BILA SURIRUMAH DAPAT KELUAR RUMAH 'ME TIME'

Sis Lin
18
BILA SURIRUMAH DAPAT KELUAR RUMAH 'ME TIME' | Bila Suami beri keizinan nak keluar bersama Geng Bas Sekolah Sis dan benarkan makan tengahari bersama mereka, perasaan tu tak tau nak kata apa, gembira dan lapang dada mendengarnya. Bukanlah sebelum ni Suami tidak mengizinkan, tapi sejak wabak Covid19 ni menular di Johor, Suami agak berkira-kira sikit nak benarkan Sis keluar.

Dia tak kata 'tak boleh', tapi cara dia bagi nasihat dan ayat dia pada kita aje, kita dah tau yang dia bimbangkan keselamatan kita. Tapi baru-baru ni Sis cuba minta kebenaran untuk keluar bersama Geng Bas Sekolah Sis 'Me Time' sekejap, alhamdulilah Suami izinkan. Cuma katanya jangan pergi di tempat yang terlalu crowded dan jaga jarak bila jumpa dengan orang. Tu je pesan dia sambil menghulurkan wang belanja, yehaaaa angreee angreee hahahaha...

Alaa kitaorang pun tak kemana pun, semua sepakat memasing pergi dan tunggu di IKEA aje. Sebab ada antara kitaorang ada benda yang nak di belinya, termasuk gak Sis ko ni haaa yang mencari 'sesuatu' hehehe.. 

Ini adalah kali kedua Sis duduk makan di restoran selepas kerajaan umumkan SOP terbaru boleh duduk di kedai makan. Tapi dengan syarat hanya 2 orang sahaja di benarkan. 

Dah alang-alang ke IKEA apalagi, lepaskan laaa keinginan nak makan Meatball dan juga Chicken Wing dia.. sambil mencuba Begedil baru IKEA tu. 

Bila Surirumah Dapat Keluar Rumah 'Me Time'

Bila Surirumah Dapat Keluar Rumah 'Me Time'

Macam biasalah kalau masuk IKEA ni, dari tempat parking sampai masuk ke Cafenya, ada 3 scan MySejahtera yang perlu korang Check-In, jangan buat-buat tak nampak dan sengaja taknak scan suhu semua. Tak memasal nanti kena saman kang..

Sebab apa tau, sepanjang kitaorang makan di Cafe IKEA ni, rasa macam VIP aje ko, sana sini ada Polis meronda sekitar Cafe IKEA tu. Nasib juga masa masuk tu, bebudak pekerja IKEA tu dah bagitau dan pesan kat kitaorang, so kitaorang amik langkah selamat, patuhi SOP semua. 

Sis suka macamni, sebab kita tau IKEA terlalu menjaga keselamatan dan benar-benar patuhi SOP bagi memutuskan rantaian wabak Covid19 ni.

Kitaorang duduk di meja bolat besar dengan jarak yang telah di tetapkan di meja. Bila Polis ronda pun, korang tak perlu risau, sebab kita patuhi SOP.. sampaikan kitaorang pun buat-buat tak kenal dan diam aje time makan bila Polis lalu kakakakakah.. 

Orang sekeliling memang tak ramai, nampak kosong aje... kesian juga dan rindu dengan suasana meriah di Cafe IKEA ni, tapi menu mereka tetap tidak mengecewakan, tetap sedap seperti sebelumnya..

Meatball IKEA

Begedil IKEA

Ha tu dia, dua menu ni yang nak sangat Sis makan bila ke Cafe IKEA ni selain Karipap IKEA. Lama benar tak makan Meatball set dan juga Begedil IKEA terbaru ni. Harga tetap sama, rasa pun tetap sedap macam dulu.. dan Begedil tu pun sedap. Sis suka sebab banyak cincangan bawang dan kentang dalam Begedil tu.. lain dari yang lain.. Dan di padankan dengan kuah pencecah tu, Sis tak tau nak cakap kuah tu rasa apa, tapi sedap.. 

Kalau dah duduk jejarak macamtu, korang faham-faham aje la kann, boleh bayangkan tak macam mana kitaorang borak? Hahaha sorang hujung sana, sorang hujung situ, sorang hujung sini, mau tak riuh gak Cafe IKEA tu, nasiblah takde orang oii.. 

Yang kelakarnya, bila bercakap pakai facemask, sampai tak pekak pun jadi pekak, sebab tak faham apa yang dia cakap hahahahaha.. lawak betul... 

Lepas ni memasing dah jadi malas nak keluar makan kalau masih lagi SOP macam ni, macam takde privacy dan tak best betul oii.. tunggu aje laa SOP baru, baru boleh jumpa lagi.. atau jumpa di rumah buat 'potluck' lagi best kan.. huhuhu.. 

Tapi alhamdulilah, jadilah kan, sekurangnya dapat jugalah keluar rumah dan jumpa kawan-kawan sekejap. Lagi kalau surirumah macam Sis ni haaa, dah tepu otak duduk rumah ngadap dapur manjang. Kalau nak fikir kerja rumah, memang takkan habis sampai bila pun, so kita 'curi masa' untuk 'Me Time' sekejap walau ke IKEA aje pun.. 

Harapnya lepas vaksin dah sampai, dan semua dah dapat suntikan vaksin, SOP dapat di longgarkan, dan carta kes baharu Covid19 akan menurun, dan kita boleh jalani hidup seperti biasa, walaupun ianya agak mustahil.. tapi doa bebanyak..  insyaAllah.. 


P/S: Rindu nak naik kapal terbang huhuhu :( ... 

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alah, ni yg buat rasa nak pergi ikea lagi.. lin, nak beli pinggan ikea akak tak? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha silalah pergi, tapi semalam orang ramai Kak..
      Weii kejap nak jual, kejap tak nak eeeeee

      Delete
  2. Replies
    1. Yup.. sekali dapat lepas, laju aje panggil Geng hahaha

      Delete
  3. tergoda tengok meatball tu kak hehe

    ReplyDelete
  4. Dalam situasi sekarang ni kalau dapat keluar rumah sekejap pun nikmat kan Sis. Sebab PC rasa macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye PC, sekali dapat lepas, amik betul-betul punya masa.. bukan senang nak keluar degan geng time gini..

      Delete
  5. tak pernah lagi makan kat cafe ikea tu... ni dah PKP lagi la tak merasa nak keluar lepak makan makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti one day boleh cuba makan situ Azian., now keadaan berjaga-jaga..

      Delete
  6. Ako pun dah lama x kluar rumah melepak...
    hotak pun dah beku ni...
    jadi malas kan nk kluar bila ada SOP ni...x bebas gitu hahahaa...
    bila la nak hilang covid ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Retna..aku sekali Laki kasi keluar, lajuu aje aku hahaha..
      Satunya yang malas, kita dah cukup hati-hati, ada yang goblok, facemask pun tak pakai..

      Delete
  7. Replies
    1. Hahahaha jalan jumpa Wak, jumpa berkendung barang ikut balik hahaha

      Delete
  8. Baru tahu IKEA ada begedil .. baru semalam makan karipap telor . Tu pun Sal kirim kat geng opis. Tak berani nak jejak IKEA sebab takut terjebak ...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, menu baru mereka, tulisnya begedil, tapi tak nampak macam begedil kan hahaha

      Delete
  9. Bestnya. Nasib kita tak ada geng bas sekolah. 😂
    .

    Dapat keluar beli barang pun puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha takpe, ko geng aje nanti gan anak dan Suami pi Ikea makan ya Aien..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!