JANGAN TERLALU TAKSUB MENGGUNAKAN FITNESS TRACKER | Korang sini rajin ke senam guna Fitness Tracker? Baik di handphone atau pun yang jenis jam pintar di tangan? Kalau Sis keduanya ada, tapi biasanya selalu guna apps di handphone berbanding apple watch Sis tu.. Yerr padahal senang guna jam tangan kan? Tapi sebab selalu terlupa aje nak charge, so jadi tukun ajer jam apple watch Sis tu.. anak dan Suami kadang duk bising aje sebab tak pakai huhuhu..
Time rajin dan time ingat aje laa baru charge dan pakai, time takde battery memang tersimpan aje laa atas meja nuu.. Sis jenis orangnya tak berapa nak pakai jam tangan laa, ada ye ada, takde pun tak kisah. Nak tengok jam, tengok aje kat handphone, apa susah. Kalau senam pun guna apps Pacer aje di hanphone.
Cuma kalau ada apps fitness tracker ni, bagus untuk kita selalu baca dan tengok bacaan step atau senaman dan gaya hidup sihat kita hari-hari. Ye laa ko berjalan, ko berlari, semua setiap step korang fitness tracker tu amik rekod, termasuk pembakaran kalori dan juga heart beat kita.. tapi yang tak boleh menahan tu, kalau kita jadi ketagih... asal nak senam, baru je buka langkah, peluh pun tak keluar lagi oii, dah tengok fitness tracker.. dah macam terlalu taksub pulak kadang kan nak goal target senaman kita tu, pastu upload kat media sosial hahahaha.... bagus ke macam tu?..
Sedar tak sedar, ramai rupanya yang telah menjadi mangsa dan ‘ketagih’ dengan penggunaan fitness tracker! Jom baca perkongsian dari Hello Doktor ni..
Semuanya berada di pergelangan tangan korang
Siapa yang selalu bersenam pasti pernah dengar mengenai sebuah alat senaman yang telah berjaya merevolusikan aktiviti kecergasan fizikal iaitu fitness tracker. Alat yang telah menjadi pelengkap gaya setiap kali bersenam ini bukan sahaja boleh merekod aktiviti korang, ia juga mampu menterjemahkan data tersebut kepada bentuk yang lebih mudah difahami.
Sebelum ini, sukar untuk mereka yang bersenam untuk mendapatkan data yang tepat tentang jumlah langkah, jumlah larian dan juga amaun kalori yang telah dibakar setiap kali melakukan senaman. Namun, dengan fitness tracker, semua informasi berkenaan kecergasan fizikal boleh didapati di hujung jari!
Fitness tracker yang selalunya dipakai menggantikan jam tangan ini bukan sahaja boleh merekodkan semua aktiviti kecergasan korang, ia juga mempunyai pelbagai fungsi lain. Alat ini kadangkala dilengkapi dengan personal trainer yang boleh menemani korang ketika larian dan ia juga boleh mengesan berapa lama korang tidur setiap malam! Hebat kan?
Tanda korang ketagih dengan jam pintar korang
Cuba tanya diri sendiri, adakah korang obses dengan semua nombor yang dipaparkan pada skrin fitness tracker korang?
Jika matlamat korang hari ini adalah melengkapkan 10 kilometer larian, adakah korang akan rasa gelisah dan resah jika tidak dapat menyarung kasut joging dan keluar berlari?
Bagaimana pula dengan jumlah langkah yang korang lakukan hari ini? Adakah korang sanggup berjalan dalam rumah atau berpusing-pusing di ruang tamu semata-mata ingin mencukupkan jumlah langkah harian korang? Hahaha ini lawak, semata ek nak kasi goal matlamat tu, dalam rumah berlari melompat pun jadi lerr..adoii..
Jika jawapannya adalah ya, jaga-jaga, korang mungkin ketagih dengan alat bantu senaman ini!
Mungkin bagi sesetengah orang, ‘ketagihan’ ini merupakan sesuatu yang baik. Manakan tidak, disebabkan ‘ketagihan’ inilah mereka sanggup memaksa diri untuk bersenam lebih kuat setiap hari. Jadi, badan mereka akan jadi lebih sihat dan lebih cergas, betul tak?
Jawapannya adalah tidak.
Benar, senaman merupakan sesuatu yang baik untuk badan. Namun, jika korang melakukan semua aktiviti ini dalam keadaan sakit dan badan yang lenguh, korang lebih berisiko untuk mengalami kecederaan pada masa akan datang. Malah, keadaan ini juga mungkin tidak bagus untuk kesihatan mental kita.
Ramai pengguna alat bantu senaman ini mengakui bahawa mereka membiarkan fitness tracker mengawal hidup mereka secara keterlaluan. Mereka juga rasa tertekan jika tidak dapat menyelesaikan goal mereka pada fitness tracker setiap hari. Tidak kurang juga, ada yang rasa diet mereka gagal kerana mereka makan tidak mengikut cadangan yang diberikan oleh alat bantu senaman mereka.
Jangan terlalu taksub menggunakan fitness tracker
Sebenarnya, ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan ketagihan kepada alat bantu senaman ini. Sebagai contoh, korang boleh:
1. Tetapkan had menggunakan jam pintar
Jika korang menghabiskan masa yang terlalu banyak untuk memeriksa jam pintar korang, cuba hadkan penggunaannya. Elakkan memakai fitness tracker korang sepanjang masa dan hanya pakai jika korang perlu bersenam.
2. Nyahpasang aplikasi kecergasan daripada telefon bimbit
Ramai yang jadi taksub dengan pencapaian diri masing-masing yang boleh diakses melalui aplikasi kecergasan di dalam telefon bimbit. Jika korang ingin mengurangkan ketagihan terhadap alat bantu senaman ini, cuba nyahpasang aplikasi tersebut dan bersenam tanpa menggunakannya.
3. Sibukkan diri
Sebenarnya, ada banyak lagi perkara yang penting dalam hidup. Alihkan fokus korang kepada keluarga, kawan-kawan dan hobi supaya korang tidak terlalu obses menggunakan fitness tracker.
Alat ini hanya untuk bantu senaman
Fitness tracker, jika digunakan dengan betul dapat membantu korang untuk bersenam dengan lebih baik. Malah, data-data yang dikongsi oleh alat tersebut amat bermanfaat, dan boleh membantu korang untuk mencapai matlamat kecergasan fizikal yang diingini.
Walau bagaimanapun, apa-apa yang berlebihan selalunya tidak bagus untuk kesihatan. Jika korang menggunakan jam pintar korang secara berlebihan, mungkin inilah masanya untuk korang kembali melakukan perkara yang asas.
Cuba bersenam tanpa menggunakan fitness tracker tersebut. Mana tahu, korang akan jadi lebih seronok ketika bersenam!
P/S: Harini ada yang pi cuci kereta, gunting rambut dan pi Pasar Malam ke tuuu... :p
Ada lebih dan kurangnya kan Sis. Bagus kerana boleh guide kita. Tapi kalau terlalu memikirkan lain pula jadinya kerana ada orang bila tidak mencapai sasaran jadi fikiran.
ReplyDeletehmm...tak mampu nak guna tracker..sbb takde apa yg perlu di 'track' kan
ReplyDeleteSamalah, jadi tukun aje dekat rumah. Fuh rasa membazir pulak. Hehehe
ReplyDeletefitness tracker ni buat kita stress la kan
ReplyDeletehahaha ako punya dah tercabut tali jam... sampai la ni xde nak pakai2 dah...
ReplyDeletelama weh tak pi pasar malam..hahahha
ReplyDeleteTeknologi zaman sekarang ni yang mencipta tu betul dah tujuannya. Tapi si pengguna ni pula yang salah guna.
ReplyDeleteDulu saya ada download juga app untuk kira step setiap hari. Pastu dah malas. Tak sampai ketagih la.
ReplyDeletei love this article. it's really true what you said. humans today are so addicted and obsessed with digital and electronic gadgets and it seems as though we cant live without it. i wish we could bring back the old ways of doing things!
ReplyDeleteSuka tgk org yang kongsikan results meeeka di fitness tracker. Utk diri sendiri belum ada lagi hehhe
ReplyDeleteRawlins dulu macam tu. Tak cukup 10K steps daily terus rasa tertekan seharian. Padahal eloknya kita fikir pasal amalan kan? Kalau amalan kurang takde plak stress gitu kan
ReplyDeleteBetul tu, yang penting berniat nak bersenam dan kehidupan yang sihat. Work it out directly by Today!
ReplyDeleteSetuju. Untuk hidup sihat, 80% dari makanan kita. Senaman hanya 20% kalau saya tak salah. Bersenam tak salah, tapi berpada. Good sharing.
ReplyDeleteBetul3x. Ianya sebagai pembakar semangat untuk terus kekal aktif tapi lelama ke laut jugak! Acaner? HAhaaa...
ReplyDeletetopik yang bagus. saya 24 jam pakai jam kesihatan sebab jam ni bantu saya untuk ubah gaya hidup yang super hectic ni kak. dulu saya 36 jam tak tido pun takpa. buat kerja sampai siap. kalau pakai jam ni, dia akan vibrate jika saya duduk lama or berada di dalam posisi sama. so nak track tido berapa jam, period cycle dan aktiviti sukan senang. reminder dr jam buat kita cuak. hahaha.
ReplyDeleteBetul...
DeleteFit bit saya jadi tukun kak😂😂😂
ReplyDeleteNi nak kena cas balik.. Esok pagi nak kena brisk walk balik... Saya jogginv x suka.. Brisk walk jauh2 pun xpa... Ajak jogging no way.. Hahahha
lately nie memang perasan ramai yang bergantung pada tracker nie utk lebih sihat. which is good lah sebab semuanya dah cakna akan menjaga kesihatan diri.
ReplyDeleteAda kebaikan dan keburukkan jugak, yang baiknya boleh track rekod kita bersenam dengan disiplin, yang buruknya, terlalu bergantung sangat kat nombor angka kat fitness tracker tu. Biar sederhana dalam kehidupan ya.
ReplyDeleteMaaflah.. Bagus Juga jam ni.. Utk bg semangat kepada mereka..bukan taksub tp mereka ada targrt utk kesihatan.. Di hospital pun menyarankan 10000 langkah sehari.. Xde yg buruk tp me disiplinkan diri apda awl2 nya. Nanti lama2dah boleh maintain
ReplyDelete