SELAMAT HARI LAHIR BLOGGER MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM | Korang kenal ke siapa blogger Mat Gebu atau di kenali di facebooknya sebagai Adnan Ibrahim? Kalau sebagai blogger, memang rata-rata semua orang sangat mengenalinya. Yaaa empunya blog www.tiffinbiru.com yang memang sinonim dengan mangkuk tingkat birunya tu.
Blog masakan dia banyak berkongsi resepi dan pelbagai tips dapur dan memang berjuta-juta orang semua mencari resepi di blog Mat Gebu tu. Dan terkini hobi dia menanam kaktus pulak yang banyak di kongsikan di facebooknya. Berjenis-jenis seculent yang dia DIYnya sendiri sangat menarik perhatian semua.
Tak tau laa ek kenapa, jari dia tu macam ada 'magic' tau. Kalah jari pompuan! Apa je dia buat, semaunya menjadi. Lorrr yaa laaa Mat Gebu tu seorang Lelaki, bukan Perempuan oii.. berbelas tahun Sis kenal dia, memang setahu Sis dia lelaki, belum pernah nampak dia bertukar perempuan hahahaha..
Mungkin sebab lihat pada blog masakan dia, resepi dia, cara dia memasak dan juga gambarnya, mungkin jugalah ramai ingat dia perempuan, sebab ada juga kawan yang bertanya dengan Sis; 'Mat Gebu tu lelaki ke perempuan' hahahaha...
Yang penting, ko carilah merata wajahnya dia, memang takkan jumpa punya.. Mat Gebu is very low profile. Bukan nak puji membodek, tapi itulah dia selama Sis mengenalinya. Kalau ko nak tengok dia, haaa nengok aje jari dia hahahaha..
Jari kelengking bengkok tu sama dengan jari Sis, Sis punya pun bengkok macam Mat Gebu, lawakk betul! hahahaha
Sis mengenali Mat Gebu dari dunia alam maya ni (blog), tahun 2009 mula menyapa dan berborak melalui kotak chat MsjBox, kemudian ke Yahoo Mesengger. Memang orangnya sangat sempoi dan humble. Yaaa sangat merendah diri. Memang susah nak nampak dia menulis atau bercakap meninggikan diri, Kita akan selesa bila berborak dengan dia.
Tapi pertama kali Sis jumpa bersua muka dengan Mat Gebu setelah 2 tahun mengenailinya secara alam maya tau. Sis follow rakan blogger Sis (dah bersara pun jadi blogger) ke rumahnya di Sedenak dan itulah kali pertama berjumpa dengannya pada hari raya. Dan masa berjumpa dengannya, kami macam dah kenal lama, borak sakan, gelak ketawa dan tak boleh blah tu, Sis dan Mat Gebu ni boleh masuk bertanding Maharajalawak, sebab ada je bahan lawak nak di gelakkan hahahaha..
Sangat seronok tau waktu dulu-dulu jadi blogger. Sangat berbeza dengan keadaan sekarang. Dan hingga ke hari ini, kami berdua masih lagi bergelar seorang 'blogger'.. Sebab ramai antara geng-geng zaman Sis dan Mat Gebu mula kenal dulu sebagai blogger, semua dah stop menulis dah, ada setengah tu, sepi tanpa berita terus..
Dan hari ini 8 Januari, adalah hari lahirnya Mat Gebu @ Adnan Ibrahim. Sis dan Mat Gebu ni berkongsi tahun kelahiran yang sama. Kami lahir tahun 1976. Cuma Mat Gebu awal bulan Januari, Sis November, dan ada satu lagi geng sama TUA kami, Ben Ashaari tu bulan Disember hahaha..
Sis anggap Mat Gebu ni bukan hanya sahabat tapi lebih dari itu. Hampir 13tahun mengenalinya, banyak cerita kami kongsi bersama. Suka duka kami tempoh dan rasa. Budi dan jasanya sekeluarga takkan pernah Sis lupa. Satu anugerah dari Allah menemukan Sis dan dia.
Selamat hari lahir Mat!!..
Aku doakan moga engkau sihat, ceria bahagia dengan kehidupan ko. Moga Allah permudahkan segala urusan ko baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Aamiinn..
Tahun ni tak dapat nak smabut besday ko di Sedenak, insyaAllah ada rezeki kita jumpa. Buat masa ni kita #StaySafe yaa..
P/S: Terima kasih Allah atas persahabatan ini, dan terima kasih Mat sudi meneriam aku sebagai sahabat ko seadanya..
Hepi tambah umur Mat!! Moga ko dan keluarga sentiasa dilimpahi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik2 je... Aminnnn
ردحذفhepi besday pcm! semalam wish dia sebab ingat 8hb, rupanya 7hb ek semalam..bengong lah...dah tersampuk ngan pcben..
ردحذفHAPPY BELATED BIRTHDAY MAT GEBU :)
ردحذف