HALO VENTURES KINI PESAT MEMPERKEMBANGKAN PUSAT BELI-BELAH DIGITAL MEREKA O’HALOS | O'Halos maju ke hadapan. Akibat COVID-19, Halo Ventures kini pesat memperkembangkan pusat beli-belah digital mereka O’HaloS.
Semasa menubuhkan Halo Ventures, visi pemiliknya adalah untuk mewakili jenama gaya hidup bertaraf antarabangsa bermula dengan Skechers. Semenjak dari itu mereka telah meraih pertambahan jenama dari Obag, ANTA dan O’Bites yang meletakkan mereka dalam segmen penjagaan diri dan kesihatan melalui penerapan model perniagaan yang menggabungkan konsep perniagaan pusat jualan fizikal (brick-and-mortar) dan secara atas talian.
“Sememangnya matlamat kami adalah untuk membangunkan laman e-perdagangan yang komprehensif. Pandemik ini telah melonjakkan proses tersebut,” kata Spencer Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, Halo Ventures.
O’HaloS (www.ohalos.com) merupakan syarikat platform e-perdagangan bagi pelbagai jenama yang menghubungkan kedai jualan dengan pelanggan melalui kaedah yang paling selamat.
Chua turut berkata: “Keperluan untuk menjaga jarak fizikal menjadikan keperluan pusat beli-belah digital O’HaloS sebagai satu kemudahan yang tepat dan terbaik bagi mengekalkan persekitaran membeli belah yang selamat. Melalui O’HaloS, pelanggan kami boleh berbelanja dengan selamat. Ia merupakan satu persekitaran yang positif, terlindung dan selamat walaupun berada dalam situasi pandemik yang melanda masa kini.
“Secara melangkah ke hadapan, O’HaloS akan berfungsi sebagai enjin pemacu pembangunan perniagaan Halo Ventures yang secara harfiah akan beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu (24x7),” ujar Chua selanjutnya.
O’HaloS membekalkan syarikat dengan saluran untuk meningkatkan kesedaran, memacu perdagangan dari kedai fizikal mereka, dan meraih jualan. Yang lebih penting adalah anjakan digitalisasi membolehkan Halo Ventures untuk bertindak pantas terhadap sebarang perubahan lanskap perniagaan dan keperluan pasaran.
Perubahan kepada kaedah atas talian mestilah penuh dengan cabaran.
“Kaedah pembelajaran kami adalah sukar. Kami perlu memilih dan menilai platform membeli belah atas talian mana yang akan kami gunakan, keperluan gudang serta logistik. Sebagi contoh, susun atur kedai atas talian perlu kelihatan menarik dan mesra pengguna manakala bahagian sokongan pula perlu sentiasa cekap dan lancar,” dedah Chua.
Melihat ke hadapan dengan optimistik, Chua juga berkata dengan penuh bersemangat: “Semasa menuggu pemulihan pandemic COVID-19, kami merancang untuk menambah lebih banyak lagi jenama ke dalam O’HaloS agar kami dapat menawarkan lebih banyak lagi pilihan kepada pelanggan.
“Matlamat akhir kami adalah untuk menjadi pusat beli-belah atas talian setempat bagi pelbagai jenama, di mana pembeli boleh mendapatkan keperluan sukan, jenama barangan gaya hidup dan kudapan sihat dengan mudah dalam suasana yang aman serta selamat dan melihat pesanan mereka dipenuhi hanya melalui satu penghantaran.”
Pastinya bagi setiap cabaran terdapatnya juga peluang. Selagi semangat kita kekal utuh dan bersemangat, Malaysia dan rakyat Malaysia pasti akan berjaya.
P/S: Makin lama makin senang dan mudah nak soping online kan... banyak dah website online.. menahan nafsu oii..
obites! looks so healthy hehehe
ردحذفKann, anak pun cakap.. jom beli Atie..
حذفmacam nak beli seluar track baru. Sesejak PKP ni semua seluar mengecil
ردحذفHahaha boleh plak seluar mengecil ek Azian hahahaha...
حذفfirst time dgr halo venture ni
ردحذفKannn.. sama Sis, sekali bukak website dia, banyak jualan rupanya..
حذف