RAMBUT AKU DAH TAK GUGUR SELEPAS GUNA SHAMPOO DAN HAIR TONIC SEBORIN! | Korang mesti ada terbaca isu viral mengenai syampoo dan hair tonic Seborin ni kan? Korang ada mencubanya? Kalau siapa yang dah cuba mesti tau kesannya sangat efektif dan sangat berkesan giler! Sis berani cakap sebab Sis dah mencubanya selama dua minggu.
Mulanya memang Sis ada terbaca isu viral ni perkongsian dari sesaorang mengenai dua produk Schwarzkopf Seborin ni, tapi jenis Sis endah tak endah aje. Kemudian sewaktu adik-adik Sis semua staycation dirumah, kami ada tegur laa MamaDD sebab anak rambut depannya kemain banyak tumbuh, sampai terpacak-pacak hahahaha.. then MamaDD kata yang dia guna hair tonic Seborin ni. Haperr????...
Sis pun apalagi banyaklah pertanyaan, dah macam kaunter pertanyaan tanya itu tanya itu, maklum laaa jenis tak percaya isu viral laa katakan hahahaha,. Lepas tu apalagi, mengedik nak mencubanya, dan dan itu jam juga nak ajak MamaDD ke Watsons membeli hahahaha.. yaaa kat Watsons aje ada jual. Nasib juga area rumah ni dekat dengan Watsons hehehe..
Macam MamaDD tu dia hanya guna hair tonic Seborin aja, tapi Seborin ni ada juga shampoo untuk rambut gugur dan botak. Katanya adik, dia baca, nak lagi efektif guna keduanya, lagi nampak kesannya dengan cepat. Tak kisahlah cepat ke lambat, janji ada kesan dan rambut tak gugur lagi pun dah okay.
Sis memang ada masaalah rambut gugur dan nampaklah kalau di selak rambut tu, dah nampak jarangnya, tapi belum katagori botak. So sebelum botak baiklah kita atasinya kan?. So bila ke Watsons, alhamdulilah jumpa plak keduanya, Shampoo dan Hair Tonic Seborin, Sis beli dua-duanya sekali. Cuma dia ada banyak jenis tau, tapi yang Sis baca, bagus korang beli yang botol biru aja dulu. Rata-rata memang ramai kata yang biru ni untuk permulaan.
Cara guna shampoo Seborin tu sama je macam ko guna dan pakai shampoo harian korang, dan bila korang dah mula guna shampoo Seborin ni, korang stoplah guna shampoo-shampoo lain tu. Korang tengok hasilnya dulu. Jangan pakai campur-campur, kang rambut pun pening nak ikut arahan mana hahahaha..
Dan lepas korang dah bershampoo. Korang kena biarkan dulu rambut kering sepenuhnya. Macam Sis, Sis guna tiap kali sebelum tidur aja. Seborin hair care ni tak berminyak. Ia mengandungi extract root ginger dan Pro-Vitamin B5. Untuk pakai, just sapukan pada rambut kering atau rambut kering selepas dicuci, kemudian urut perlahan-lahan ke kulit kepada dalam masa seminit dua macamtu. Korang tak perlu basuh atau bilas rambut tu.
Sebab tu Sis kata elok pakai sebelum tidur. Bau dia memang macam ubat sikit, tapi bila dah letak ke kulit kepala, sejukk ajaa rasa ko. Sis ajar korang, nak mudah, korang belilah botol kecil spray kat ECO ke DIY ke atau DAISO tu, then korang tuang ke dalamnya. So nak pakai just spray aje. Kalau tak, korang kena tuang ke tapak tangan.
Setakat ni, inilah dua produk rambut yang Sis guna. Dan hasilnya memang sangat menakjubkan okay!. Anak-anak rambut banyak gilee tumbuh depan dan tengah, dan juga kelemumur pun nampak takde dah. Yang bestnya korang pegang rambut korang, rasa tebal .. arghhhh Sis suka! Kenapalah baru tau benda ni!!!..
Harga pun tak mahal dan berubah-rubah mengikut sale kalau di Watsons. Masa Sis beli tu tengah sale. Lupa plak laa harganya, tapi tak sampai melebihi RM50 punnnn sebotol.. Nak mudah korang beli je di Shopee pun ada, tapi hati-hati, sebab dengarnya ada yang FAKE!..
Lepasni nak try Hair Tonic Seborin yang botol coklat tu pulak. Kita cuba step by step..janji puashat!..Apalagi, korang kalau ada masalah rambut, korang cubalah.. Rambut Sis dah tak gugur selepas guna shampoo dan hair tonic Seborin... alhamdulilah..
#SisSharing
P/S: Suka tau bila nampak dan rasa rambut tebal semula.. macam mimpi!!!.. Now Suami pun Sis suruh pakai juga. Anak-anak memang pakai juga..
mmg bilarambut gugur ..riso sbb makin nipis..tq share product ni
ReplyDeletewah bagus ni..boleh beli pakai sama-sama dengan en suami.
ReplyDeleteAssalamualaikum.. betul. ramai jugak yang kata bagus. tapi setiap kali cari, Ss tak pernah jumpa.. aduuii...
ReplyDeleteWaaalaikumussalam, yaaa memang susah nak jumpa, lagi shampoo dia.. pergi ke Watsons terpencil sikit , jangan pergi Watsons dalam Mall hehehe..
DeleteLama tak dengar nama produk ni. Memang terbaik, pernah baca review mana entah. tapi lama dulu lah :)
ReplyDeleteShampoo ko tu dh mcm ako pakai haha.. Tp tonic ako pakai yg lain.. Semborin mmg dr dl bagus x silap
ReplyDeleteKo pakai yang tonic dia yang color coklat ek? Mula aku nak beli tu, tapi aku baca kata permulaan guna yang biru ni dulu...
DeleteUrmph.....I guess this shampoo is good for hair loss eh? Maybe I should try it too. Thank you for sharing your review with me.
ReplyDeleteYaa betul Fadima, for hair loss and also dandruff.. you should try...
Deletesusah betul nak cari shampoo yang serasi. lani pakai bawang je. kalau ada masalah rambut gugur boleh try brand ni
ReplyDeleteKawan Rawlins (si Kifli Mally tu) pun pakai nie gak. Now Rawlins pun nak try - bukan la botak tapi nak rambut lebih sihat kan
ReplyDeleteWahh, boleh pergi Watson nanti nak survey-survey lah shampoo ni. Memang menarik tertarik...hehe
ReplyDeleteBella pun ada pakai Seborin yang utk scalp. So far so good dan ada perubahan. Lps ni nak try yang wana biru ni pula sb rambut gugur banyak.
ReplyDeleteKulit kepala jadi kering tak sis selepas guna ni? Sbb sy pernah guna tonik jenama lain dulu, berhenti sebab kulit kepala jadi kering dan mengelupas.
ReplyDeleteTak kering Ummi, sangat berkesan, banyak anak rambut Sis dah mula tumbuh, nampak tebal rambut.. Ummi cubalah..
Deletewaaa bgosnya.. boleh la try lepas ni.. hopefully serasi
ReplyDeleteAda yang buat kulit jadi merengsa gatal lepas guna, anyway tengah mencari jugak nih..husband wife rambut gugur berjemaah nih. Bikin stress saya. Nanti saya nak cuba yang brand nih pula
ReplyDeleteYang ni elok Lea, tak merensa pakai, kering cepat dan tidak berminyak..
Deletewah, macam best je. Nak try gak la sebab rambut dah semakin menipis ni. anak buah kata dah ada penampakan nak botak dah. hahaha, risau beb
ReplyDeletewah menarik ni. rasa macam pernah nampak jugak dekat watsons ni. bolehlah nnti pergi beli sbb saya pun ada masalah rambut jugak :)
ReplyDeletetak pernah dengar syampoo ni. best juga kalau boleh hilangkan masalah rambut gugur ni,,
ReplyDeletewoow...am gonna checking this shampoo as recently after WFH, not sure because of stress or not. hair fall problem, wanna try this. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeletejarang nampa produk ni kat supermarket tapi baca review lin cam best pulak...nanti lps abis rejoice bolehlah try heheh
ReplyDeletei have been looking for a good hair tonic product and i saw this brand during my research. i wasnt sure if it was good but after reading your review, i am more confident to try it. thanks Sis Lin!
ReplyDeleteWaalaikumusaalam, Sis pakai syampoo selang sehari, tapi tonik tu setiap hari..
ReplyDeleteAsslm sis, maaf bertanya, tonic & shampoo ni dua kali sehari atau sekali sehari dah cukup ya?
ReplyDeleteWaalaikumsalam, tonik tu pakai je hari-hari tiap malam sebelum tidur, kalau syampoo tu yaa boleh cuci selang sehari.. ikut laa peluh rambut kan, kalau berpeluh cuci letak le syampoo sekali..
DeleteAssalam sis,maaf saya nak tanya syampu ni sis bagi pakai pada anak umur berapa ya?sebab sy dan anak perempuan saya ada masalah keguguran rambut yang teruk.macam -macam syampu dah tukar tapi tak berkesan.kalau untuk anak 6tahunboleh pakai saya nak cuba juga untuk anak saya.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, ooo maaf lambat jawab..
DeleteSis takde anak kecil, so yang mencubanya anak dah besar remaja ni.. rasanya tak sesuai kot untuk anak umur 6 tahun.. cuba guna syampoo yang berasas organik, dulu anak Saya pakai follow-me rambut dia okkay.. cubalah.. yang jenis untuk kelemumur..
Tadi siang saya dah beli dekat watson,harga dalam Rm53 rasenye.tapi saya beli untuk saya pakai la,untuk anak perempuan saya masih belum jumpa syampu yang sesuai,banyak kali tukar dah yang organik tapi hasil tetap sama.kesian tengok rambut anak nipis sampai nampak kulit kepala,dan tak mahu panjang rambutnye.
DeleteSaya pengguna setia regan hair tonic, not bad result dia tapi saja nak cuba yang lain..tak tahan tengok produk viral ni hehe ^^. Betul la tu sis, kat shopee ade jual diorang pek kan botol kecik hrga memang murah tapi ghisau kot-kot fake. Tapela nanti klua lalu watsons nak grab satu.
ReplyDeleteYaa ada jual tapi takut nak beli, baik beli kat watson ke kann.. di jamin selamat..
Delete