SEJUK-SEJUK NI DUDUK DALAM SELIMUT AJE! | Sejuk lembab tiga empat hari ni membuatkan aktiviti dan pergerakan pun terbatas. Paling tak hanya baring, lepak depan tv sambil makan cekodok dan juga biskut. Air kopi? Opss maaf, dah 4 hari Sis 'cut sugar' dari mula tahun baru 2021 ni. Bukan azam tapi #SisCuba balik nak kurangkan kemanisan dalam hidup minuman.
Nasib juga anak-anak dan Suami support, so tiap kali nak makan atau lepak, mereka pun minum juga air suam sama dengan Sis. Kalau tak kebiasaannya kalau melepak nengok tv mesti Suami minta bancuhkan air kopiO kaw dia..Takpe laaa kita mulakan balik demi kesihatan berpanjangan.
Korang apa khabar? Ada terjejas dengan banjir ke?
Sis doakan jika ada antara pembaca blog Sis yang terjejas dengan banjir ni, mohon bersabar, kuat dan redha atas dugaan tahun baru 2021 ni. InsyaAllah ada hikmahnya tu yang Allah nak bagi. MUngkin rezeki korang akan meluas seluas dan se'bah' air yang mengalir tu..aamiinn..
Kucing-kucing kat rumah ni pun sama juga. Sejuk-sejuk ni semua duduk dalam selimut aje. Kalau Kenit mana orang baring di situlah dia menyelit. Tapi kalau Panjang, entah mana, tak dapat di kesan hahahaha.. tau-tau keluar je cari makan dan berak..
Memang nampak lemau sungguh dua ekor kucing Sis, langsung takde nak main ke nak bergurau ke, semua memang membuta duduk dalam selimut aje kejenya. Mengalahkan manusia, dah macam orang dalam pantang aje nengoknya, nasib baik tak pakai stokin..
Yaaa sejuk dia lain macam kan, kalau di Johor ni dah 4 hari hujan berturut, memang banyak kawasan dah banjir sana sini. Nak keluar pun takut juga, takut sangkut di tengah jalan, nak hadap jem, erghh memang tak lerrr Suami kata.. baik duduk rumah makan cekodok hahahaha..
Dan pagi ni pun Sis agak bizi sikit, nak ke bank uruskan hal berkaitan, tapi bukan leee nak beratur amik duit kwsp i-Sinar ke atau dividen ASB ke, tapi atas urusan lain bersama anak Sis. Harap harini takde laa panjang beratur di luar bank tu.
Korang tu yang tersenyum-senyum tu, mesti dah lulus ke permohonan i-Sinar kan? Alhamdulilah, syukur atas rezeki yang Allah berikan. Sekurangnya duit tu nanti boileh laa di gunakan buat keperluan keluarga. Memanglah duit kita, so inilah masanya nak digunakan sebaiknya kan..
Bagi yang belum semak tu, haaa dah boleh semak dah status permohonan i-Sinar tu. Dari semalam lagi ramai yang dah semak dan ramai yang dapat berita gembira, Tapi bagi mereka yang tidak layak terima untuk kali ni, jangan risau, boleh buat permohonan sekali lagi dalam katagori ke-2.
InsyaAllah rezeki tu tak salah alamat. Cuba dan usaha ya.
Semak status permohonan i-Sinar : https://isinar.kwsp.gov.my
Okaylah nanti sambung lagi yaa.. korang jaga diri dan Stay Safe..
P/S: Pagi ni nak mencari Laksa Johor sekali! Selagi tak dapat, selagi tu gerammm!!!..
kucing kt rumah dana pun kejenya tido je... sejuk itu yang layan je mata
ReplyDeleteKannn, sampai laaa ni Dana, semuanya keje membuta ajeee
Deleteseram nak ckeck status permohonan uhuhuhu
ReplyDeleteGahahaha Sis punya lagi best, tiada dalam sistem hahahaha
DeleteSalam Kenal,
ReplyDeleteJemput ke blog saya
https://241107hh.blogspot.com
Salam kenal Mona.. terima kasih sudi berkunjung..
DeleteKucing2 kita pun tido berbaris2 semalam masa balik kerja, kelako tengok
ReplyDeleteHahaha kan Kak, kesejukkan memasing, bekas berak pun kurang najisnya..
Deletekannn akhir2 ni sejukkkk aje..ni pun tadi baru lepas hujan...ok nak tido kejap lah
ReplyDeleteHujan tak menentu sekarang Sun...
Delete