RUMAH McDONALD DI HOSPITAL TUNKU AZIZAH BERTUJUAN UNTUK MERINGANKAN BEBAN KELUARGA | Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menandatangani perjanjian rasmi untuk menubuhkan Rumah Ronald McDonald terbaru di Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur, dahulunya dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.
Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah, yang ketiga seumpamanya di Malaysia, dijangka siap pada suku kedua tahun 2021. Rumah penginapan sementara ini memastikan keluarga pesakit pediatrik sentiasa dekat bersama.
Antara intipati perjanjian, RMHC Malaysia akan menyumbangkan dana yang diperlukan untuk melengkapi dan mengubah suai Medi Hotel di Hospital Tunku Azizah menjadi Rumah Ronald McDonald, iaitu kemudahan rumah penginapan sementara untuk keluarga pesakit pediatrik yang dirawat di hospital itu.
Rumah Ronald McDonald yang akan dibina di tingkat 10 kompleks parkir hospital tersebut, dilengkapi dengan 20 bilik keluarga serta ruang makan, ruang rehat, dapur, bilik dobi, surau, ruang permainan dan kemudahan lain untuk penghuninya. RMHC Malaysia juga akan membantu memulihara dan menyelenggara fasiliti tersebut di Hospital Tunku Azizah.
Azmir Jaafar, Presiden RMHC Malaysia merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia berkata, “RMHC Malaysia komited dalam mengubah kehidupan kanak kanak di Malaysia. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menyediakan kemudahan penginapan yang sangat diperlukan oleh keluarga pesakit pediatrik di Hospital Tunku Azizah, terutamanya keluarga B40 yang tinggal di luar Kuala Lumpur. Rumah ini akan membantu keluarga pesakit menemani anak mereka yang menghidap penyakit kritikal serta memberi tumpuan kepada rawatan dan pemulihan anak mereka.
"Kami telah menyaksikan bagaimana dua Rumah Ronald McDonald terdahulu kami, dengan hasil kerjasama hospital universiti telah memberi manfaat kepada keluarga yang memerlukan, dan itulah sebabnya kami bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk melengkapi hospital-hospital wanita dan kanak-kanak di bawah Kementerian dengan Rumah Ronald McDonald, terutamanya hospital dengan jumlah kemasukan pesakit yang tinggi. Ini sekaligus mengotakan janji RMHC iaitu ‘Keeping Families Close’ atau memastikan keluarga sentiasa dekat bersama melalui inisiatif kemudahan Rumah Ronald McDonald," tambah Azmir.
Selain Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah, dua lagi Rumah Ronald McDonald terletak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) di Kuala Lumpur, yang telah beroperasi lebih daripada 20 tahun, dan di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan.
Kini terdapat lebih daripada 370 Rumah Ronald McDonald di seluruh dunia, yang menyediakan rumah penginapan sementara bagi keluarga yang mempunyai anak yang sedang dirawat di hospital dan fasiliti perubatan yang berdekatan.
"Kerajaan mengalu-alukan inisiatif RMHC Malaysia ini. Rumah penginapan sementara seperti Ronald McDonald House sangat unik kerana ia membolehkan keluarga yang dibebani masalah kewangan - terutamanya kumpulan B40 - tinggal bersama anak mereka semasa tempoh rawatan perubatan pediatrik yang panjang. Bagi pihak Kementerian Kesihatan, kami berharap usaha seperti ini dapat mendorong NGO dan badan korporat lain untuk bekerjasama dengan Kerajaan dalam meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan di hospital, untuk kepentingan rakyat Malaysia,” kata YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan Malaysia.
Azmir juga menekankan bahawa pembinaan Rumah Ronald McDonald terbaru ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sumbangan daripada para pelanggan McDonald’s melalui kotak derma merah RMHC Malaysia yang diletakkan di lebih daripada 300 restoran McDonald's di seluruh negara, rakan niaga, warga kerja McDonald’s, dan juga pemegang francais.
“Saya sukacita melihat sumbangan ikhlas yang disalurkan oleh pelbagai pihak, yang telah membolehkan kami membina sebuah lagi Rumah Ronald McDonald untuk digunakan oleh lebih banyak keluarga di Malaysia. Kami menghargai kemurahan hati mereka dan akan terus memperjuangkan keperluan kanak-kanak Malaysia melalui dana yang kami terima,” tambah Azmir.
RMHC Malaysia menjalankan 4 program utama untuk membantu kanak-kanak di Malaysia, iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Gift of Smile, dan pek Kembali-Ke- Sekolah untuk kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga yang memerlukan. Kesemua program ini merangkumi 3 teras utama RMHC Malaysia iaitu Kesihatan, Pendidikan, dan Kebajikan.
Selain kotak derma merah RMHC Malaysia, pelanggan juga dapat membuat sumbangan melalui Kios Pesanan Sendiri di restoran-restoran McDonald’s serta saluran pembayaran digital seperti PayPal, Boost, atau e-wallet Touch ‘N Go.
Sila hubungi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) di talian 03-7843 3388 sekiranya anda berminat untuk menjadi sukarelawan Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah atau bekerjasama dengan RMHC Malaysia untuk membantu kanak-kanak Malaysia dan keluarga mereka.
P/S: Tahniah McDonald's dan semua yang terlibat.. terus rasa nak makan Prosperity Burger laa plak hahahaha..
Alhamdulillah. Rezeki rakyat Malaysia.
ردحذفYaaa Amie, moga bermanfaat buat mereka semua..
حذفAlhamdulillah.. musim musim covid ni, byk pihak yg salurkan bantuan
ردحذفKann Atie, moga lebih banyak mereka yang tampil ke depan membantu...
حذفahhh alasan je tu, ko memang berniat makan prosperity burger sebenarnya kannn
ردحذفKakakakah aku dah makan le sebelum post posting ni hahahahaha
حذف