RAHIMAH TANPA RAHIM?

Sis Lin
12
RAHIMAH TANPA RAHIM? | Mula terbaca tajuk drama Rahimah Tanpa Rahin ni kepala terus terfikir, 'Oh, mungkin ceritanya seorang perempuan di lahirkan tanpa rahim, atau mungkin juga sebab penyakit, so rahimnya telah di buang'... aishh macam-macam dalam kepala otak ni fikir, apa laa cerita di sebalik tajuk drama Rahimah Tanpa Rahim ni..

Drama ni akan mula di tayangkan di Slot Akasia TV3 esok Jumaat bermula 22 Januari 2021. Dan juga akan boleh korang tengok secara online melalui aplikasi iQIYI Malaysia.

Drama Rahimah Tanpa Rahim merupakan drama terbaru terbitan TV3 selepas drama Bidadari Salju yang tamat pada Khamis, 21 Januari 2021. Dengarnya Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 tu pun ada berlakon sekali. So dapat bayangkan tak, jika wataknya sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku, so memang meletop laaa drama ni nanti kan.. Atau Mak Leha dalam drama ni jadi lembut hatinya? Kita sama-sama tunggu dan lihat.

Sis ko takut gak nak nengoknya, takut terjebakk kang, tapi tajuk drama ni sangat menarik perhatian Sis. So memang Sis tunggu juga nak tengok esok atau nanti Sis marathon tengok di iQIYI aje..

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim

Drama Rahimah Tanpa Rahim ini mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang.

Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar.

Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. 

Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul.

Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah.

Dah dah dah... kang pepanjang kang tak suspen plak kan hahahaha... 

Jadi jangan lupa saksikan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam melalui slot Akasia TV3. Korang juga boleh strim secara online di TONTON. Atau korang boleh juga tonton semula selepas habis tayangan di TV3 iaitu pada jam 8 malam melalui laman web www.iq.com atau download sahaja aplikasi iQIYI Malaysia. Di situ korang boleh tonton secara percuma.

Selamat menonton..


P/S: Sis ni bukan kaki drama, tapi suka tengok drama yang mana melibatkan hati wanita.. korang? ..

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. OK... letih tgk yg salju tu... harap rahimah tak membosankan....hhehee

    ردحذف
  2. teringat nama penyanyi dulu2 'Rahimah Rahim'
    Seangkatan dengan 'Rafeah Buang'
    Kalau google 'buahg rahim' keluarlah nama mereka berdua.

    ردحذف
  3. Belum ditayangkan lagi tajuk dia dah mencetuskan kontroversi. okay nak tengok nanti.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Fizah.. memang keinginan nak tengok betul drama ni.. sebab mengaitkan hal wanita...

      حذف
  4. mmg kaki movie, tapi malay drama ni tgk2 yg nmpk pelakon best jaaaaa

    ردحذف
  5. الردود
    1. Yee Amie, tengok tak? Dah episod kedua dah drama ni..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!