EMAK MERAYAP DI LUAR, ANAK MASAK DI RUMAH | Bestkan tajuk tu, rasa beruntung bila dapat up status macamtu hehehe.. tapi ini kisah benar, bukan tajuk sesuka aje. Memang betul, semalam Sis merayap di luar, yang anak Sis pulak memasak di rumah. Siapa yang masak? Siapa lagi kalau bukan anak nombor dua Sis, Yana.. dia aje yang suka memasak dan kira 'teror' laa bab masak menu yang biasa kami makan.
Kalau kakaknya agak kurang kalau bab menu harian gini, tapi kalau bab menu western ke, haaa bagi kat dia, memang gaya Chef lee dia masuk dapur oii.. anak bujang pulak, menu paling sedap dia masak adalah Maggi Tumis.. perghh kalau dia masuk dapur masak Maggi, siap dengan telur goyang ko atas Maggi tu..hehehehe..
Tak kisahlah siapa aje yang masak, janji bila Emak nak merayap di luar, kepala tarak pusing fikir nak masak apa untuk anak di rumah, sebab dah ada orang yang memasak, so anak tak kelaparan.. kalau tak, memang tak senang laa nak merayap ek..
Style Sis macamtu, sebelum keluar ke mana, walau pergi event sekalipun, Sis akan pastikan siapa yang tinggal di rumah tu ada makanan yang nak di makan, taknak nanti fikiran Sis ni fikir, 'Aku makan sedap kat luar, anak kat rumah tak makan'... Oooo tu Sis paling tak suka bila fikiran tu menghantui..
Paling kalau terdesak pun.. kalau tak sempat masak, sebelum balik Sis akan belikan anak makanan.. begitulah.. kecuali memang anak kata tak nak makan, mereka nak masak Maggi.. haaa tang tu legaa laaa...
Awal-awal pagi lagi Sis dah bagitau kat Suami dan anak-anak yang Sis nak keluar merayap dengan Geng Jiran Setaman Sis, Nas. Dalam pada bertanya anak nak masak apa, tup-tup Yana kata dia nak masak Asam Pedas Ayam.. so katanya Emak tak payah masak, biar dia masak. Sis okay aje, memang Kakaknya pun kata, lama tak makan Asam Pedas Ayam..
Yana balik kerja siap beli ayam seekor lagi, padahal dia dalam peti ais ada lagi ayam. Katanya takut tak cukup hahahaha.. dia masaknya seekor ko semalam.. Ternyata memang yer, masakannya semalam sedap, dan seekor ayam tu hampir licin malam tadi. Pagi ni hanya ada 3 ketul aje dalam periuk. Sis panaskan, dan bikin lempeng pekak aje makan cecah dengan kuah Asam Pedas Ayam tu..
[Baca Juga] : Asam Pedas Ayam Letak Kentang
Ayahnya balik malam tadi pun makan juga, siap puji asam pedas anaknya tu sedap.. hurmmm..
Sis semalam pun bukan merayap mana pun, saja amik angin bawa jiran Sis ni keluar rumah. Katanya dah nak mereput duduk rumah melayan anak PDPR katanya. Kesian pulak mendengar rungutan darinya, so semalam dia pun free, kami plan last minit, petang lepas Zuhur kami keluar.
Dan Sis pulak memang cadangnya nak ke ECO konon, nak mencari sesuatu, tapi tengok ramai sangat, terus tak jadi. Kami isi perut dulu dan melepak di KuVanCha Kota Masai. Situ memang antara tempat makan best di Johor yang nyaman, tenang dan very relax laaa.. Suami pun suka bawa Sis makan situ..
Kebetulan memasing pun belum makan, so apalagi order laa menu-menu yang biasa kami makan.. Cuma semalam kami cuba laa menu terbarunya ni haa.. apalah namanya, dah lupa laa.. tapi bila korang makan kan, kuahnya rasa dia macam rasa sotong kering yang beli timbang tu oii.. kemain sedap kat tekak Sis... mungkin sebab Sis suka kot makan sotong tu..
Jiran Sis,Nas makan Mee Hoon Singapore, ada juga dia ordernya Rojak KuVanCha. tu pun banyak sepinggan, sampai tak habis kami makan.. Yang sebenonya kami lebih banyak berbual dan bersembang dari makan.. macam lama benar tak jumpa ko, macam-macam hal kami duk sembang..
Kebetulan orang pun tak ramai dalam tu, so kami gelak ke apa ke, duk bersila pun selamba jee..dah macam ini kedai kami yang punya hahahaha.. aishh tapi legaa laaa otak.. rasa lapang dada bila dapat keluar dan jumpa kawan bersembang.. sekurangnya, otak berkembang sat bila bercerita hal semasa ni hahaha.
Cuaca pulak sekarang ni angin kemain kuat, bila duk jalan di tiup angin, fuhhhh satu nikmat kepuasan yang Sis dapat rasa semalam weii.. *kalau main layang-layang best juga ni kan...
Apa-apa pun tak lama lagi sekolah akan di buka.. kemain seronok anak-anak yang nak masuk Darjah Satu tu kan.. ye laa excited nak masuk sekolah dan jumpa kengkawan kan.. Moga anak-anak semua di lindungi dan terpelihara dari wabak penyakit berjangkit ni..aamiinn..
P/S: Harini nak masak Tom Yum Seafood aje.. jomm kita pi senam duli naaa..
ya la kan..masak siap2 sebelum merayap takda nanti orang rumah makan maggie ja hehe
ReplyDeleteYup Litah, memang selalu buat macamtu,s ebab dah tau anak-anak takkan ikut..
Deletei geng anak bujang !! maggi tumis hahaha
ReplyDeleteHahahaha oo ko pun suka ek Atie..
DeleteUntung ada anak dara dah besar 😜
ReplyDeleteMeh laaa duk JB, nanti boleh masakkan untuk ko sekali hahahaa
DeleteTengok asam pedas tu pun, dah nampak sedap sangat. Kalau masak asam oedas, nasi kena masak lebih, hehehe.
ReplyDeleteCakap pasal angin, patut skrg ni ada pesta layang2 kan
Ye Kak, Yana bab masak asam pedas dah level sama Mak-Mak dah hahaha..
DeleteYaa Kak, patut dah festival layang-layang dah..
huish jarang la anak no 2 ni pandai masak. Hahaha #kataanakno2sendiri
ReplyDeleteMenggoda je tengok asam pedas ayam tu.. Aien sendiri tak pas lagi masak asam pedas ni Haha
Hahahaha betullah tu... kott :p
DeleteBelajar Aien, try and error..
Alhamdulillah bila ada yang sukarela masak. Tu yang lapang dada bila mak ayah keluar rumah.
ReplyDeleteKan PC, yang rajin turun dapo, Yana aje laa.. kalau nak menu harian..
DeleteKalau nak western haaa kakaknya hahaha
AAAA, rajinnya anak sis masak..AAA...BILA SAYA NAK ADA ANAK NIH.. Kuang3~
ReplyDeleteKekekeke engko cari pasangan dulu Non, nanti masakkan untuk Suami, then nanti anak ko akan masak untuk ko hehehe
DeleteAsam pedas memang sedap! Kuahnya tu yang sedap sebenarnya heheee... pandai anak dara masak.
ReplyDeleteKann Amie, seminggu mesti nak masak asam pedas..
DeleteAlhamdulilah dia dah macam Mak-Mak dah gaya masak dia hehehe
untung sis..anak pandai dan rajin masak..:)
ReplyDeleteAlhamdulilah Cik Nor, begitulah..
DeleteTu pun di ajar juga baru pandai..