STAND BY ME DORAEMON 2 - NOBITA KAHWIN DENGAN SHIZUKA? | Siapa peminat katun animasi Doraemon ni? Sis salah seorangnya. Suka dengan keletah dua sekawan ni, kalau bertemu dan bercakap, ada je idea dan bahan lawak yang mereka nak kenakan satu sama lain. Tapi suka dengan keakraban mereka. Baik mereka berdua, ataupun dengan kawan-kawan baik mereka, yaitu Sinyu dan juga Giant..
Dan tiba-tiba je, ternampak perkongsian di media sosial mengenai poster Filem Stand by Me Doraemon 2 ni, 'Eh, Nobita dah besar? Dah nak kawin?' Waaaa... Nobita pun nak kawin dah oii, engko bila lagi? Hehehehe.. janga maraa aaa..
Filem ini adalah kesinambungan dari filem pertama Stand by Me dulu pada tahun 2014. Berikutan dari film sebelumnya itulah, sutradara Ryuichi Yagi dan penulis Takashi Yamazaki kembali menceritakan kisah terbaru antara Doraemon, Nobita, dan kawan-kawannya. Korang ada tengok? kalau belum boleh tengok di youtube, tak silap ada filemnya.
Kisah terbaru animasi klasik Jepun "Doraemon" dalam film "Stand by Me Doraemon 2" akan mula ditayangkan di Indonesia pada Februari 2021, seperti yang diumumkan di media sosial CBI Pictures. Poster film itu pun, kalau kita tengok, memperlihatkan wajah Doraemon dengan mata berair, juga Nobita dan Shizuka dalam pakaian baju pengantin.
Tapi apakah mereka betul akan berkahwin?.
[Baca Juga} : Drama Rahimah tanpa Rahim
Sinopsis Ringkas: Stand By Me Doraemon 2
Suatu hari, ketika Doraemon dan Nobita bersama, Nobita menemukan boneka beruang di biliknya. Itu adalah barang kenangan yang diperbaiki oleh neneknya yang meninggal ketika Nobita masih di zaman kanak-kanak.
Nobita, yang mengingati kembali nenek tercintanya dan tidak dapat menahan kesedihan lalu tidak berhenti menangis, dan ingin untuk menemui neneknya melalui mesin waktu. Doraemon tidak setuju, tetapi dengan syarat ia kembali segera setelah melihat dari jauh tanpa bertemu neneknya. Nobita setuju lalu pergi ke masa lalu.
Nobita diam-diam mengawasi neneknya dari jauh, tetapi keinginannya untuk bertemu neneknya tidak dapat di tahan, dan tak lama selepas itu, dia ditemukan oleh neneknya. Neneknya yang hairan dengan kemunculan Nobita yang menjadi anak kecil, dan menerimanya dengan baik hati lalu bertanya;
"Aku ingin melihat istrimu juga," kata neneknya.
Nobita dan Doraemon menuju ke masa depan untuk memenuhi keinginan nenek. Namun, pada hari pernikahan, Nobita hilang.
Menjadi tanda tanya, kemanakah Nobita seorang dewasa yang hilang dari pernikahannya sendiri? Dapatkah Nobita menunjukkan calon isterinya kepada neneknya? Dapatkah Nobita dewasa menikahi Shizuka?.
Kita tunggu dan lihat.
Sis pun teruja juga nak kesudahannya.
Jeng jeng jeng.. korang rasa?.. Kahwin ke tidak Nobita tu?..
P/S: Dapat surprise lagi.. Suami balik belikan hadiah, alhamdulilah.. terima kasih Suamiku..
hhahahha suspen je tau!!!
ReplyDeleteJom tengok hahaa
Dah lamanya tak nonton doraemon
ReplyDeletebestnya..nk tgk lah..
ReplyDeletelama giler xtgk cite doremon ni..
confirm sedih gila dan semua tertnya tnya Doraemon ada ka tak sbb dia habis battery :(
ReplyDeletealaa macam sedih je ni tengok doraemon ada air mata..
ReplyDeletedulu tak pernah miss tgk cerita doraemon lepas magrib..mmg minat tgk..dari drama smpi ke komik
ReplyDeleteEh.. Kemana pulak si Nobita tu pergi? Nanti nak tengoklah
ReplyDeleteAla.. Jangan la kawin dulu Nobita... Tiba pulak sedey ngalahkan Doraemon tau kalau Nobita kawin...
ReplyDeleteWow ada cerita doremon terbaru lah.
ReplyDeletealaaaa doraemon nangis2 ni rasa sedih jugak kang nangis sekali kang. Dah la fav kartun dari kecik sampai sekarang
ReplyDeletehari-hari tengok doraemon kat astro ceria. tak sabar nak tengok filem ke2 ni.
ReplyDeletedulu komik doraemon ni selalu beli. tak cukup tengok kartun. tak sangka betul2 kawen dengan sizuka
ReplyDeleteohh woow....thanks for sharing this as am Doraemon fan, am now waiting waiting for this movie in feb :D I wanna watch it. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteWalaupun kita dah 40 an tapi kita tetap tak sabar nak tengok cerita ni tau! sebab citer doraemon ni dari zaman kita kecik sampai sekarang masih wujud... nilah masanya nak tgk shizuka kahwen dgn nobita
ReplyDeleteStand by me 1 yang masa dekat salji2 tu ke.. Eh ke yg mana. Haha banuak sangat cerita doraemon ni.. Kene cek semula la.. Tapi layan kalau cerita yang movie macam ni
ReplyDeleteEh dah besar dah diorang ni? Dulu ni la kartun favorite saya, siap hafal lagi lagu jepun tu.
ReplyDeleteAritu tak tgk pun movie yg memula. Nak tgk yg 1st dululah. Then tunggu latest movie ni lak.
ReplyDeleteKalau Doraemon menangis, mau aku pun nangis sekali Sis. Daku ini pun boleh tahan cetek kolam air mata nie. Rawlins dah baca komik pasal nie so macam boleh agak apa jadi hahaha
ReplyDeleteRasanya cerita dia mcm sedih jer dalam filem ni.. btw x sabar nak tgk hehe
ReplyDeleteLama gila tak tengok Doraemon. Sad ending ke ni eh? Jangan karang kuta semua ikut berair mata macam Doraemon sudah....
ReplyDeleteMestilah Happy Ending, kan?
ReplyDeleteTakkan sedih pulakkk.. Adoi.. Kalau Nobita lom kawen, i kawen dulu la eh. Hahahahaha
wah tak sabar nak tengok seqeul movie doraemon ni. best yer happy ending kisah cinta dari zaman kanak2 ni
ReplyDeleteHari2 tengok kartun ni kt TV smpai boleh hafal sebab sumayyah ni fanatik betol. Hahaha. Confirm lah nak jugak tgk movie ni.
ReplyDelete