PERFOMANCE BLOG AKU SIS LIN UNTUK TAHUN 2020 | Sepanjang menulis blog ni, Sis tak pernah juga update perfomance blog sendiri di blog ni. Jujurnya tak reti nak buat macam mana sebenonya. Lepas blogger Hisyamuddin ajar, barulah Sis tau mana nak tengok perfomance blog mengikut tahun, bulan atau minggu hehehe. Biasa nampak hanya yang perfomance harian aje. Nampakkan bengapnya Sis di situ hahaha..
Tu laaa bodoh jangan sombomg, tak tau bertanya, malu bertanya sesat jalan, betul tak?. Dan bila dah tau, tu yang rasa nak kongsikan di sini, agar ianya jadi semangat buat diri Sis untuk menulis lebih baik dan juga nak kasitau gak kat memana yang berkenaan, bahawasanya blog ni masih relevan, dan ada pembacanya tersendiri. Jangan asyik duk kata blog ni 'buang masa' je.
Sesekali kena tunjuk gak perfomance blog kita ni, so bila orang nak amik kita untuk write-up artikel ke, guest post ke, review ke, atau apa je laa job, mereka tau 'harga' untuk di bayar bagi blog ko tu, bukan main asyik nak FREE aje. Nak free pun agak-agaklah, kalau dah selalu sangat hantar dan hantar email aje, annoying gak kita, lagi gerammm...orang lain ko bagi 'sumting' dan invite event, yang kita ni kemain ko bagi email free je.
Tak dinafikan memang sebelum ni dan buat masa ni juga, ada certain posting tu Sis update FREE jer, tapi kebanyakkannya posting CSR atau yang Sis rasa 'benda' tu bagus dan pernah Sis guna. Kalau bukan berkenaan dengan blog Sis, memang maaflah Sis tak update. Dan tak perlu nak wahtsapp bertanya; 'Bila nak post ya?'.. ko ngase blog aku ni 'Surat Khabar Lama'??..
Ini perfomance blog Aku Sis Lin untuk tahun 2020. Tahniah buat diri sendiri!!!..
Untuk tahun 2020, memang Sis aktif sokmo mengupdate dan pergi review sana sini. Kira sakan laaa.. then datang pulak wabak Covid19, terus tak kemana-mana, hanya duduk diam-diam dirumah, tapi Sis still update macam biasa sebab blog Sis ni nichenya lifestyle, so memang ceritanya banyak kehidupan dan aktivi harian Sis aje la.
Kalau tak cite memasak, makan, kalau tak makan cite pasal anak-anak dan Suami, kalau tak cite pasal Suami, Sis kongsi pasal info, motivasi dan juga bab kesihatan. Tu semua random post yang Sis pusing-pusing update mengikut mood Sis.
Kalau Sis bizi, korang boleh nampak, sehari hanya sekali je Sis update atau pun langsung tak update. Kalau rajin, Sis update autopost, kalau takde tu, faham-faham aje laa, Sis memang bizi laaa tu..
Cuma sekarang memang rajin update laa sebab dah ada iklan google adsense kan di blog. Yang setahu Sis laa, kalau rajin ko update, makin banyaklah iklan keluar di blog ko. Kalau takde update, duit adsense tu pun memang payah nak naik. Tapi entahlah.. kadang pelik gak adsense ni, ada orang tak update blog pun, tapi tiap bulan boleh claim adsense.. mesti ada tekniknya kan?
Macam Sis buat masa ni alhamdulilah, tiap 3 atau 4 bulan, dapatlah claim adsense tu. Namun nak kasi tiap bulan claim tu, ermmm payah nauu!.. nak naik sehari lepas 5usd pun susah oii... kalau lepas 1usd tu sehari dah kira bagus dah! Siapa tau bolehlah share kan macam mana nak naikkan duit adsense tu.
Dan yang atas ini perfomance bulanan Sis pada bulan Disember tahun 2020. Penutup untuk tahun 2020. Ada ketikanya naik, ada ketikanya turun, ikutlah apa yang kita update. Kekadang tu update cite biasa pun boleh naik sampai beribu-ribu view sehari, ada ketikanya pula, ko update pasal cite viral pun, takde laaa naik banyak mana pun viewnya, tengok pada carian google laa yang 'tangkap' blog kita kan..
Bab pageviews ni jangan amik peduli sangat laaa, nanti ko stress. Amik kesah sikit-sikit sudah. Tak masuk dalam 100 bloggers terbaik dalam Malaysia pun takpe, bukan bermakna blog ko tak bagus, tapi mungkin ada kelebihan lain pada blog ko yang orang tak tau.
Ada orang langsung takde update pun blog dia, tapi pageviews dia sentiasa maintain aje selalu, sebab ada certain posting dalam blog dia yang memang orang cari. Tapi jangan bandingkan blog orang lain dengan blog kita. Kita dengan cara kita, mereka biar dengan cara mereka.
Teruskan menulis tak kiralah pageviews ko berapa sekalipun, jangan putus semangat dan asa, just chill-chill sudah, jadikan blog ni sebagai minat dan hobi, insyaAllah bila kita happy menulis apa yang kita suka, rezeki lelain tu datang bergolek ajee tanpa salah alamat. Kecuali pakai J&T, selalu barang tak sampai tapi check status dah delivery, tu satu masaalah besar betul!!!.. naik pening fikir!.
Banyak betul blog aku di lihat di luar negara tu yaa.. Takkan laa Donald Trump baca blog aku ek? Hahahaha..
Lagi satu, nak bersaing dalam dunia blog ni, bersainglah dengan cara sihat. Jangan sampai tutup periuk nasi orang dan cakap-cakap belakang pasal sesaorang tu demi untuk nak 'membodek'.. itu tidak good ya!.. Rezeki memasing semua ada, jika ko tak dapat rezeki tu, mungkin Allah dah siapkan rezeki yang lain pada ko. Dan jika ko dapat rezeki tu, buat dan updatelah yang terbaik, jangan sampai nanti 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.. eh betul ke pepatah tu?..
Okaylah cukup dulu apa yang nak Sis kongsikan.. Maaf yaa, posting ni hanya untuk di tulis secara peribadi aje, tiada kena mengena dengan yang hidup ..
Uishh nak masak apa ni ek??..
Sunyi plak bila adik-adik dan anak sedara semua dah balik..hurmmmm....
P/S: Now #JustStayAtHome aje laa.. Suami dah tak beri izin untuk keluar ke sana sini buat sementara ni. Tunggu keadaan Covid19 ni reda dulu.. Mungkin ini yang terbaik..
tahniah sis!! semoga kekalkan momentum blogging sis thn 2021 ni
ReplyDeleteAlhamdulilah, jom kita sama-sama naik majukan blog dan pendapatan kita...
Deletekan..semalam tiber Adsenses aku lebih 1USD...tak tau la mana datangnya tu..haha
ReplyDeleteTu laaa, ada masa memang lebih, ada masa kurang, dan alhamdulilah dua tiga hari ni adsense aku lebih dari 3usd..
Deletecongrats sis!! keep bloggin :)
ReplyDeleteMakaseh juga buat Atie, selalu datang komen walau Sis kadang tak nyempat nak membalas dan blog walking...
DeleteHahah ako pun nak ckp tengkiu kat ko sbb ko la yg sllau push untuk terus berblog... Ikutkan diri sendiri mcm dah malas, merajuk pun sama tapi sebab ko rajin TOLONG, jadi blog ako bernyawa balik hehehe.... tq kat sunnah juga sebab kdg rajin tlg buatkan header.... nanti kita belanja korang makan2 eh klu ada rezeki jumpa.. insyallah!!
ReplyDeleteSama-sama Ret.. yang usahanya ko, insyaAllah bila ada semangat tu, kita update secara tak langsung adsense ko tu naik laaa, ada juga masyukkk..
DeleteKeep it up kak. hebat tu. Adsense ni dia sejenis ikut algorithm google juga ke camne ntah. tak faham juga. kadang update banyak gitu gak. tak update dia lelebih lak. ikut mood agaknya. apapun kita usaha je lah :
ReplyDeleteKann Fizah, kadang tu dah malas nak amik port, lantak le naik ke sikit ke banyak ke, janji update aje laa blog tu kannn/./
Deletekite pon jenis jarang update. tapi adsense ok.huhu. agknye sbb hari2 suka up entri lama kt status wasap tu adsense ada je hasil. situ paling contact nombor suka stalk baca taw. share je link lama2 tu.
ReplyDeleteYaaa Ena, berbeza-beza kan adsense ni, ikut apa yang carian google rasanya.. keep it up Ena..
Delete