RESEPI DAGING MASAK KICAP PEDAS CHE NOM MUDAH DAN SEDAP | Hai korang, selamat pagi di hari kedua dan kali kedua kita berPKP. Korang okay ke tu? Harap semuanya baik-baik aja menjalani kehidupan seharian dengan penuh bersemangat walau bermacam dugaan dan ujian yang tanpa di sangka. InsyaAllah perbanyakkan berdoa agar Allah permudahkan urusan kita.
So apa menu korang hari ini? Harini Sis nak masak Asam Pedas Ikan Kembung dan juga Sup Kimchi. Dua menu tu semuanya atas permintaan anak-anak. Kita layankan aje laa kan, kang tak tunaikan permintaan, meroyan pulak anak-anak dengan boringnya duduk rumah kan.. *dia fikir boring dia je, kita ni? ermmm...
Pagi ni Sis nak kongsikan satu menu yang Sis cuba dan ternyata sedap sangat. Punca menu ni sebenarnya tercipta setelah Suami malam kelmarin tengok Youtube Che Nom dan ternampak resepi Daging Masak Kicap Pedas ni haaa.. katanya Suami, 'Sedapnya, ada daging tu, esok cubalah buat'.. hahahaha di gelak dek anak-anak masa Ayahnya cakap macam tu sambil tengok Youtube masak-masak tu..
Tak pernah-pernah tengok Youtube masak-masak Ayahnya hahahaha..
Dan kebetulan memang ada daging dua kilo yang Suami beli masa belanja barang dapur tu, so apalagi, semalam Sis mencubanya laaa.. Bukak website blog Che Nom dan Sis folllow satu-satu kesemua bahan yang Che Nom guna. Dan paling Sis pertama kali tau, Che Nom guna daun pandan dalam resepi daging masak kicap pedas ni. Lain dari yang lain.
Cuma Sis buat perapan daging macam Che Nom je lain. Ikut resepi Che Nom, daging tu dia perap semua dalam setengah jam, tapi sebab Sis beli daging yang bukan daging lembut, so Sis kena rebuskannya dulu, Sis guna periuk Noxxa tapi Sis masukkan semua bahan perapan yang Che Nom perap tu ketika merebus daging. Pun ookay.
Bahan-bahan untuk perapan daging :
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 sudu besar serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil serbuk jintan manis
Okay so jom kita tengok bahan-bahan untuk memasak Daging Masak Kicap Pedas ni.
Bahan-Bahan :
- 500g daging
- 1 batang serai, ketuk
- 1 helai daun pandan
- 1 batang kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 biji tomato, hiris nipis
- Kicap manis secukupnya
(semua bahan-bahan yang ini perlu di goreng dahulu tanpa minyak hingga layu sebelum dikisar)
- Cili kering (anggaran segenggam-ikut kepedasan masing-masing)
- 12 - 15 biji bawang merah
- 5 - 7 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
- Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
- Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
- Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
- Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
- Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
Tips :
Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut, kata Che Nom.. (Cuma Sis takut daging tak empuk, tu yang Sis empukkan dalam Noxxa dulu).
So korang cubalah. Lepas ni masak apa-apa letak daun pandan, memang sedap rasanya dan wangi masakannya.. Sis baru pertama kali masak tumis daun pandan ni. Makaseh Che Nom untuk resepi yang sedap sangat ni.. alhamdulilah..
P/S: Kecoh halnya Daging harimau Menangis tu... kesian harimau.. :(
sedapnya..trus rasa lapar ni..mkn ngan nasi panas2...bole cuba nanti
ردحذفResipi Che Nom sedap-sedap belaka.
ردحذفNak cuba la resepi Che Nom ni... ada gak sy cuba resepi Che Nom and memang mudah dan sedap.
ردحذفyummm yummm , tengok pun nampak sedap dahhhhh
ردحذفHehe thank you sbb bagi idea nak masak apa harini. Biasa masak kicap masam2 manis je, kali ni kita buat pedas pulak.
ردحذفsedapnya daging masak kicap pedas. makan pula dengan nasi panas2..sayur ulam. wah..sedap tu
ردحذفsedapnya! Mesti wangi kan daging tu sebab ada daun pandan sekali. Che Nom ni kalau buat pes confirm laku sebab ramai suka resipi dia
ردحذفtelan2 airlior tengok gambaq daging tu. okay next time nak buat la
ردحذفWahh peminat che nom rupanya sis ni hehe..ok nnt kte try
ردحذفSlowly nak venture into cooking juga la.. baru semalam try masak simple dishes.. jarang2 masuk dapur ni.. nak save recipe ni dulu.. :P
ردحذفMemang nad pun kalau tengok resepi, tengok che nom punya. Mana yang senng nak buat dan tak banyak bahan.. Ehhehe. Nampak sedp ni. Husbnd baru beli daging
ردحذفWah I have never tried this dish before! This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it soon :)
ردحذفape yang kecoh pasal daging harimau menangis tu?
ردحذفwah sedapnya daging masak kicap ni. saya memang suka menu ni. boleh tambah banyak kali nasi kalau ada lauk ni :)
ردحذفThanks for se so sedap recipe, nanti kelly nak try masak with ayam.
ردحذف