SANA SINI MESIN ATM 'NO SERVICE'!

Sis Lin
14
SANA SINI MESIN ATM 'NO SERVICE' ! | Arghhh stress Sis ko harini.. ke sana ke sini mencari mesin ATM untuk keluarkan duit, tapi semua 'NO SERVICE' !.. Tak tau laa apa masaalahnya, tapi boleh di katakan kesemuanya tak boleh guna harini. 

Dari Caltex Kota Masai ke Petronas Kota Masai, terus ke Petron area rumah Sis, tak boleh juga terus ke Petronas Taman Bukit Dahlia, pun sama semua tak boleh guna. Baik Maybank, mahupun CIMB.. pelik benar.. sampaikan ada seorang brother ni hangin dalam pam minyak tu. Dia bertanya sampai marah pekerja tu sebab dia tak percaya semua mesin tak boleh guna. Kalau tak boleh guna, kenapa tak panggil service or repair?... 

Betul juga ek?.. ermmm

Tapi entahlah, malas nak fikir. Nak ke bank pulak, sekarang ni bukan sesenang nak keluar masuk bank, ko kena beratur dulu dan bagitau nak buat apa. Kalau was-was jawaban ko, dia suruh ko balik, buat secara online je tau, tak payah masuk ke bank..erghhhh.. tu yang Sis tau laa orang kata, sebab tu Sis malas nak ke bank.. malas nak bersoal jawab.

Sana Sini Mesin AYM 'NO SERVICE' !

Dalam tangan hanya ada RM14 hengget aje. Sis nak ke kedai Acheh nak beli barang masak, sebab tu laa kononnya nak pi cucuk sikit duit. Bukan tak boleh beli di PandaMart tu secara online, tapi sebab memang fikir nak cucuk duit sebab wang cash takde dalam tangan. 

Nasib baik tadi ke kedai beli barang, ngam-ngam je laa bayarnya. Now cash tinggal RM4 ko hahaha..adeiii sabo je laa ek.. 

Tak tau pulak jadi gini. Sana sini mesin ATM 'NO SERVICE' !... Now tak tau laa dah okay ke tak tu semua mesin. Esok-esok je laa kita cucuk. 

Kenapa tak beli online?. 

Online online juga laaa, tapi cash kat tangan perlu juga. Paling tak pun RM 100 jadi laa.. kotlah terdesak nak guna, ada juga duit dalam tangan, betul tak?. Ni pun CIMB Clicks pun buat hal, dah 3 hari tak boleh buat instant tranfer, boleh guna IBG tramfer aje.. entah kenapa..adoiii... fening Mak nak soping oiii, terbantut mood.. hahahaha

Tempat korang mesin ATM ookay tak? 


P/S: Agaknya, semua keluar duit i-Sinar dan BPN kot, tu yang duit habis dalam mesin., lagipun hari gaji kann..mungkin juga laaa.. 
Tags

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sebulan skali ja cucuk duit... simpan rm200.. itu utk terdesak.. mostly online ja smua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa, sama laa at least dalam tangan ada duit.. ni nak cucuk terus semua tak boleh..

      Delete
  2. Mesin ATM di tempat kami okey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah kenapa haritu, semua tak boleh guna..

      Delete
  3. Kenapa tu?
    Ako dah lama x kluar cash...
    hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama juga aku Ret, cuma haritu terus takde cash kat tangan, tu yang nak pi mencucuk hahaha

      Delete
  4. masalah juga bila tak dapat keluar duit lagi-lagi time terdesak tak ada cash dalam tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Tiara, dah hajat yang nak beli tu, terpaksa di batalkan huhuhu..

      Delete
  5. Mungkin duit dalam mesin tu dah habis kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga Wak.. lagipun masa tu duit BPN baru masuk hahahaha

      Delete
  6. Kita paling gelabah kalau tiba-tiba mesin atm tak boleh keluar duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sama laaa Faizzah, jika tak keperluan takpe, ni time nak gunalah dia buat hal pulak...

      Delete
  7. Semalam keluarkan duit kat cimb dalam Todays Market tu.. Ramai jugak beratur, nasib time turn saya tu masih elok.. jgn ujung ujung x leh kuo.. Haru sayaaaaa.. Nak mencari lain. malasss behtul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis jarang ke Todays sana Nona, tak suka sebab ramai sangat orang asing..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!