PENGANGKUTAN AWAM BARU DI JOHOR - AUTONOMOUS RAPID TRANSIT (ART) | Tiba-tiba teruja pulak dengan pengangkutan awam terbaru di Johor yang akan di perkenalkan pada suku tahun ini. Ye laa dalam pada kita risau keadaan pandemik ni, ada juga khabar gembira buat rakyat Johor dan rakyat Malaysia dengan adanya pengangkutan berteknologi tinggi dan canggih ni di Johor.
Kalau sedia maklum yang kita tahu, LRT ada di Kuala Lumput, MRT di Singapura dan banyaklah negara lain yang ada sistem pengangkutan jenis gerabak monorel gini, tapi di Johor, ini kali pertamanya syarikat Mobilus Sdn Bhd telah menerima gerabak sistem Autonomous Rail Rapid Transit (ART) ini, yang bakal menjadi projek perintis di Iskandar Malaysia pada suku pertama 2021.
Iskandar Malaysia, menjadi bandar pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menguji sistem Autonomous Rapid Transit (ART). Ia merupakan salah satu daripada ujian laluan untuk projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) sebuah sistem transit yang komprehensif untuk Iskandar Malaysia, meliputi rangkaian lebih 2,000 kilometer untuk Fasa 1.
Perancangan Program Ujian Perintis Bas ART di Iskandar Malaysia sebenarnya telah tertangguh akibat pandemik COVID-19 dan ia bakal menjadi ujian skala besar untuk projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT). Ia juga merupakan sistem transit komprehensif bagi Iskandar Malaysia yang meliputi jajaran melebihi 2,000km untuk fasa pertama.
Kenderaan ART ini ibarat "gabungan" antara bas, tren dan tram. Gerabaknya dilengkapi dengan penderia yang boleh mengesan litar maya di jalan raya, sekali gus membolehkannya untuk bergerak secara automatik mengikut laluannya, lantas membolehkannya untuk mengemudi laluannya sendiri secara automatik. Ia juga mampu bergerak sehingga 70 km/j dan membawa lebih 300 penumpang dengan 3 gerabak.
ART merupakan sistem transit kapasiti sederhana untuk pengangkutan penumpang di bandar menggunakan teknologi terkini dan membolehkan bilangan kapasiti penumpang tinggi pada kos yang lebih rendah, berbanding dengan sistem rel-ringan. Selain itu, ia menggunakan tenaga dari sumber yang mesra alam seperti elektrik atau hidrogen.
Gambar: ATR yang sedang di uji di China.
Kapasiti kenderaan ini boleh disambung sehingga mampu membawa kira-kira 500 orang penumpang dalam lima buah gerabak. Bersempena dengan projek perintis ini, satu kajian kemungkinan teknikal akan dilakukan oleh Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Pada akhir program ujian perintis bas di Johor, MITRANS akan memberikan laporan kemungkinan pelaksanaan ART sebagai sistem pengangkutan bandar baharu dengan merujuk kepada infrastruktur jalan raya dan persekitaran pengangkutan awam di Malaysia yang ada sekarang. Buat masa ini, ART telah digunapakai di beberapa buah bandar raya di China, yang terbaharu di Yibin, Sichuan.
P/S: Uishhh tak sabarnyaaa laaa kan... harap-harap ada laaa laluan ke pasir Gudang ni haaa...
Tak dapat ako bayangkan laluan dia.. Makin sesak x nak g bando? Sbb rel dia pun atas jalan raya gak kan.. Pape pun tahniah org2 johor.. Pasni bole eksyen sket ngan kita ye 😝
ReplyDeleteRasanya kurang sesak, sebab memasing di jalannya sendiri, kecuali ada yang jakun, sibuk nak tengok hahahaha
DeleteNasib baik kat Iskandar tak banyak kereta, ngeri kalau bayangkan dia masuk jalan skudai ke, jalan tebrau ke, hgway PG ke, haha
ReplyDeleteYe kak, sana jalannya lebar.. kalau ke Pasir Gudang ni, mau berlaga dengan lori..hehehe
Deletemula kat iskandar ye. hebat johor
ReplyDeleteYee Mar, nanti tak tau laa kot laaa akan sampai ke Pasir Gudang kannn
Deletebandar jb sendiri sekarnag pun dah sesak..hehe.anyway kalau ni cara boleh kurangkan kesesakan lalu lintas bagus juga,
ReplyDeleteTapi kalau tengok, banyak jalan dah di lebarkan, mungkin untul laluan ART ni laaa
DeleteWah. Meriahnya ART nie. Grand la Sis Lin kelak kalau nak pergi review kan. Hehe.
ReplyDeleteMoga berjaya dan mampu mengurangkan kesesakan di atas jalan
Iyee laaa... kalau tak nak drive tu kan jauh nau penat, so kalau ada ART ni senang kannn..
DeleteSyabas. Selalu tengok di negara orang, lepas ni boleh rasai sendiri.
ReplyDeleteKann PC, kalau tak jakun bila ke KL je naik LRT..now JB pun akan ada..
DeleteWow........bagus nyer Johor bakal ada ART. Senang nak jalan dan travel nanti. Thank you for sharing this information.
ReplyDeleteYee Fadima, next nak ke bandar dah senang, tak payah nak bersesak jem..
Deletestyle la design art ni. menarik ni. in future jalan2 johor naik ni je. takyah hadao jem haha
ReplyDeleteKan jenis tram 3 gerabak, nice aje kann atas jalan..
DeleteKadang2 nak ke JB malas juga rasa nak lalu jem dekat Skudai tuh. Harap2 kalau dapat, ART ni sampai ke Kulai.
ReplyDeleteBetul.. sana sini jem memang atas jalan. Mungkin nanti ada ART ni kuranglah jem..
DeleteWow! Amazing Good to know that Johoreans will be able to enjoy such advanced transportation soon. :D
ReplyDeleteYehaaa.. yaaa i pun tak sabar nak naik juga..
Deletefuhh bangganya ada terselit nama UiTM dekat situ haha! Power jugak teknologi pengangkutan dia sebab gabungkan 3 pengangkutan dalam 1
ReplyDeleteHehehe kann, jadi bahan uji juga tu nanti.. jomm ke Johor Farhana..
DeletePerghhh! bestnya Johor ada pengangkutan awam macam ni! teringat naik public transport macam ni time travel kat oversea.. very the convenient!
ReplyDeleteKannn, kalau di KL dah guna, now JB pulak laaa kita rasa hehehe
DeleteWahh.. advance nya Johor sekarang.. dah macam negeri orang putih pulak, ada tram. KL pun takde.
ReplyDeleteKann Ummi.. harap semuanya dipermudahkan dan jadi memudahkan warga Johor..
Deletefuh nampak canggih betul ART ni. boleh jadi 3 mode pengangkutan. ni yang buat berkobar2 nak ke JB nanti. hehe.
ReplyDeleteKann Ana.. tak sabar juga nak mencubanya nanti.. harap akan sampai juga ke tempat Sis..
DeleteWahhh lepas ni Johor makin maju lah kurang kesesakan hehehehehe tengok macam lrt sekali pandang macam MRT lak wakakakakak menarik lah ni hehehehe nak cuba bila beroperasi ni....
ReplyDeleteMudah-mudahan Maha. Kalau tak sesak juga nak ke bandar memasing naik kereta..
Deletebestnyaa!!!! johor makin maju huhuhu.. bila penang nak mcm ni eh
ReplyDeleteAjomm laa mai Johor.. nanti kita naik sesama hehehe
Deletewow, i am such a proud johorean after reading this! so happy for its rapid development and how it is leading the country in the transportation sector!
ReplyDeleteYaaa nanti come to Johor, kita naik sama-sama, tak payah memandu dah.. hehehe
DeleteWahh best ni.. makin canggih sistem pengangkutan di johor. Nak pg mana2 pantas
ReplyDeletePantas dan tuntas hahaha.. apalagi, mai laa ke Johor.. nanti boleh round bando..
Deleteaduh dah taip panjang..lupa pulak blog ni refresh..kahhhhhhhh..malas aku! nanti jumpa baru cakap..wakakakakka
ReplyDeleteHahahaa lain kali tunggu satu pusingan hahahaha..
Deleteuish cantiknyaaaa. hehe rasa macam dekat movie hollywood pula. thanks for sharing sis :)
ReplyDelete