DAH BOSAN DUDUK RUMAH KE TU?

Sis Lin
12
DAH BOSAN DUDUK RUMAH KE TU? | Bila kata satu negara PKP, makanya duduklah rumah dendiam. #KitaJagaKita dan Stay at Home jika tiada keperluan untuk keluar rumah. Lain kalau bekerja atau keluar ada keperluan, so terpaksa laa juga keluar kan..

Ingat tak bosan ke? Korang bosan ke? Tapi sejujurnya bosan tu dah lali dah dengan kehidupan Sis sebagai surirumah. PKP ke tak PKP ke, rutin harian macam biasa, tetap kerjanya di rumah dan habiskan masa hanya di rumah. So tidaklah ada kesan apa-apa pada kehidupan seorang Sis Lin ni haaa.. 

Cuma untuk jemputan media, food review ke, staycation hotel/resort ke, memang sangatlah terkesan, buat masa ini memang terus stop semua tu.. tapi itu Sis anggap sekadar warna-warni kehidupan Sis sahaja, jika ada yaa ada, jika tak ada pun Sis tak kisah, sebab kita faham keadaan sekarang ni memang perlu berhati-hati. Lagi tengah time PKP ni, sapa aja nak jemput ke event atau food review oii.. kalau ada pun, fikir banyak kali nak perginya.. 

Korang pula macam mana?.. okay ke tak tu?..

Dah Bosan Duduk Rumah Ke Tu?

Bosan tak bosan, ala bisa tegal biasa. Nak buat macam mana kan? Kita sabar dulu, biar keadaan reda barulah kita keluar seperti biasa. Sekarang ni kita kesiankan barisan hadapan kita tu yang tak putus-putus merawat pesakit postif Covid19 ni di hospital. Penat mereka kita amik peduli tak?

Setiap hari kes semakin naik, Sis pun sampai dah tak tau nak komen apa bila tengok carta kes baharu setiap hari. Mampu berdoa aje buat negara kita agar semuanya akan membaik seperti biasa. Walaupun tidak akan sama seperti dulu. Janji jangan putus berdoa..

Jangankan kata manusia aje bosan, tengok aje laa kucing Sis si Kenit tu haa.. dah dua hari duduk termenung tepi tingkap macam tu siang dan malam, tak tau kenapa.. Nak tanya kang, Kenit tu tak boleh nak jawab hahahaha so Sis perhatikan aje laaa dia.. 

Dah Bosan Duduk Rumah Ke Tu?

Dah dua hari sejak Suami Sis outstation dia suka termenung dekat tingkap macam tu, sampaikan semalam Sis hantar gambar ni kat Suami, malamnya Suami video call wahtsapp dan bertanya kenapa Kenit tu dan Sis amik Kenit suruh dia tengok video call tu.

Dan reaksi Kenit diam ajee tengok muka Suami di telefon.. ermmmm... Kenit rindu kat Ayah yee? Sedih pulak Sis tengok dia.. :(

Dah Bosan Duduk Rumah Ke Tu?

Yaaa setiap malam Kenit ni laa penyambut Suami Sis balik kerja, Dan Suami akan main dengannya sampailah si Kenit kejar Suami hingga ke bilik air menunggu Suami mandi. Adeii memang betullah kucing pun ada perasaan rindu, apalagi Emak ni Kenit...bukan kata rindu, risau pun yaa Ayahnya di sana kerja. 

Moga Allah lindungi Suamiku dan berikan kesihatan yang baik juga di jauhi dari penyakit wabak, aamiinn.. 

Sabar yaa Kenit, nanti Ayahnya balik yaa.. 


P/S: Bilalah semuanya ini akan berakhir? :(( ...

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. InshaAllaj, akam berakhir jugak... Setiap hari doa.. hanucurkanlah Covid 19 harini.. Even mustahil, tetap doa camtu... sobbss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Non, kita sama-sama berdoa yaa..aamiinn

      Delete
  2. Kesian Si Kenit...rindu ayahnya.
    Nanti ayah pulang bolehlah Kenit lepaskan rindu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Amie, setiap hari di layan oleh Ayahnya bermain, tu yang rasa hilang kejap tu hahaha

      Delete
  3. alahai kesiannya dok termenung di tepi tingkap..hehe

    ReplyDelete
  4. Kak Sue pun sama dah biasa tak keluar rumah, tak tau lah sampai bila nak habis covid nie kan Lin. Kes semakin hari semakin tinggi.. entahlah, harap kita semua sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak, kita duduk aje laa rumah dulu ni, ada keperluan baru keluar, pun dalam keadaan berjaga-jaga.. takut sekarang ni wabak datang entah tak tau dari mana..

      Delete
  5. sama2 kita berdoa moga covid ini cpt berakhir..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn.. mudah-mudahan ALlah perkenankan doa kita semua..

      Delete
  6. Miaw dah boring tu...asyik PKP...nak jalan2 katanya...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha biar dia duk uma, kang keluar entah mana kang, bawa balik penyakit hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!