DAH BANYAK KALI MENCUBA, BARULAH MENJADI SOTONG CELUP TEPUNG AKU NI

Sis Lin
21
DAH BANYAK KALI MENCUBA, BARULAH MENJADI SOTONG CELUP TEPUNG AKU NI | Tajuk tu jujur sangatkan, tapi memang betul pun, buat apa nak tipu. Time tak jadi kita tak payah buat posting, time menjadi barulah kita kongsi, ye dakkkk.. kang kongsi yang tak berapa menjadi, pastu korang cuba pun tak jadi, kes naya kang.. tak memasak Sis ko juga kena kan.. sebar resepi palsu hahahaha..

Tapi ini kali jangan risau, Sis kongsi ni kalau korang buat kompom menjadi punya. Dah banyak kali mencuba, barulah menjadi Sotong Celup Tepung Sis ni. Tu pun guna tepung bestari. Kalau sebelum ni, Sis guna tepung goreng serbaguna tu. Jadi juga tapi tak secantik macam guna tepung bestari ni. 

Kalau jenis yang pro, mesti duk gelakkan Sis kalau baca posting ni kan huhuhu.. ye laa, orang lain lama dah tau dan banyak kali buat, Sis ko ni jee yang 'jakun'.. tak apa, Sis belajar, jangan jadi bodoh sombong, dah tak reti masak, tapi tunjuk hebat, biar kita tak pandai, tapi kita belajar. Bila dah pandai, ilmu kita kongsi. Jangan lokek nak kongsi, tak bawa mati resepi tu yaaa.. 

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Tengok tu kejadian dia, molek je kann? Sampaikan anak semua kata; 'Mak, ni sotong ring ke onion ring?' hehehehe.. Kena pulak dapat sotong yang besar gitu, memang best laa goreng celup tepung macamtu kan?. Kebetulan jiran setaman ada menjual sotong ring ni, Sis apalagi, sejak ada freezer, segala benda frozen Sis beli dan simpan.

Senang nak makan bendanya ada. Kalau sebelum ni masa takde freezer, agak susah nak simpan makanan beku, peti ais sedia ada tu dah sarat dengan ikannya, aiskrimnya, nuggget-nuggetnya, kentang gorengnya, aishhh memacam lee dalam tu, so bila ada freezer, Sis dapatlah asingkan ikan dan juga makanan sejuk beku. Sekali bukak freezer tu, dah macam kedai runcit oii.. 

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Okaylah Sis kongsikan resepinya harini yaa, Resepi Sotong Celup Tepung, sekali buat pasti menjadi hehehe.. 

Bahan-bahannya :
  • Sotong 
  • Telur 
  • Tepung Bestari 
  • Minyak untuk menggoreng

Yaa tu je laa bahannya. Mudah aje kan, yang pastinya sedap..Sotong tu terpulanglah pada korang, nak guna jenis ring macam tu ke, atau sotong sekor-sekor ke, atau korang beli sotong, then korang kerat-kerat sendiri, pun boleh. 

Atau korang nak tukar ke udang ke, ikan ke, pun boleh.. guna tetap sama bahan seperti atas. Dan ingat, TIDAK PERLU tambah garam atau serbuk perasa yaa. Tepung bestari tu dah siap sedia dengan bahan rasanya. 

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Dah Banyak Kali Mencuba, Barulah Menjadi Sotong Celup Tepung Aku Ni

Cara memasakya :
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sikit.
  2. Kemudian masukkan sotong ke dalam telur tu then gaul-gaulkannya dan biarkan sekejap.
  3. Letak tepung bestari ke dalam mangkuk
  4. Panaskan minyak untuk menggoreng.
  5. Apabila minyak panas, amik satu persatu sotong yang telah di celup telur tadi, dan lumurkan ke dalam mangkuk tepung bestari tadi. 
  6. Kemudian bila sotong dah bersalut tepung, terus masukkan ke dalam kuali yang panas tadi.
  7. Goreng hingga masak. 
Haaa senangkan. Korang cubalah, mesti menjadi punya. Sebab Sis dah banyak kali cuba, dan kali ni barulah puashati kejadiannya hehehe.. Sampaikan dah berulang-ulang kali dah membuatnya.. 

Selamat mencuba.. 


P/S: Harini Jumaat kan? Apalagi, jom kita baca surah Al-Kahfi..

Post a Comment

21Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Best resipi ni sis. Thank you. Dulu sebelum ni selalu tak jadi. Goreng sotong sampai jadi macam rubber band. 😆😆😆

    ReplyDelete
  2. memang senang kerja ada tepung bestari ni. Akak pulak tak guna telur, terus jer guna tepung besatri tu, orang malas kan, huhu

    ReplyDelete
  3. yeay jadi akhirnya...i selalu buat macam ni..tepung suka tepung bistari

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tepung bistari membantu dan memudahkan. Aduh ingat PC je kurang berjaya goreng sotong celup tepung. Masuk molek keluar sotong bogel je. Aduh. Tapi ni dah boleh buat.Tq Sis.

    ReplyDelete
  5. Tepung bestari tu tepi g gandum lah ya? Nak cuba la..

    ReplyDelete
  6. tepung bestari memang mudah. saya suka buat cendawan celup tepung guna bestari

    ReplyDelete
  7. Cantik kejadian sotong goreng tu. Ratah sepinggan pun boleh habis ni.

    ReplyDelete
  8. Wow looks really crispy and of course delicious to say the least. Ouh so you needed several attempts to get the perfect mixing. :)

    ReplyDelete
  9. selalu kalau saya goreng...tepung dan sotong tu tak lekat...

    ReplyDelete
  10. Tepung bestari ni memang best. Senang dan cantik je menggoreng. Makan pun, ngap-ngap cepat habis 😁😁

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap. Selalu mencuba tapi tak menjadi je , last2 balik terengganu cari dekat sana je 😅

    ReplyDelete
  12. Saya pernah cuba sekali je masak sotong goreng tepung ni. Pakai tepung tempura. Tapi tak jadi. Lepas tu malas dah nak cuba.

    ReplyDelete
  13. sedap ni.. nak cuba buat dengan cendawan la resepi sislin tu.. hehe

    ReplyDelete
  14. Eh. Mudah je ye. Ok. Nak paksa Maha mahu masak la sebab rawlins tak reti masak hahaha. Rawlins boleh tolong sediakan tepung dan telur je

    ReplyDelete
  15. akak, sedapnya! suka saya masak celup tepung sotong, udang dan cendawan. minyak kena baru, baru lah crispy. hehehe. kalau masak ni kena sorok-sorok yang dah siap masak tu, nanti ada yang suka melawat dapur sambil meratah. hehehehe

    ReplyDelete
  16. tepung bestari ni memang wajib ada kat umah. macam2 boleh goreng termasuk bayam brazil. sedapp uiitttt.. sotong tu kalau ena lepas cuci tos dulu kat tisu gulung putih bagi betul2 kering baru celup telur.hehe

    ReplyDelete
  17. sedap ni! kalau pergi terenggan memang wajib makan sotong celup tepung ni. okay nnti nak try buat dekat rumah lah. :)

    ReplyDelete
  18. so glad you tried out and experimented this recipe so you could share it with us. can't believe this delicious snack only require 4 ingredients. x sabar to try it out for dinner nnt!

    ReplyDelete
  19. Uisshhh!! ni favorite Nell ni... Kalau makan kat luar yang ada menu ni memang wajib order! Tapi kalau buat kat rumah lagi best kan... portion pun ikut suka kita.. :) Puas makan.. boleh try ni..!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!