APA ITU PEMBEDAHAN PINTASAN PERUT (BARIATRIC? | Semalam sana sini buka laman sosial, memasing semua sibuk update mengenai 'sesaorang' yang tiba-tiba kurus sebab dia buat Pembedahan Pintasan Perut atau senang nak kata 'buang perut'. Cakap aje mengenai itu, terus kita faham secara fizikalnya, kalau dah buang perut, maka sesaorang itu akan kurus. Effect dari pembedahan itu akan cepat dapat kita lihat dalam masa 3/4 bulan aja. Memang sangat berkesan.
Dan kebetulan semalam semua bercakap mengenai hal ini, maka Sis terpanggil untuk berkongsi mengenainya. Dengan jujurnya Sis juga nak menceritakan yang Sis juga pernah buat di tawarkan untuk 'buang perut' ini sebab Sis ada APNEA selepas jalani rawatan OSA dulu. Tapi itu hanya plan B. Dan Sis guna Plan A, di mana Sis amik jalan hanya buang Tonsil Sis aja.
Sebab utama yang Sis di tawarkan Plan B oleh Doktor untuk buang perut tu atau Pembedahan Pintasan Perut tu adalah sebab sesak nafas ketika tidur, berat badan melebihi BMI (walau tak melebihi 35) dan juga masaalah kolestrol dan darah tinggi Sis. Tapi Sis tak amik kisah hal tu, tak terfikir nak buat pembedahan pintasan perut tu, sebab ada lagi jalan yang mudah.
So Sis jalani pembedahan Tonsil. Sebab ianya lebih nampak Sis ada masaalah Tonsil, so buang Tonsil aje. Alhamdulilah, so far setakat ni selepas pembedahan Tonsil, Sis tidur lena, tiada sesak nafas, dan jarang demam dan sakit seperti sebelum ni. Kalau berat badan tu, now dah mula menurun sebab Sis 'cut sugar' dan rekod kolestrol dan darah tinggi Sis semua semakin baik. Baik atau hilang terus tu tak laaa, tetap kena makan ubat laa hari-hari..
Tapi keadaan dari sebelumnya dan selepas pembedahan memang ada beza.. so di sini Sis nak korang tahu kenapa mereka buat Pembedahan Pintasan Perut tu dan nak korang faham Pembedahan Pintasan Perut Bukan Sekadar Untuk Kurus.
[Baca Juga] : Pengalaman Pertama Aku Buat Pembedahan Tonsil
Jom kita baca perkongsian dari Public Health ni.
Pembedahan Pintasan Perut, Bukan Sekadar Untuk Kurus.
Adakah korang sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan korang benar benar mahu melakukan perubahan?
Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.
Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.
Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik.
Kredit Gambar : Facebook Public Health.
Apa yang berlaku selepas korang menjalani pembedahan ini?
Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.
Hasilnya, berat badan akan berkurangan. pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.
Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.
Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.
Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi
Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.
Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) , Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.
Dan korang nak tau juga tak? Anggaran kos pembedahan pintasan perut ni sekitar RM30k sehingga cecah RM50k ookay.. so jika berkemampuan, apa salahnya.. hehehehe
Korang faham?...
Tapi sekarang ni, ramai plak bila dah buat pembedahan pintasan perut ni, amik kesempatan bila badan dah kurus.. kononya dia kurus sebab makan ubat.. then keluar pulak produk ubat kurus jenama mereka...hurmmm ini satu penipuan.. jangan mudah percaya..
Apa nak rahsia sangat, korang tengok aje macam Michael Ang tu, dia jujur aje cakap yang dia buat pembedahan pintasan perut ni, sebab dia ada masaalah-masaalah kesihatan seperti di atas, so jalan terbaik, kena buat pembedahan ni. Sis salute betul dia, dia pun jaga pemakanan dia.
Lantak laaa orang nak kata apa kan, janji kita sihat.. tapi atas nasihat Doktor.. jangan pulak, sesaja nak buat pembedahan (walau memang gemok), then nak meniaga produk pulak .... ermmm tak memasal, engko jual tu dah memang kurus (sebab buat pembedahan), tapi yang membeli dan mencubanya, tak kurus-kurus bertahun tahun berkotak-kotak makan/minum produk ko.. kes naya ajeee...
Okaylah sekian saja omelan Sus ko pagi ni.. dengan niat pagi ni 'Aku pun nak kurus 'short cut' juga kalau manyakk duittt' kakakakakakah...
P/S: Satu je pesan Sis, mana yang dah kurus tu, post gambar 'body' sana sini di laman sosial tu, sila jaga 'aurat'.. sekian..
Yang penting cukup ongkosnya...
ردحذفbagus artikel ni..selama ni aku ingat potong perut untuk kurus aje..rupanya ada sebab kenapa perut tu perlu dipotong dari segi kesihatan..
ردحذفtakpe, aku cuba untuk cut carbo, kurangkan gula, eat clean dulu bulan ni..alhamdulillah ni pun da turun sikit sejak start ahad ri tu..
Tengah viral pasal benda ni dari Dato Rina. Sebelum ni memang tak tau. Bak kata misi, ko kurus + kecik sebab tu tak perlu ada timbang kat rumah. Haha
ردحذفAda luie, semua jalan. Tak luie jaga makan saja laa. ;)
Mekasih sis lin share pasal potong usus ni. Baru tahu potong usus ada baiknya juga. Tapi bersyarat lah kan.
ردحذفTapi kurang gemar betul dgn hamba allah yg potong usus pastu jual produk kurus. Eeeeee geram!
Wahhh macam berjanji pulak yer . Sebab memang dah draft topik ni dalam blog cuma belum publish . Tapi topik ni memang best dan sesuai untuk diulas supaya masyarakat tak mudah tertipu dengan overclaimed founder2 produk , terutama yang mempergunakan orang lain untuk keuntungan dalam perniagaan.
ردحذفhmmm ni jalan paling mudah tapi mahal, cut sugar ja la... insyaAllah boleh kurus juga :)
ردحذفPembedahan ini memang terkenal sejak dulu lagi. Ramai yang buat. Cuma menjadi lebih trending bila selebriti dan public figure buat. Perubahan mereka diketahui dari masa ke semasa. Gambar akak tu, gambar Dr Mustafa Mohammed Taher. Beliau adalah Pakar Bedah Bariatrik di iHeal Medical Centre dan KPJ Ampang Puteri. Kalau ada duit lebih, saya nak juga buat. Hahahaa.
ردحذفTu la. Rawlins nak gak sihat dan kurus nie. Tapi dah PKP plak - so takleh nak bersenam. Maka menggemuk. Hahaha. Ok tak alasan?
ردحذفInsyaAllah nak start jogging semula
macam ngeri tapi tu la penah diet hari2 makan rumput tak berganjak pun jarum penimbang. jadi makan je la makan biasa 🤣🤣
ردحذفIza first time baca pasal bedah perut ni. Berapa la agak ya kos nak buang perut. Tapi takut la. Memamg la kurus. Tapi nak bedah tu. Huhu. Scary pulak rasa.
ردحذفagak2 usus ako bole potong gak x?
ردحذفeh eh takut kuar byk najis pplak kang :D
ingatkan untuk kurus je. kos pun boleh tahan jugak kan? rasa-rasa kalau boleh kurus tanpa bedah2 ni lebih bagus.
ردحذفOoo.. Baru tahu tapi ni solusi terakhir kot sebab kita bukan golongan kayangan. So kena laaa jaga kesihatan betul-betul. Hurmmm.. Banyak duit pun lepas operation nikmat makan terpaksa cut jugak kann... Maka, jaga makan dari awal. Mencegah lebih baik dari mengubati
ردحذفYang penting niat adalah untuk kekal sihat. Okla buat rawatan pembedahan kalau dah tk bjya cuba cara lain. Org gemok kene keji, kurus pun nak keji. Period! Hehe.
ردحذفkalau yg dari size XL tetiba within 2-3 jadi size M memang tipu bebenaulah kata ko diet je dan bersenam. mana maunya yongggg.
ردحذفalong ammi haritu mmg kononnya nak buat bariatic ni sbb sizenya yg over..tp memandangkan dia ada diabetes, high BP, asthma kronik makanya doctor suruh dia jaga pemakanan je sbb takut risiko.
Selama ni ingatkan bedah pontas perut mmg utk kurus sahaja. Rupanya ada sebab sebab lain kenapa pembedahan ni boleh dan perlu dilakukan. Penjelasan yg sangat jelas. Harap org ramai boleh sedarlah kepenting diet yang seimbang dan menjaga kesihatan diri.
ردحذفAaaa
ردحذفseramnyaaa belah belah niii.. Lol... Nak natural ajer lahhhhhh.. Hewhewww
hehehe I also read the news that someone become so pretty and thin suddenly. Thanks for your information on this.
ردحذفhmm dkah ramai sangat buat pembedahan pintasan perut ni.tapi kalau kena dengan gaya okay je. semoga tidak memudaratkan saja la. kalau pandai jaga :)
ردحذفi read about the Bariatrik procedure recently because it was rumored that one of our politician dh buat kan. but never knew about it in depth until i read your article. it's certainly interesting to see people actually modifying their bodily organs to achieve certain physical goals. thanks for sharing!
ردحذفWell, I wrote about bariatric surgery two years ago, that time this treatment was not so popular. The main reasons is not for health purposes but after going through this treatment eventually the patient will slim down too.
ردحذفMenarik information tentang pembedahan pintasan perut.. first time dengar tentang procedure ini.. besar juga bahagian yang mereka buang kan...! if selamat, sure akan lebih ramai yang akan ambik solusi ni untuk tampil lebih menarik lebih kurus lepas ni..
ردحذف