankan agar masyarakat sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mematuhi langkah keselamatan COVID-19.
Tidak lama selepas mengumumkan dirinya positif COVID-19, kesihatan Allahyarham semakin terjejas dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Pada 4 Januari, Yayasan Syekh Ali Jaber memaklumkan bahawa Allahyarham beransur pulih.
Dan semalam, Syekh Ali Jaber disahkan meninggal dunia. Sekalipun demikian, Yayasan Syekh Ali Jaber menekankan Allahyarham sudah negatif COVID-19 semasa menghembuskan nafas terakhir.
Allahyarham juga pernah menjadi juri dalam rancangan bulan Ramadan, Hafiz Indonesia, yang menampilkan keupayaan kanak-kanak menghafal al Quran dan selalu muncul di kaca televisyen bagi rancangan-rancangan keagamaan.
Allahyarham Syekh Ali Jaber berketurunan Arab yang lahir di Madinah, Arab Saudi itu berkahwin dengan Umi Nadia yang berasal dari Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 2008 sebelum mendapat taraf kewarganegaraan republik tersebut pada 2012.
Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang solihin. Aamiin...
P/S: Selain Habib Ali Zaenal Abidin, Sis selalu juga selalu tengok ceramahnya Sheikh Al-Jaber ni di Youtube.. Ajal maut semuanya di tangan Allah.. Allahuakbar..
Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga Allah tempatkan beliau di golongan orang yang beriman
ردحذفAl-fatihah buat beliau
ردحذفOrang yang baik-baik pergi dahulu. Al-fatihah buat beliau. :'(
ردحذفMudah-mudahan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
ردحذف