EMAK MERAYAP DI LUAR, ANAK MASAK DI RUMAH

Sis Lin
18
EMAK MERAYAP DI LUAR, ANAK MASAK DI RUMAH | Bestkan tajuk tu, rasa beruntung bila dapat up status macamtu hehehe.. tapi ini kisah benar, bukan tajuk sesuka aje. Memang betul, semalam Sis merayap di luar, yang anak Sis pulak memasak di rumah. Siapa yang masak? Siapa lagi kalau bukan anak nombor dua Sis, Yana.. dia aje yang suka memasak dan kira 'teror' laa bab masak menu yang biasa kami makan. 

Kalau kakaknya agak kurang kalau bab menu harian gini, tapi kalau bab menu western ke, haaa bagi kat dia, memang gaya Chef lee dia masuk dapur oii.. anak bujang pulak, menu paling sedap dia masak adalah Maggi Tumis.. perghh kalau dia masuk dapur masak Maggi, siap dengan telur goyang ko atas Maggi tu..hehehehe..

Tak kisahlah siapa aje yang masak, janji bila Emak nak merayap di luar, kepala tarak pusing fikir nak masak apa untuk anak di rumah, sebab dah ada orang yang memasak, so anak tak kelaparan.. kalau tak, memang tak senang laa nak merayap ek.. 

Style Sis macamtu, sebelum keluar ke mana, walau pergi event sekalipun, Sis akan pastikan siapa yang tinggal di rumah tu ada makanan yang nak di makan, taknak nanti fikiran Sis ni fikir, 'Aku makan sedap kat luar, anak kat rumah tak makan'... Oooo tu Sis paling tak suka bila fikiran tu menghantui.. 

Paling kalau terdesak pun.. kalau tak sempat masak, sebelum balik Sis akan belikan anak makanan.. begitulah.. kecuali memang anak kata tak nak makan, mereka nak masak Maggi.. haaa tang tu legaa laaa... 

Asam Pedas Ayam

Awal-awal pagi lagi Sis dah bagitau kat Suami dan anak-anak yang Sis nak keluar merayap dengan Geng Jiran Setaman Sis, Nas. Dalam pada bertanya anak nak masak apa, tup-tup Yana kata dia nak masak Asam Pedas Ayam.. so katanya Emak tak payah masak, biar dia masak. Sis okay aje, memang Kakaknya pun kata, lama tak makan Asam Pedas Ayam.. 

Yana balik kerja siap beli ayam seekor lagi, padahal dia dalam peti ais ada lagi ayam. Katanya takut tak cukup hahahaha.. dia masaknya seekor ko semalam.. Ternyata memang yer, masakannya semalam sedap, dan seekor ayam tu hampir licin malam tadi. Pagi ni hanya ada 3 ketul aje dalam periuk. Sis panaskan, dan bikin lempeng pekak aje makan cecah dengan kuah Asam Pedas Ayam tu.. 


Ayahnya balik malam tadi pun makan juga, siap puji asam pedas anaknya tu sedap.. hurmmm.. 

Emak  Merayap Di Luar, Anak Masak Di Rumah

Sis semalam pun bukan merayap mana pun, saja amik angin bawa jiran Sis ni keluar rumah. Katanya dah nak mereput duduk rumah melayan anak PDPR katanya. Kesian pulak mendengar rungutan darinya, so semalam dia pun free, kami plan last minit, petang lepas Zuhur kami keluar. 

Dan Sis pulak memang cadangnya nak ke ECO konon, nak mencari sesuatu, tapi tengok ramai sangat, terus tak jadi. Kami isi perut dulu dan melepak di KuVanCha Kota Masai. Situ memang antara tempat makan best di Johor yang nyaman, tenang dan very relax laaa.. Suami pun suka bawa Sis makan situ.. 

Emak  Merayap Di Luar, Anak Masak Di Rumah

Emak  Merayap Di Luar, Anak Masak Di Rumah

Kebetulan memasing pun belum makan, so apalagi order laa menu-menu yang biasa kami makan.. Cuma semalam kami cuba laa menu terbarunya ni haa.. apalah namanya, dah lupa laa.. tapi bila korang makan kan, kuahnya rasa dia macam rasa sotong kering yang beli timbang tu oii.. kemain sedap kat tekak Sis... mungkin sebab Sis suka kot makan sotong tu.. 

Jiran Sis,Nas makan Mee Hoon Singapore, ada juga dia ordernya Rojak KuVanCha. tu pun banyak sepinggan, sampai tak habis kami makan.. Yang sebenonya kami lebih banyak berbual dan bersembang dari makan.. macam lama benar tak jumpa ko, macam-macam hal kami duk sembang.. 

Kebetulan orang pun tak ramai dalam tu, so kami gelak ke apa ke, duk bersila pun selamba jee..dah macam ini kedai kami yang punya hahahaha.. aishh tapi legaa laaa otak.. rasa lapang dada bila dapat keluar dan jumpa kawan bersembang.. sekurangnya, otak berkembang sat bila bercerita hal semasa ni hahaha. 

Cuaca pulak sekarang ni angin kemain kuat, bila duk jalan di tiup angin, fuhhhh satu nikmat kepuasan yang Sis dapat rasa semalam weii.. *kalau main layang-layang best juga ni kan... 

Apa-apa pun tak lama lagi sekolah akan di buka.. kemain seronok anak-anak yang nak masuk Darjah Satu tu kan.. ye laa excited nak masuk sekolah dan jumpa kengkawan kan.. Moga anak-anak semua di lindungi dan terpelihara dari wabak penyakit berjangkit ni..aamiinn.. 


P/S: Harini nak masak Tom Yum Seafood aje.. jomm kita pi senam duli naaa.. 

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ya la kan..masak siap2 sebelum merayap takda nanti orang rumah makan maggie ja hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Yup Litah, memang selalu buat macamtu,s ebab dah tau anak-anak takkan ikut..

      حذف
  2. i geng anak bujang !! maggi tumis hahaha

    ردحذف
  3. Untung ada anak dara dah besar 😜

    ردحذف
    الردود
    1. Meh laaa duk JB, nanti boleh masakkan untuk ko sekali hahahaa

      حذف
  4. Tengok asam pedas tu pun, dah nampak sedap sangat. Kalau masak asam oedas, nasi kena masak lebih, hehehe.

    Cakap pasal angin, patut skrg ni ada pesta layang2 kan

    ردحذف
    الردود
    1. Ye Kak, Yana bab masak asam pedas dah level sama Mak-Mak dah hahaha..
      Yaa Kak, patut dah festival layang-layang dah..

      حذف
  5. huish jarang la anak no 2 ni pandai masak. Hahaha #kataanakno2sendiri

    Menggoda je tengok asam pedas ayam tu.. Aien sendiri tak pas lagi masak asam pedas ni Haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha betullah tu... kott :p
      Belajar Aien, try and error..

      حذف
  6. Alhamdulillah bila ada yang sukarela masak. Tu yang lapang dada bila mak ayah keluar rumah.

    ردحذف
    الردود
    1. Kan PC, yang rajin turun dapo, Yana aje laa.. kalau nak menu harian..
      Kalau nak western haaa kakaknya hahaha

      حذف
  7. AAAA, rajinnya anak sis masak..AAA...BILA SAYA NAK ADA ANAK NIH.. Kuang3~

    ردحذف
    الردود
    1. Kekekeke engko cari pasangan dulu Non, nanti masakkan untuk Suami, then nanti anak ko akan masak untuk ko hehehe

      حذف
  8. Asam pedas memang sedap! Kuahnya tu yang sedap sebenarnya heheee... pandai anak dara masak.

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Amie, seminggu mesti nak masak asam pedas..
      Alhamdulilah dia dah macam Mak-Mak dah gaya masak dia hehehe

      حذف
  9. untung sis..anak pandai dan rajin masak..:)

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Cik Nor, begitulah..
      Tu pun di ajar juga baru pandai..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!