AKHIRNYA DAPAT JUGA AKU BELI OWL DIFFUSER YOUNG LIVING NI | Alhamdulilah, akhirnya dapat juga Sis beli dan dapatkan Owl Diffuser Young Living ni. Cute kan?. Lama gilerr ngidam, selalu perhatikan aje kawan-kawan beli dan tunjuk. Sebab tahu harganya mahal, takat income surirumah ni memang fikir dua tiga kali laaa nak belinya. Bukan lokek ke apa, tapi ada benda lain yang nak di dulukan keinginannya.
Ikutkan kalau minta kat Suami, dia okay aje, boleh jer dia bagi duit tambahan jika benda tu boleh membantu untuk kesihatan diri. Tapi sebab malas nak menerangkan satu persatu, so Sis tunggu aje laa kotlah nanti one day ada rezeki, nak beli guna duit sendiri aja, dan yakin pasti dapat beli..
Dan akhirnya, syukurlah, dapat juga membelinya. Yaa sejak dari tahun lepas hinggalah permulaan Januari, rezeki menulis blog tak putus-putus, walau tak berapa banyak jumlahnya, at least ada ler buat tambah-tambah duit poket sendiri selain Suami beri.
Dan kebetulan juga adsense pun memberi respon yang sangat memuaskan bulan lepas, sampai dapat cashout, so rezekinya ada, makanya laaa Sis nekad untuk rewardkan diri membeli sesuatu bulan ni dengan membeli Owl Diffuser Young Living ni.
Sis beli ni ketika Young Living tengah adakan harga promosi. Ketika tu jika korang beli Owl Diffuser ni, korang juga akan dapat sebotol kecil Young Living Essential Oils bersaiz 15ml. Tapi kalau korang nak tau, Young Living Essential Oils ni ada banyak bauan dan ada pelbagai khasiat setiap satu dan banyak kebaikannya. Salah satunya yang Sis dapat ni, Pure Lavender Oils.
Lavender mempunyai aroma manis, herbal bunga segar yang menenangkan dan menyegarkan. Ia adalah minyak pati yang paling versatil, dan kebanyakkan rumah suka meletakkan bauan Lavender di segenap ruang. Dan Lavender juga di katagorikan dalan status tertinggi untuk kulit dan kecantikan.
Kadang-kadang sesekali Sis tengok harga sebotol kecil Young Living Essential Oils tu, kus semangat, agak mahal juga oiii... tak rasa mampu nak membeli dan mengumpulnya. Kecuali jika korang masuk ahli mungkin dapat murah harganya kot. Tapi bila baca satu persatu kebaikkan dan manfaatnya, tak salah lebur sikit duit untuk dapatkannya kan..
Kalau sebelum ni, Sis hanya guna diffuser biasa aje yang Sis beli di Shopee tu. Dan minyaknya pun Sis beli yang biasa-biasa aja. Tapi bila dah mula pertama kali guna dan ON Owl Diffuser Young Living ni beserta titisan Essentiol Oilsnya, waduh!... Sis suka sangat!!..
Siap ada bunyi-bunyi, dan yang bestnya boleh bertukar warna hanya menekan kaki Owl tu hahahaha.. cute sangat kan!!
Kebaikan Diffuser Young Living:
- Bukan sahaja menikmati aroma tapi juga kebaikan khasiat pati minyak yg di-diffuse dengan menukarkan minyak EO kepada zarah-zarah halus ke udara
- Material plastik yang khas untuk tahan YLEO yang tersangat concentrated sebab PURE yang mampu melarutkan petrochemical jika guna plastik kualiti rendah
- Berfungsi sebagai Penyegar Udara dari anasir-anasir yang tak nampak di mata kasar
- Boleh ganti penghalau nyamuk untuk menghalau nyamuk dengan meng-diffuse Lemongrass (serai) atau minyak-minyak yang sefungsi dengannya
Haa baguskan?.. Korang dah ada? Kalau belum ada boleh dapatkan dengan agen-agen sah keahlian sekitar korang, atau korang juga boleh dapatkannya khidmat nasihat dengan rakan yang rekemenkan Young Living ni dengan Sis, dan Sis juga beli dengannya yaitu Mawardi Yunus.
Untuk beli Essential Oil atau berminat untuk mendaftar ahli Young Living, korang boleh klik link whatsapp berikut : https://wa.link/8qaj6x
Jom kita berasap-asap hahahaha..
P/S: Sekarang nak tidur pun Suami tanya, 'Tak ON burung hantu ke?' hahahaha :p
Happy oiling sis... Semoga murah rezeki dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.. :)
ReplyDeleteLaaaa ko nak ke?
ReplyDeleteKalau tau, ako belikan aritu... ako dapat harga offer...
nanti bgtau minyak dia apa yg ko xde
Waaaa.. nakk Ret.. nanti aku bagitau ko ea.. hehehehe
Deletesaya nak owl ni tapi mak tak kasi..jadi beli yang biasa tu je..
ReplyDeletecomel kan ni main tekan2 kat kaki dia.. saya pun menabong stengah tahun nk join..
dok tngk dlu kawan2 beli hehe..
alhamdulillah sislin dapat pwl diffuser tu. mesti tidur pon tersenyum je sambil diperhatikan owl yang comel tu.
ReplyDeletesaya pakai narinar.
Alah cute nya. Dah lama juga berhajat. Kawan-kawan PC yang guna YL ni memang masing-masing sungguh-sungguh menabung.
ReplyDeleteWhoaaa.. teringin pulak bila tengok dia bertukar warna pinkk! Banyak jugak kelebihannya ekk... Berguna jugak ni.. leh try
ReplyDeleteBest kan owl ni. Letak kat mana pun comel. Ada bunyi2 lagi.
ReplyDeleteTak tau pun ada burung hantu gini
ReplyDeletewhile, me still saving money for it ! huhuhuh
ReplyDeletesuami pun duk berkira kira nak beli benda ni.. tengok la dia wat balik ke tak nanti. hehehe
ReplyDeleteRamai kawan-kawan saya guna Young Living. Ada juga yang jadi pengedar / agen produk ni. Maknanya produk ni bagus la kan?
ReplyDeleteYaa Baizura, ramai dah mencuba dan kata baguslah Sis pun mencubanya.. alhamdulilah ada rezeki dapat membelinya..
Deletememang best pakai ni.Kita pun guna tapi bukan owl ni la..Suka bau peppermint dengan lavender..tak rugi lebur duit kat sini
ReplyDeletetak ada lagi young living ni sebab tak mampu la nak beli. Tahniah kak lin dah berjaya cashout duit adsense and reward diri sendiri :)
ReplyDeleteaduhh memang wishlist ni tapi bajet belum cantik haha eo young living memang best walaupun harga keras
ReplyDeleteWahh bestnye kita lom mampu lg. Hehe.. Berkenan jugak tengok. Jiran sebelah pakai memang wangi betol masuk rumah die.
ReplyDeleteDisamping untuk kesihatan, nampak gaya pengikat kasih sayang juanye. Hehe. Rawlins masih menabung nie. Tak sabar gak hehehe
ReplyDeleteMmg bagus produk ni.. sebab ramai yg dah guna mmg sangat puas hati.. nantila Kita pun nak beli juga
ReplyDeleteBest kan ada owl YL ni. saya pun guna owl kalau nak relaks sebab ada lullaby yang best. kalau tak guna desert mist :)
ReplyDeleteRamai yang bagi positive feedback tentang YL ni kan.. Berminat juga nak dapatkan satu juga la nanti...
ReplyDeleteAntara kebaikan lavender essential oil ni ialah membantu mereka yg susah tidur.
ReplyDeleteMemang wajib beli ke burung hantu ni hehehe kadang-kadang kita tengok comel juga hehehe tapi harga boleh tahan kita nak tunggu ia murah sikit lah wakakakkakak..
ReplyDeletenot only is this effective in diffusing your favourite essential oil, the design is exceptionally beautiful and attractive as well. i think it makes a really good birthday or housewarming gift!
ReplyDeleteThe Owl diffuser is so cute! Mesti nice to use with essential oil. I wish to have one too to help me sleep better
ReplyDeleteRos pun baru terjebak. lepas tengok kakak pakai. beli yang dessert mist tu. awal-awal dapat, dok main tekan lampu dia. hihi. moga serasi dengan ros..
ReplyDelete