KEDAI ECO-SHOP DAH BUKAK ECO-BAKERY? | Waaa manyak syok woo kalau sebelum ni hanya eco-shop Malaysia aje, kini sudah ada eco-bakery Malaysia pulakk, mesti semua roti, pastry, kek dan donut harga murah-murah kan?.. aje memang gila laa kalau semua negeri dah ada eco-bakery Malaysia ni nanti.
Dengarnya bukan kata roti aje, ada juga aiskrim dan aneka jenis minuman kopi ko.. muffin pun ada, ehhh egg tart pun ado juga.. waduh-waduh, bilalah boleh rentas daerah ni..aje sanggup kan semata drive pi Segamat kang hahaha..
Semalam adik Sis laa yang tag Sis di facebook pasal viral eco-bakery Malaysia ni. Rupanya dah ada 3 cawangannya dah. Kalau di Johor hanya ada di Segamat aja. Tu pun adalah outlet pertamanya. Lihat pada gambar-gambar ketika pembukaannya, memang betul, ternyata eco-bakery ni ada banyak menjual roti, donut, kek dan bermacam aneka pastry ko terjual dalam eco-bakery Malaysia tu.. teruja pulak Sis nengoknya.
Tapi setakat yang Sis baca, di facebooknya, memang benar laa ada 3 aje cawangannya setakat ni. Harap-harap lepas ni makin banyaklah cawangannya hingga ke Johor Bahru ni.. tak sabarnyaa nak bersoping roti hahahaha..
Korang tak caya? Meh nengok antara gambar yang Sis copy & paste dari facebook eco-bakery Malaysia ni.
Tagline Eco Bakery :
✔ Roti Hari Ini
✔ Tanpa pengawet tambahan
✔ Harga RM2.50 untuk SEMUA
Waktu pembukaan: 10am - 10pm
Eco Bakery Segamat
Alamat : A008, U Sentral, Jalan Utama 3/2, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor
Eco Bakery Bukit Raja
Aalamat : No. 9 (Ground and First Floor), Jalan Astaka 1A/KU2, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor
Eco Bakery Selayang
Alamat: No 1A (Ground Floor), Ideal Convention Centre, Jalan PS 10, Taman Prima Selayang, 68100 Batu Caves Selangor
P/S: Kalau masuk kedai Eco ni kan, Siapa yang saka ni? Kedai ECO Shop, korang atau kedua-duanya? Hahahaha..
Ala dia buka kat Selayang ke?
ReplyDeleteIngat kat Gombak ahhaha...
Kalau join grup eco kat fb, dorang memang selalu cete pasal eco bakery ni, Lin. Dengar cete syiok .. tggu la dia buka kat JB pulak
ReplyDeletealamak, please laaa buka dekat penang jugaaaaa
ReplyDeleteRasanya kalau ada di kawasan PC ni..tak mustahil yang aiskrim tu PC pegi je.
ReplyDeleteCawangan mereka belum meluas lagi la kan Sis...plis la buat satu kat Seremban ha....
ReplyDeleteBaca sis lin punya tajuk entri ni. Saya pun terus 😱😱😱😱 serius lah??!!! Tak sabar nak tunggu dia buka satu Malaysia 😬.
ReplyDeleteAssalamualaikum lin...mmg best kalau dah ada kat jb ni mmg kena serbu jer.la hari2...harga roti pun rm2.50 jer mmg la org suka sgt ke sni ...harap akan ada di jb la boleh pi meronda kn...
ReplyDeletewow pantasnya Sis! Kita baru ketuk story. ye so far cawangan dia very lah limited kan? so lepas ni dah tahu nak pergi ke kedai mana, roti mana yang sedap. fuhh! sis beli banyak ke
ReplyDeleteAh sudah. Bahaya nie. Harga pun RM2.50 gak.
ReplyDeleteAku bimbang pasni dia buat kedai kopi plak - sah2 nampak muka aku, CLP kat situ kelak sis.
kat area rumah ni dah ada bakery Eco ni tapi ku tak kuat nak masuk. HAhaa
ReplyDeleteSebab tau saka dan racun banyak. Tunggu kuat dan duit kepok baru syiok masuk tanpa penyesalan. HEhee
dasyat la eco ni. pandai cari peluang. hope bukak satu cawangan kat puchong heheheheheh
ReplyDeleteAla kt KL pun jauh gak Bella nak terjah. Okla sesambil shopping boleh mengopi. Ada tgk sorang youtuber selalu review brg Eco Shop. Murah sini.
ReplyDeleteWahhh menariknya.. tapi rm2.50 yu guna bahan premium tak ekekek
ReplyDeleteFuhhh eco bakery pon ada. Bolehlah beli roti murah nanti.bila agaknye nak masuk perak ni
ReplyDeletewah i am so excited! i went to eco just the other day and i am so impressed with how affordable the things are. cant wait to visit their bakeries soon
ReplyDeleteAlah, menariknya ada Eco Bakery dah..tak sabarnya nak tunggu cawangan yang ada kat my house ni launch their Bakery section too.. :P nak g Selayang jauh pulak skrg..
ReplyDeleteSaya suka... saya suka... memang berhantu Eco Shop ni... dah ada bakery lagi laaa diriku tersampuk kaw-kaw ni... dah la sejenis yang nak beli satu barang end up penuh satu bakul... hehehehe... cepatlah bukak Eco Bakery kat Bandar Penawar plissss...
ReplyDelete