BUAT MASA NI AKU MAMPU KAYUH BASIKAL DALAM RUMAH AJE | Yaa Sis mampu kayuh dalam rumah je buat masa ni, nak kayuh atas jalanraya tu belum ada keberanian. Bukan kata tak reti nak bawa basikal, pandaiii... tapi 'hati kecik', nampak orang berbasikal je, kita follow belakangnya je Sis ko dah mula menjerit gerun, apa lagi kalau Sis ko sendiri atas jalan tu..
Sebab keduanya, takde basikalnya. Nak berbasikal atas jalanraya tu bukan main hentam je basikal biasa tu, dia ada basikal khasnya. Entahlah orang panggil apa pun Sis tak tau, tapi memang Sis tau memang ada khas untuk berbasikal. Sebab ramai kalangan rakan Sis yang cerita bab basikal tu dalam group. Harga pun boleh tahan mahaii oii..
Basikal tu ikut ukuran tinggi kita, kedudukan duduk atas basikal tu, berat kita, supaya bila kita kayuh jejauh pun, posture duduk kita time mengayuh tu selesa, takde laa ko rasa tersepit dan sakit pinggang juga kaki. Tu yang Sis tau laa.. kalau salah mohon maaf, ilmu berbasikal tak banyak.
Maka dengan sebab itulah,selain senaman berjalan ala Bristwalk atas treadmill di rumah, Sis juga memilih untuk bersenam guna Indoor Cycling Bike ni aje. Benda dah ada, kita belasah aje laa kan hehehe..
Buat masa ni memang dua senaman ni laa yang Sis buat dan Sis habiskan masa setiap pagi dan petang selama setengah jam untuk Sis bersenam. Mula tu memang kaw-kaw gile semua badan sakit oii, padahal kayuh dalam rumah aje, tapi penangan dia, semua betis sakit hahahaha...
Tapi atas dorongan semangat Suami dan anak Sis, Kakak tu, maka dengan itulah Sis kuatkan semangat untuk terus bersenam dan terus mengayuh setiap hari. Demi untuk kesihatan berpanjangan katanya. Ada masa skip juga oii hahahaha syyhhhhhh...
Yaa kadang stamina tu ikut mood juga, time mood ook, lebih setengah jam juga Sis bantai, kena kalau mood tak berapa nak good, 'janji buat' sudah laaa hahahahaha.. tapi kalau nak di bandingkan antara Sis berjalan atas treadmill tu dengan Sis mengayuh ni, pembakaran kalorinya lebih banyak bila mengayuh.
Bayangkan sejauh 21.56km tu mengayuh, pembakaran kalori tu sebanyak 724.9 kalori terbakar. Banyakkann.. tapi dia punya kepenatan dan berpeluh dia jangan cakaplah, macam mandi oii.. ini rekod paling jauh Sis mengayuh dan paling banyak kalori terbakar hahahaha..
Sebelum ni hanya takat 15km je macamtu Sis kayuh.. kalau atas jalanraya tu, mau sampai rumahnya Sunah kot hahahaha.. tapi sangat puas oii.. sangat!!!.. Mujurlah ada senaman-senaman ni kat rumah, so isi masa untuk bersenam sepanjang PKP ni.
Dan Sis berterima kasih juga pada Suami yang datang mood membeli segala peralatan bersenam di rumah ni. Suami pun rutin dia lepas Subuh sebelum pergi kerja dia dah mengayuh dan jalan atas treadmill.
Nanti Sis kongsi satu lagi alat senaman yang Suami baru je beli. Dia macam 'goyang inul-inul' gitu ko senamannya hahahaha.. ON aje, terus bergoyang seluruh badan .. adeiii..
Ini ada tips senaman mengayuh atau berjalan atas treadmill atau larian jogging yang korang boleh gunapakai. Tak kisahlah di rumah ke atau di luar. Rasanya sama je..
- Lakukan warm up iaitu kayuh/jalan laju untuk 3 minit
- Kemudian mulakan sedikit kelajuan yang normal untuk 1 minit
- Selepas 1 minit, kayuh/lari selaju mungkin untuk 30 saat (speed up, do NOT reduce the speed)
- Apabila selesai 30 saat, kayuh/larian jogging pada kelajuan normal untuk 1 minit tetapi jangan terlalu perlahan
- Kemudian ulang kembali speed 30 saat dan kayuh / lari normal untuk 1 minit
- Ulang untuk 5 set
Selepas selesaikan 5 set, korang boleh rehat dengan cara berbasikal pada speed warm up untuk 1 minit dan mulakan kembali set tersebut untuk 3 kali. Sekurang-kurangnya habiskan 20 atau 30 minit korang, Tetapi jangan lupa untuk kembali warm up pada 3 minit terakhir, jangan sesekali berhenti selepas melakukan set-set tersebut.
Ada yang Sis terbacaa, ada juga orang yang muntah dan hampir pitam jika terus stop. Jadi warm up dahulu sebelum korang berhenti kerana ia akan memberi ruang kepada jantung korang untuk kembali normal. Kerana sekiranya korang terus berhenti, apabila jantung korang dalam keadaan denyutan yang laju, korang akan mula rasa berpening dan berpusing, jadi, warm up dan teruskan bergerak, jangan berhenti.
So korang jika nak bersenaman mengayuh atau larian jogging or bristwalk, korang guna tips di atas. Sis copy sana sini untuk bagi ringkas dan mudah korang faham.
Selamat bersenam korang..
P/S: Tak kisahlah senaman apa pun atau alatan senam apa, janji buat dari nan ado.. Jom kita sihat!!.
Selamat mengayuh!
ReplyDeleteSaya tak ada ruang yang mencukupi untuk beli basikal ni. So saya jogging setempat je dalam bilik.
Tak apa, tu kata janji buat Baizura...
DeleteTerus semangat Sis..gogogo.
ReplyDeleteYes.. ayuh kita sihat...
Deletewow...chayok2..suzie pn ada basikal kat rumah..musim pkp buat aktiviti kat umah jer la...
ReplyDeleteYee Suzie, dari jadi tukun atau tempat sidau tuala, baiklah di gunakan time PKP ni haa.. sebab tengah tak sibukkan..
Deletesyabassss!!! #clap #clap
ReplyDeleteYehaaa... angreee angreeee... hahahaha
DeleteBest juga sisi lin..mgayuh kat rumah..kalau shida pn suka!
ReplyDeleteKannn, sambil kayuh berangan.. bukak lagu then berangan lagi hahahaha
Deletetak apa sis , janji peluh kluar!!! baru malam tido lena hehe
ReplyDeleteYee Atie, janji adoo.. ni pagi belum start ni hahaha.. kejap lagi ON..
Deletegood luck sis !!!
DeleteThanks Atie..
Deletehahhahahahahhah tak sampai oi rumah aku kalo 15km! ko kena kayuh lagi sampai 30km 🤣🤣
ReplyDeleteJauhnyaaa rumah ko ek.. aku ingat 20km tu dah sampai rumah ko hahahaha
Deletehahahah jauh lerrr..kan selalu aku drive 50 minit baru sampai umah ko..nak dekat sejam..hahahahhaha
DeleteHahahaha ingat kee tak sampai 20km hahahaha
Delete