MAKAN TENGAHARI BERSAMA GENG BAS SEKOLAH DI DINE @ EIGHT HIJBCC | Kelas ko nokk makan tengahari kat Hotel ek hahaha.. sesekali kan, apa laa salahnya.. Nama je makan hotel tapi tidaklah kata makan tu bayo memahal oii.. mana Hotel yang ada promo kita pi laa. Tapi rata-rata sepanjang Sis jadi blogger dan pergi food review, memang betullah, harga nak makan kat Hotel tidaklah mahal mana pun..kalau mahal pun berbaloi dengan apa yang korang makan.
Kalau rasa makan Hotel mahal, haa makan aje di restoran luar.. tapi suasana tu jauh beza laa kan.. Di Hotel agak privacy sikit, tenang dan view pun lawa, kalau makan di restoran luar, ko faham-faham je la keadaan orang ramai yang keluar masuk, then suasana pun agak riuh sikit. Malas nak mencari tempat makan, Sis bawa Geng Bas Sekolah Sis makan di Holiday Inn Johor Bahru City Centre (HIJBCC).
Kebetulan HIJBCC ni sedang adakan promo set Lunch mereka hanya RM19.90 sahaja. Setnya siap beserta dengan salad & sup, menu main coursenya, juga kuih-muih dan buah-buahan beserta minuman. Haa berbaloi tak? Puashati makan kenyang tersandar memasing.
Macam biasalah, memang susah nak berkumpul semua. Tiap kali keluar mesti ada je yang tak cukup korumnya. Kali ni dak Lily pulak last minit tak dapat join. Kalau Aishah sejak duk di Iskandar, memang agak susah nak keluar, jauh pun satu hal, dia ada anak kecil, so susah la nak bawa dengan keadaan sekarang ni kan.. so kami berempat aje laa yang free selalu, Sis, Izam, Ima dan Kak Sue. Kalau Jep? Bizi sokmo dia dengan Toyotanya hahaha..
Memang kami sampai pun awal, belum jam 12pm dah terconggok dalam Hotel hahaha.. malas nak tunggu terus je pi Restoran Dine @ Eight mereka di tingkat 8. Sejak pertama kali Sis jejak kaki dan menginap di HIJBCC ni, memang Sis suka akan suasana Hotelnya, sangat tenang dan selesa mata memandang. Geng-geng Sis ni pun suka. Sakan berOOTD di setiap celah ruang Hotel hahaha..
Nak tengok apa yang kitaorang makan? Hehehehe..
Ingat tak posting Sis mengenai Sup Tomato tu? Haa Sis makan di sini laa sup tu. Memang sedap giler ko, serius Sis cakap. Duduk aje meja, selesai amik order, Sup Tomato dan Salads ni dulu yang mereka hantar. Yaa menu ni tersedia dalam satu set Lunch tu. Kira ni appetiser laa..
Ini menu maincourse yang Sis makan, Beef Ragout Pasta. Perghh jujurnya cakap, isi daging dalam pasta ini sangat tidak kedekut..sampaikan di sisa-sisa terakhir pun, tak terabis nak perabiskan, sebab banyak sangat dan kenyang sudah. Tapi licin gak hahahaha..
Ini pulak menunya Kak Sue makan, Seafood Hor Fun Noodles, pun sedap.. terasa sungguh kuahnya tu makan pepanas, sampaikan pusing dua kali pinggan ni keliling meja sebab memasing nak rasa lagi, kalau dah pusing dua kali tu maknanya sedap laa tu hahaha..
Menu yang ni Ima yang makan, Nasi Ayam Percik. menu ni bagi Sis biasa-biasa aje, Ayam Perciknya kurang 'kick' sikit.. macam ada bahan yang tak cukup sebagai rasa Percik tu.. tapi tak tau apa dia hahaha.. so far okay laa, kenyang sebab nasi kan..
Ni Izam punya menu, Chicken Chop. Nampak biasa-biasa tapi kemain beso dan tebal ko isi ayamnya. Izam yang suka makan ayam pun tak habis makan. Makan sekeping dah kenyang. Dia beserta dengan sos black peppernya. Nak makan ko curah.
Mana tak kenyangnya kami, datang berempat, tapi order 5 set hahahaha.. bukan gelojoh tapi nak mencuba, so kami order juga Toast Panini With Fries. Kami share makan, pun tak habis semua, adeiii.. mana laa tau semua menu portion beso gini.. Papan dia tu macam papan pemotong ayam Sis laa hahahaha..
Haa cuba korang tengok tu pinggannya, kemain beso kann, macam mana laa tak kenyang. Makan sorang pun terkial-kial nak perabiskan. Berapa kali kami makan kami relax, sambung lagi makan, pastu relax lagi.. sembang-sembang plan kami untuk masa ke depan..no gossip dan no membawang.. lebih kepada cerita measing aje..
Dalam pada cuit sana cuit sini, kami lupa yang ada satu lagi set akan di hantar, gulp...
Hahaha amekkawww..sekali Dessert sampai, kuss semangat, mana nak sumbat haa lagi.. hahahaha mmasing dah gelak dah..nak taknak, kami slow-slow talk makan selagi boleh masuk. Perut rasa macam nak pecah dah oii.. Uishhh memang berbaloi..
Untuk minumannya, korang kena bangun amik sendiri, masa kami makan tu, tersedia air Sarsi dan juga Ice Water. Yang ni korang boleh minum sampai sebalang hahahaha.. free flow drinks konsepnya hahaha..
Oh ya, untuk makan tengahari set Lunch ni, ianya tersedia dari jam 12pm hingga jam 2pm sahaja tau, dan hanya pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Jumaat, Sabtu & Ahad TIADA ..
Lepas makan lepak-lepak laa sekejap sambil bergambar. Alang-alang dah sampai kan, apalagi, posing aje laa selagi tak kena halau hahahaha..
Keluar aje dari HIJBCC, kami masuk JBCC sekejap, Zuhur dalam tu, then lepas tu terus ke Plaza Larkin sebab dah berjanji dengan dak Lily tu nak makan Goreng Pisang Sambal Kicap kat sana. Kitaorang semua memang dah kenyang, so kira meneman si Lily tu je makan Nasi Ambang kat sana..
Sebelum balik tapau gak lee untuk orang kat rumah, at least ada le 'jajan' bawak balik rumah hahaha.. kang balik tangan kosong ada je mulut burung bertanya, 'Mak beli apa?' kakakakah..
Apa-apa pun alhamdulilah, niat nak belanja makan Geng Bas Sekolah Sis tercapai juga. Bak kata pepatah, dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain juga, tak salah kita berkongsi rezeki kan.. lagipun mereka ini banyak support Sis dalam menulis blog.. so kita bagi mereka happpy tummy..
Yang tak dapat join sekali, insyaAllah ada rezeki nanti ada laa tu.. alhamdulilah..
Korang yang nak booking Weekdays Set Lunch di HIJBCC ni, boleh Whatsapp untuk pertanyaan ya;
WEBSITE holidayinn.com/johorbahru
Call/whatsapp at 07-207 8888/011-1036 8163
P/S: Ramai kawan Sis dah serbu bawak orang kampung makan sini dah, korang bila lagi? Hahahaha..
Apeni semua nampak sedap. Silap timing lak masuk sini lunch hour. hihi
ReplyDeleteHahahaha.. akak boleh bayangkan muka korang bila desserts sampai, hahahah
ReplyDeletemenu pasta tu yummy
ReplyDeletechicken chop dia tu nampak cruhncyyyy sedapppp
ReplyDeleteSelamat menjamu selera yang sedap2
ReplyDeleteSedapnyaaaa! Sedapnyaaaa! Sedapnyaaaa.. sambil makan sambil borakkkkk... Agituhhhh
ReplyDeleteJajan tu memang wajib.hahaha...Anak kita pun sama macam tu jugak.Kalau tak siaplah kena berleter..yang tak bestnya kang kena angkut diorang pi kedai aceh pulak
ReplyDeleteOh yummy!!!!!!!!! Sedap nyer nampak spaghetti and chicken chop depa. This restaurant has a good ambiance too.
ReplyDeleterindunyaaa kat kawan2 sekolah. best kalau dapat berkumpul. makanan tu semua nampak sedap. terus lapoooo haha
ReplyDeleteWow rm19.90 je. Memang murah sangat tu kak. Mana nak dpt harga tu di hotel. Makanan pun nampak sangat sedap. Klau dekat memang pergi dah, buat hilang stress sbb MCO.ni
ReplyDeletewah tak sepadan dengan harga.. nampak mewah harga murah.. terbaiklah promosi ni..
ReplyDeleteSis, nanti Rawlins bawa geng terjah sis kat sana tau. Pastu kalau tak bawa ke sini, memang sesaja tau!
ReplyDeleteYa ampunn.. murah giler harga makanan yg ditawarkan. Memang sangat berbaloi sis lin.. bestt
ReplyDeleteFuhhh sedapnya. Rasa nak pindah ke Johor kak. Lunch kat hotel. Harga pun murah. Best betul!
ReplyDeleteBeef Ragout Pasta tu nampak sedap lah Kak Lin! Apa yang dia tabur dekat pasta tu? Macam topping takoyaki
ReplyDeleteAtas tu parutan cheese Farhana.. hehehe
DeleteSerious rindu nak makan2 macam ni dengan kawan2 la.. Hopefully soon we will recover back from this pandemic! Baru first week dah ramai yang mentally impacted dah..
ReplyDelete