HUJUNG MINGGU YANG PENUH DENGAN AKTIVITI MENGEMAS RUMAH

Sis Lin
11
HUJUNG MINGGU YANG PENUH DENGAN AKTIVITI MENGEMAS RUMAH | SALAM malam korang semua, salam 1 Rejab buat semua. Bagi yang berpuasa, selamat menikmati juadah berbuka puasa dan bagi yang tidak berpuasa tu, perbanyakkanlah amalam dan aktiviti sihat kita sepanjang bulan Rejab ini, moga Allah lanjutkan usia kita hingga ke bulan Syaaban dan Ramadhan. insyaAllah..

Macam mana percutian dan cuti perayaan Tahun Baru Cina korang? Rata-rata memang Sis nampak masing-masing hanya di rumah aje dan menikmati hari cuti bersama keluarga aje kan. Sis juga macamtu, hanya duduk rumah, menemani dan membantu Suami dan anak-anak dengan projek Wainscoting dan mengemas dapur aje sejak semalam. 

Semalam Suami dah mula mengecat semua wainscotingnya termasuk dinding rumah di hall, sebab bahagian tangga belum lagi siap, so siapkan bahagian hall dulu, esok akan di siapkan di bahagian tangga. Yang bahagian wainscoting dapur pun settle dah, siap dah cat semua dengan bantuan anak bujangnya. Terserlah kepuasan di wajah Suami bila tengok hasil wainscoting dia sangat cantik dan kemas. 

Berbaloi penat lelah dia buat balik dari kerja dan habiskan hujung minggu di rumah. Baru harini laa Sis dan Suami keluar pagi pergi sarapan duduk di kedai berdua... phewwww lama beno tak dating sambil makan hahahaha.. 

Hujung Minggu Yang Penuh Dengan Aktiviti Mengemas Rumah

Hujung Minggu Yang Penuh Dengan Aktiviti Mengemas Rumah

Bila kerja banyak dah settle, dapur pun anak Sis dah mengemas, so bila dah nampak dapo kemas, teratur, duduk di meja, pasang lilin bau Vanilla, alaaahaiii realeasenyaaa kepala otak... sambil nengok dan jeling pokok buluh raya cina Sis tu.. tenang aje rasa.. tapi yang sakit jiwanya bila nampak arissto tu, huwarghhh banyaklah bersabar Puan Sis Lin hahaha.. *tengah Cut Sugar #NOCOFFEE ..

Korang yang tak pernah tau mengenai Buluh Tuah (Lucky bamboo) ni, biasanya dilihat dengan pelbagai bentuk. Sifatnya yang mudah untuk dibentuk menjadikan ianya menarik untuk dibiak di dalam bekas hiasan yang menarik. Adakalanya ianya dianyam untuk menghasilkan bentuk yang lebih menarik.

Tapi Sis suka jenis yang lucky bamboo pintal ni, dari yang jenis hiasan dalam pasu tu.. yang jenis rendam dalam air ni mudah jaga dan tahan lama.,

Buluh Tuah ini boleh dibiak dengan mudah di dalam bekas kaca atau tembikar. Masukkan batu-batu sungai (batu hiasan) untuk menyokong batang buluh tadi. Isikan air yang berklorin rendah (boleh gunakan air tapisan RO) dan hiaskan bekas tadi dengan ikatan tali atau reben merah (ikut suka korang lah). Jangan lupa masukkan sedikit baja. Korang guna aja baja cecair adalah lagi senang. 

Tempatkan buluh di tempat yang redup seperti di meja hiasan tepi, kaunter penyambut tetamu ataupun meja menunggu. Jika betul penjagaan air dan bajanya, pokoknya akan membesar dan membiak dengan cepat. Bila dah besar, korang boleh alihkan ke dalam pasu dan tanam kaedah tanah plak..

Tanaman berdaun ini dipintal dan dilentur untuk menjadi bentuk-bentuk yang unik. Lucky bamboo dalam kepercayaan masyarakat cina membawa maksud kekuatan. Kebiasaannya, ia akan dihias dengan riben merah dan beberapa jenis ornamen yang membawa maksud kebaikan tuah kepada pemiliknya.

Jumlah batang lucky bamboo yang digunakan juga membawa maksud tertentu seperti 2 sebagai ekspresi cinta dan kasih sayang, manakala 7 batang lucky bamboo simbul kepada kesihatan yang baik.. dan banyak batang melambangkan kedamaian 

Tapi sebab Sis tamak, Sis letak banyak sampai sepuluh batang dalam pasu, hahahaha.. sebab bukan nak percaya snagat kan, kita deko untuk suka-suka aje.. sebab dah terbiasa, dari atuk cina Sis dulu, tiap kali raya cina, mesti nak beli pokok lucky bamboo ni.. *jangan amik serius nau hal ni ya.. 

Nak rezeki banyak, nak untung banyak, nak manyak ong, solat 5 waktu dan doa bebanyak...mesti ada laaa rezeki jalan menuju kekayaan.. ye dakkkk.. 

Oklah stop dulu..esok laa sambung kalau ada masa ya.. #StaySafe korang.. 


P/S: Jom makan DURIAN woiii... lalalalalala... 
Tags

إرسال تعليق

11تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Penat gak ni satu badan teman uyum senam 😅

    ردحذف
    الردود
    1. Satu badan sakit3 dah ni huhu... Al. Maklom lama gila x senam kan

      حذف
    2. Hahahaha kemain senam yaaa Uyumm, jangan kang Nina belum kurus, Uyumm kurus dulu hahaha

      حذف
  2. Mesti Makin cantik rumah Lin dah pasang wainscoting tu.. pokok buluh tu pun cantik..

    ردحذف
    الردود
    1. Biasa aje Kak, jadilah kan, buat ubat hati raya kat rumah aje kan...

      حذف
  3. kaella banyak kerja masa CNY ni, ingtkan work from home lagi banyak relax rupanya lagi banyak kerja huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Bertabah aje laa Kaella, kerja dari rumah lagi banyak sebenonya kan, berbanding kerja di opis..

      حذف
  4. haii bila lah boleh rentas daerah berpuluh2 kilometer ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, dapat rentas ke rumah aku pun jadi laaa kann hahahaha

      حذف
  5. jgn makan durian byk sngt tauuuuu.... musim panas now heheh

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!