4 FEBRUARI HARI KANSER SEDUNIA

Sis Lin
14
4 FEBRUARI HARI KANSER SEDUNIA | Sebelum tu,  mohon korang sedekahkan Al-Fatehah kepada arwah Emak Sis yang telah meninggal dunia di sebabkan kanser Payudaranya awal bulan Ogos tahun lepas ya. Semoga doa-doa kalian semua, arwah Emak Sis tenang, aman damai bersama orang-orang yang beramal soleh..insyaAllah.. aamiinn.. makaseh korang..

Yaa harini 4 Februari adalah Hari Kanser Sedunia. makanya akan terlihatlah reben/pin berwarna ungu yang menjadi simbolik kepada Hari Kanser Sedunia termasuk negara kita Malaysia.

#MyMomFightBreastCancer selama hampir 3 tahun. Dari mula doktor mengesahkan Emak ada Kanser Payudara, berulang-ulang aliklah Emak Sis ke Hospital untuk rawatan, kemudian Emak Sis jalani rawatan kimoterapi, sehinggalah payudara Emak terpaksa di buang, memang Emak seorang yang kuat bertarung melawan kansernya. 

Ada ketikanya sepanjang Emak ada menerima rawatan, Sis bukan seorang anak yang baik, hebat dan bertanggungjawab kepada Emak, kerana ada masanya Sis tidak dapat membawa Emak dan menghantarnya ke hospital untuk menemani dia buat rawatan atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Terkilan tu banyak sangat, tapi dah tak boleh nak kata apa dah, sudah terlambat.. perasaan sesalan tu hanya Allah sahaja yang Tahu.. 

Bila di kenangkan kembali, jadi sedih, jadi kesal, dan ada masanya rindu tu tak boleh nak di ungkapkan dengan hanya menulis di sini atau mengadu pada adik-adik mahupun family Sis, tapi itulah.... hanya kepada Allah sahaja yang boleh dengar dan baca perasaan Sis tu.. nampak Sis okay je.. tapi entahlaa... 

Dan pada 23 Ogos 2020, Emak telah pergi selamanya.. dan kali terakhir Sis melihat Emak sehari sebelum Emak meninggal di hospital tapi Emak tidak membuka mata dan tidak respon sepatah pun perkataan, diam kaku di atas katil, malah buka mata melihat Sis pun tidak... itulah satu perasaan yang Sis pendam sehingga sekarang dan selalu berkata, 'Moga Emak ampunkan segala dosa aku selama Emak hidup'...

Allahuakbar... 

Tapi Sis bersyukur, di saat akhir pemergian Emak, Sis dapat uruskan jenazah Emak di hospital. Mandikan Emak, kafankan Emak, dan sehinggalah jenazahnya di bawa balik ke rumah, kami naik bersama Van Jenazah. Cuma Sis tidak menemani Emak ke kuburan sahaja untuk urusan pengebumian.. 

Emak.. Dolly tahu Emak sayangkan Dolly dan Emak faham segala masaalah yang Dolly hadapi dan lalui.. sebab itu Emak tak banyak membantah dan marah.. Dolly doakan Emak moga tenang, aman dan damai di sana bersama orang-orang yang beriman juga dapat bersama arwah Abah dan juga arwah Adik, Atuk dan Nenek.. Al-Fatehah. 


4 Februari Hari Kanser Sedunia

Hari Kanser Sedunia disambut di seluruh dunia pada 4 Februari dengan tujuan mengajak orang ramai untuk menyokong dan sama-sama mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan mengawal penyakit kanser.

Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang ditakuti dan boleh memberi impak negatif yang tinggi kepada pesakit, keluarga dan negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes kanser pada tahun 2012-2016 meningkat sebanyak 11% berbanding tahun 2007-2011.

Secara keseluruhan, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah kanser payudara (19%) diikuti dengan kanser kolorektal atau usus besar (13.5%) dan kanser paru-paru (9.8%). Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku (16.9%) dan dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9%).

Hari Kanser Sedunia tahun ini mengekalkan tema I Am and I Will (Saya Akan dan Saya Boleh) yang mengajak semua individu memainkan peranan masing-masing dalam mencegah dan mengawal kanser di negara ini. Pesanan KKM kepada semua:

  • Jadikan pencegahan kanser sebagai salah satu agenda utama dalam kehidupan seharian dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat;
  • Segera menemui doktor bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut sekiranya mempunyai tanda dan gejala kanser;
  • Jalani ujian saringan kanser yang telah disediakan; dan
  • Dapatkan rawatan yang terbukti berkesan di hospital sekiranya disahkan menghidap kanser dan sentiasa patuh dengan jadual rawatan yang diberikan.

Pencegahan dan pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Mainkan peranan korang untuk memilih yang terbaik. Cegah sebelum parah.. 


P/S: ........................................................... :((

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Al-fatihah buat arwah MAK ko....
    Tak sempat nak jumpa arwah sebelum dia sakit aritu...
    Sedekah fatihah selalu ye...

    rindu kat mak juga!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama jugakan ko tak jumpa Mak aku kan..
      Last ko datang masa Lyea bersalin Mia..

      Makaseh Retna..

      Delete
    2. aha la kan... adoiii seriously lama betul!!
      Memang xde rezeki nak jumpa arwah saat-saat akhir tu...
      sama-sama la kita berdoa agar roh derang yang pergi mulia disisiNYA

      Delete
    3. Ye Ret...
      Aaminn..makaseh Retna..

      Delete
  2. sis, i am so sorry to hear that, Alfatihah utk emak sis :(

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah [dibaca] untuk bonda Sis.

    ReplyDelete
  4. Mak sha pn kanser breast, adik kanser darah al fatihah buat kdua nya..dan mak sis juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahuakbar..
      Moga mereka semua di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!