AKU TERGAMAM TERDIAM TENGOK DRAMA TAKDIR YANG TERTULIS TU | Korang tengok tak Drama Takdir Yang Tertulis tu? Now baru nak masuk episod 6. Tapi memang sangat menguji emosi seorang wanita bila menengoknya. Sis sendiri jujurnya menangis tergaman terdiam tengok drama tu. Tak tau nak kata apa.
Kalau tengok dari episod 1, memang yaa ada salahnya sikap Juwita seorang isteri yang melayan Suaminya Azlan macamtu. Menengking mengertak dan tak hormat Suaminya depan orang ramai. Tapi 'isteri' tu seorang wanita, yang ada hati dan perasaan. Ye laa Juwita wanita yang bekerjaya, so memang laa selalu stress dengan kerja. Sedikit sebanyak mesti ada EGOnya sendiri kan?.
Tapi dah kata wanita dan seorang isteri.. tanyalah mana-mana wanita, sakit tak, hancur dan kecewa tak hatinya bila dapat tau Suaminya menipu bertahun lamanya yang dia telah di madukan... remuk hati bila mana selama 7 tahun mempercayai Suami, tapi Suaminya menipu isterinya yang dia telah di madukan yakni Suaminya curang dan menipu dia selama 7 tahun tanpa sedar. Tak ke rasa macam diperbodohkan selama 7 tahun tu?. Atau isterinya yang bodoh ?!..
kalau korang tengok bibit-bibit flashback dalam drama tu, semua hampir terbongkar penipuaan Suaminya, tapi tu laa dah kata isteri ni terlalu mempercayai Suaminya 100% kan, so terjumpa barang bukti (baju melayu dan outstation) tu pun masih tak dapat nak tangkap juga.
Dan paling sedih sekali, 'kawan baik'nya sendiri Ruhila yang menjadi madu dia. Cuba korang bayangkan hati Juwita ketika tu.. betapa hancur, kecewanya hati bila dapat tau... Allahuakbar.. memang menangis Sis dalam episod 3 tu..
Then masuk episod 4, bertambah sedih Sis.. kejam sekali Azlan menghalau isterinya keluar dari rumah semata memenuhi keinginan 'kehidupan mewah' Mak Mertuanya. Memang menyedihkan sekali. Tapi memang terampak wajah Suaminya terduduk menangis terdiam dengan perbuatannya.. mungkin itu semuanya bukan atas kerelaannya tapi terpaksa..
Tapi Suami dia tu tak rasa ke si Ruhila tu lagi kejam sampai sanggup minta Suaminya buang anaknya sendiri ! ! ! Bagi Sis itu lagi kejam..langsung takde perasaan keibuan.. Yang tu Suaminya tak pulak fikir ekkk.. jahat ! !
Dan sekarang dalam episod 5, semua keluarga isteri keduanya termasuk Ruhila tu sendiri duduk dalam rumah Juwita tu dan bersenang-senang dengan ke kemewahan yang dah sedia ada.. Ishh boleh yaa macamtu? Tidur plak atas katil yang dah Suami ko tu bersama dengan Juwita.. eeeee takde perasaan juga si Ruhila ni.. dasar semua kaki sondol macamtu ek..
Ni nak tunggu episod 6 pulak, entah macam mana laa sambungannya.. Sis tak tengok terus dari TV, Sis tengok di iFlix. So tunggu je laa espisod akan datang ni..
Nak tau juga kesuhannya, adakah Juwita akan bangkit dan balas semuanya? Atau satu hari nanti, apa yang Ruhila buat kepada Juwita, akan di balas yang sama dengan apa yang terjadi pada Juwita? Atau satu hari nanti Azlan pula yang akan melutut minta maaf pada Juwita? Haaa kita tunggulaaa..
Malas nak baca sinopsis.. tengok sendiri lagi puashati..
Takdir Yang Tertulis ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Shahrulezad Mohameddin dibintangi oleh Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad dan Alvin Chong. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda TV3 21 Januari 2021 menggantikan Bougainvillea.
Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis
Nad Zainal sebagai Juweta
Nazim Othman sebagai Azlan
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Isaac Iman sebagai Mika
Didie Alias sebagai Che Salmah
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Iman Suhana sebagai Ruzita
Muaz Fitri Maslan sebagai Hakim
'Kifarah Cinta, Mengejar Bahagia'
P/S: Dengan Suami Sis sekali terdiam tengok drama ni.. kenapa Ayahnya? Nangis juga ke? hahahahaha...
Alamak... ketinggalan keretapi pulak! Tak ikut dari episod pertama lagi.
ردحذفNanti boleh marathin Amie, sebab baru je masuk episod 6 hehehe
حذفhahahha hadoi nak kena marathon tgk drama ni....
ردحذفKo tengok... tapi bebaik, takut kena serangan jantung kang hahahaha
حذفsy pu tgk jgk..sedih tgk cerita nie..rasa nak mengis tu cnfirm ada..hehe
ردحذفKan Suzie, jahat plak si Ruhila tu, sampai sanggup biar kawannya keluar dari rumah tu..
حذفAkak memang tak boleh tengok cerita macam ni, menyampah, lagi suka tengok cerita yang komedi romantik
ردحذفHahahaha kena kawal emosi Kak kalau tengok.. kalau tidak, boleh pecah TV kang hahahaha
حذفpanas dan emosi tengok cerita ini, terfikir adakah orang sekejam itu eh? nauzbillah minta dijauhkan.
ردحذفAda aje Nasa, realiti kehidupan..
حذفSis ramai kalangan kawan yang lebih teruk dari dalam cerita ni.. huhuhu
mula tu nampak macam salah bini dia. bila masuk ep2 geram pula bila laki dia yg menipu selama ini..
ردحذفKann Tiara.. then sekarang geram plak dengan muka sucinya si Tuhila tu, nampak baik, hakikatnya... ermmmmm
حذفramai org tgh meroyan cerita ni skrg... il watch it when habis hahaha ...
ردحذفHahaha salah seorangnya Sis ko hahahaha
حذفSaya tengok! Memang sedih dan menggeramkan laaa... Mcmtu ke kalau prosedur mahkamah, haritu jugak dihalau serta merta.. Lol..
ردحذف.Tapi saya suka Mika dalam cerita ni.. Cute!!!!
Hahaha kann, guna surat kuasa aje.. sebab Juwita seorang Non.. takde orang nak bela dia.. kesian kannn..
حذفDrama emosi ni. Sekali lagi lakonan Nad Zainal dalam konflik rumahtangga selepas drama hati yang tersakiti.
ردحذفYup.. sebab tu memang nak tengok, lakonan dia memang menjadi betul..
حذفtak tertengok dah aku cerita2 ni...huhu
ردحذفNanti ko tengok laaa.. kompom makin hati hahahaha
حذفGeram tengok cerita ni byk plot twist. Nasib baik ada ita ting tong yg boleh buat kite gelak kejap. Hahaha. Terbaiklah abg ijat. Confirm meletup mcm drama Nur
ردحذفKan Ena, tak boleh blah tu yang dia kata Mak dia Firaun hahahahahaha
حذفTgu habis nnt br sy tgk sis.. hehehe... x suka ceta yg main² emosi penonton cmni... kang terbawak² ssh
ردحذفHehehe.. Sis suka, terbawak-bawak tu biasa lerr.. tapi jadikan pengajaran..
حذف