MENU SARAPAN PALING SEDAP, LEMPENG CECAH SAMBAL TUMIS BILIS

Sis Lin
10
MENU SARAPAN PALING SEDAP, LEMPENG CECAH SAMBAL TUMIS BILIS | Assalamualaikum korang, dan selamat pagi Isnin. Kabare? Moga semuanya baik-baik aja ya. Yang kurang sihat cecepatlah pergi Klinik dapatkan rawatan. Sekarang ni kalau sakit sikit, jangan dibiarkan, kang melarat, lain penyakit pulak yang hinggap. 

Alhamdulilah hari ini hari baru dalam minggu ke-tiga di bulan Januari. Sis bersyukur masih lagi diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dikelilingi oleh orang-orang yang tersayang sebaik celik mata di pagi hari. So pagi ni korang sarapan apa?.

Sis pagi ni Suami kata dia tak nak sarapan, nak masak telur tampal roti kat opis katanya hahahaha.. dah sesiap bawa kuali pan yang dibelinya di DIY kelmarin. Nak diet kunun, kita tengokkan aje hahahaha.. Ye laa, katanya Sis ni hari-hari buat sarapan 'berat'. Berat tu maksud dia, Sis goreng nasi laa, jejemput laa, goreng mee la, goreng macaroni laa, dan paling kerap, lempeng cecah sambal tumis bilis ni hahahaha.. 

Kalau hari-hari macamtu, boleh gemuk katanya, kikikiki.. Yeee Sis ni mudah aje, apa yang ada kat dapo tu, tu laaa Sis masak. Lagi satu nak memudahkan kerja, pagi buat dan masak menu berat, kemudian boleh rehat sikit, agak petang sikit barulah memasak menu lain. Ye laa dah kenyang makan pagi kan.. 

Menu Sarapan Paling Sedap, Lempeng Cecah Sambal Tumis Bilis

Tapi semalam sebab Suami dan anak-anak semua tak kerja dan semua ada dirumah, so semalam pagi Sis masak sarapan Lempeng kosong ni makan cecah dengan Sambal Tumis Bilis. Rajin tak rajin haaa, pepagi dah meyambal Sis ko hahahaha..

Kerja mudah juga semalam, kebetulan nak masak asam pedas ikan duri, so Sis kisarkan lada kering tu lebih, so lada dah siap blend kan, tu yang rajin nak masak sambal pepagi. Kalau idok, memang tak kowser gak nak masak sambal pepagi oii hahahaha.. nasib baik tekak sendiri pun nak makan lempeng, tu yang melempeng sekilo tepung semalam. 

Alhamdulilah, sukaa tengok bila anak-anak dan Suami bangun, celik mata semua dah siap, kena pulak semua ada dirumah, so makan berjemaah sesama sambil berborak di meja dapo hal memasing. Lama juga kami tak makan begini, sebab biasanya tiap kali hari Sabtu dan Ahad, Sis keluar berdating dengan Suami makan diluar, ni sebab PKP kan, so masak dan makan dirumah laaa..

Menu Sarapan Paling Sedap, Lempeng Cecah Sambal Tumis Bilis

Pageviews Blog Sabtu dan Ahad 

Menu Sarapan Paling Sedap, Lempeng Cecah Sambal Tumis Bilis

Kalau hari minggu memang Sis tumpukan pada family, sebab tu kadang blog pun tak berupdate. Kalau yang tanya tu, haaa harap maklumlah ya. Dan lagi satu Sis tengok pada PV, kalau dah capai target tu, kira ookaylah, tak payah update hahahaha.. 

Tapi alhamdulilah walau Sabtu Ahad, dan update pun hanya satu pun, still juga laa ada pembaca yang membaca blog Sis. Tu pun kalau Sabtu Ahad Sis hanya share lirik lagi dan juga media release je. Janji blog berupdate orang kata. Sungguhpun gitu, ada juga meyumbang pageviewnya. At least target Sis melepasi 10k tiap hujung minggu dah lepas, dah ookay sangat. 

Dan yang memgembirakan dan tak di sangka, tiba-tiba semalam nampak notification di Facebook Pages Sis, blogger memasak Che Nom ada like di posting Sis yang Sis kongsikan Resepi Daging Masak Kicap Pedasnya tu.. Suka giler Sis.. tak sangka Che Nom ada perasan pada posting tu hehehehe.. 

Resepi Che Nom memang menjadi, kalau cuba aje kompom jadi dan sedap, sama macam resepi-resepi blogger Mat Gebu tu.. tak rugi mencubanya.. 


Okaylah, panjang pulak bebel pasal lempeng ni hahahaha... macam biasa, hari Isnin bizi sikit, nak mencuci cadar, tuala dan banyak leee kerja lain semua. Dah le keadaan rumah sekarang ni macam nak hari raya... hahahahaha adoiii... entah projek apa laa Suami dan si anak Sis ni nak buat, hurmmmm.. 

Nanti kita smabung... OkBai.. 


P/S: Malam tadi mimpi gali PERIGI... hurmmmm....

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Untung Lin rakyat dalam rumah pandai makan sarapan macam ni. Akak merasa ni zaman remaja dulu jer, skrg kalau buat ni, memang muncung la muka dua beranak tu, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak ni semua makan je Kak, apa kita masak semua bedal hahahaha

      Delete
  2. Kelmarin kita pun buat lempeng gak, tapi lempeng ubi kayu cecah sambal tumis cili padi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun sedap tuu.. tapi pestime dengar lempeng ubi kayu..

      Delete
  3. Sedapnya lempeng cicah sambal tumis dan makan dengan family sambil sembang. wahh terbaik PV blog akak..keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, makan pulak sejuk-sejuk pagi, memang sedap Fizah..
      Alhamdulilah..makaseh Fizah..

      Delete
  4. selalu juga try resepi che nom. senang nak follow :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn cara dan bahannya memang sedap sangat...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!