McDONALD's MALAYSIA PERKENAL BURGER AYAM PEDAS DENGAN HIRISAN EPAL

Sis Lin
20
McDONALD's MALAYSIA PERKENAL BURGER AYAM PEDAS DENGAN HIRISAN EPAL | Sekali nengok iklan entah kenapa, Sis takde rasa nak mencubanya hahahaha.. salah satu sebab utama sebab Sis tak suka burger ayam.. tak kira lee jenama apa, burger tepi jalan tu pun Sis tak suka burger ayam.. memang Sis pemakan daging orang aja. 

Tu dah satu hal, kena pulak ada hirisan epal dan rasa pedas... lagi lee tak rasa nak merasanya oi.. duk fikir apa laa agaknya rasa dia ekkk.. korang dah cuba ke?...tapi sebab ianya didatangkan dengan Twister Fries so kalau sapa makan depan Sis, Sis makan fries dia aje laa kakakakakah.. 

Lagi satu pencuci mulut terbaru mereka, pun ada keluar yang baru, korang dah cuba juga ke?. Sepanjang Sis makan McD, Sis laa orangnya tak suka aiskrim dia, hahahaha.. tak tau kenapa, muakk rasa kalau makan oii.. tapi anak-anak suka.. pernah juga sekali makan yang McFlurry Mango tu, tu kira okay kat tekak, tapi yang lelain atau menu yang terbaru ke, memang Sis jarang tergedik nak mencubanya.. 

Tapi kalau korang suka akan menu terbaru McDonald's ni, haa korang bolehlah beli dan masuk peraduan yang sedang berlangsung. Info mengenai peraduan tu, ada Sis sertakan di bawah sekali..

Good Luck korang.. 

McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal

McDonald's Malaysia memperkenalkan menu baharu yang menarik dengan pelancaran Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal. Paduan rasa manis dan pedas mencetuskan rasa unik yang enak pada burger edisi terhad ini, dengan hirisan epal manis, ditambah dengan sos mayo lada hitam, dan kepingan ayam pedas rangup, diapit dengan ban hangat yang lembut.

"Pengenalan burger edisi terhad ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan McDonald's untuk menawarkan menu yang menyeronokkan kepada pelanggan kami. Kami tahu rakyat Malaysia sangat menyukai makanan pedas, tetapi dengan burger baharu ini, kami memperkenalkan paduan unik rasa manis dan pedas yang lain daripada produk yang kami lancarkan sebelum ini," kata Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald's Malaysia.

McDonald's Malaysia perkenal Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal

Pelanggan juga boleh menikmati pencuci mulut baharu, Pai Kastad Oren atau McFlurry Biskut Coklat & Pretzel untuk melengkapkan hidangan mereka.

Sempena dengan pelancaran menu baharu ini, pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah “Huat” sehingga RM18,888 dengan mengambil bahagian dalam Peraduan #EatAnApple, Win a Huawei!

Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu:
1. Berbelanja minimum RM48 dalam satu resit untuk McDelivery.
2. Memesan sekurang-kurangnya satu (1) Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal atau Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal
3. Pesanan terbanyak setiap minggu berpeluang memenangi hadiah mingguan yang menarik. 

Peraduan ini berlangsung mulai 4 Februari hingga 3 Mac 2021.

Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal kini boleh didapati di semua restoran McDonald’s dan didatangkan dalam set bersama Twister Fries dan Coke dengan harga RM16.88. 

Pelanggan juga boleh memilih set Double Burger Ayam Pedas dengan Hirisan Epal dengan harga RM22.88. 

Burger edisi terhad ini boleh didapati melalui McDelivery, Pandu-Lalu atau Bawa Pulang.

Enjoy... 


P/S: Sis hanya suka McCafe Latte dan Double Cheese Burger & Prosperity Beef Burger McD aja.. ..sekian..

إرسال تعليق

20تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mesti sedap menu McD ni. Sayangnya tak bolehlah rentas daerah di musim PKP ni sebab di LD tak ada McD.

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo jauh yaa dari tempat Amie?.. takpe ada rezeki nanti dapatlah tu merasa makan McD..

      حذف
  2. Ala tgh diet hhahahhaa
    klu tak, konpom ako org pertama yg akan cuba menu baru mcd wkakaka

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha ayuh laaa kita sama-sama menahan nafsu seketika yaa...

      حذف
  3. Makin ramai orang masuk peraduan tu, Makin kayalah mekdi

    Akk tak suka burger patty ayam goreng

    ردحذف
    الردود
    1. HIyerr Kakk.. sama juga yang membelinya tanpa peraduan..
      Samalaa Saya tak suka makan burger ayam..

      حذف
  4. terus rasa teringin... macam sedap je pie orange tu

    ردحذف
  5. Assalamualaikum sis lin. saya pun sama. tak rasa nak makan burger baru nie.. hehhehee...

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumusaalam..
      Saya ook aje kalau nak mencuba, cuma Saya tak suka makan burger ayam..

      حذف
  6. Wah, Cik TK pun sama kalau mcd selain aiskrim, suka prosperity beef burger ngan double cheese burger je. Setakat ini la. Hehe.. yang baru ni tak try lagi.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, tang prosperity tu kalau dia keluarkan selalu, memang keje membeli ajaa..

      حذف
  7. mcflurry tu ye lah ada rasa teringin bila tengok gambar tu..tapi tengah diet, tunggu cheat day baru makan..hahahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha waa bagus.. menahan nafsu dulu yaa kita Sunn..

      حذف
  8. punya la lama tak makan fast food sejak pkp ni, tatau pun ada burger ni, kena tryyyyy

    ردحذف
    الردود
    1. Bagus Atie, sama laa Sis.. bolehlah Atie cuba ya..

      حذف
  9. peraduan tu kata *pesanan terbanyak setiap minggu*... apo???? nak kene makan mcd je ke seminggu. susut terus duit dlm bank nanti. hahahahha.

    tp ammi pun tak suka aiskrim mcd. ammi makan aiskrim choc sundae dia masa pregnant yg bongsu je. tiap kali nampak mcd...terus ngences nak aiskrim tu. lepas branak terus mati selera

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha yee Ammi, makanya sapa beli makin banyak beli, kaya laa McD hahahaha...
      Lin memang tak suka burger ayam dan McFlurry dia, so agak tak heran di situ hehehe

      حذف
  10. Dulu ada pie epal, sy makan x habis pun.. sebab x kenan ngn tekak... bahahaha.. jarang makan tak habiss.. Ni lagi burger campur epal.. Errr.. x minat makanan gini dicampur buah buahan.. tapi pie tu bolehla try... pie oren maybe ok sikit ko.. Kah

    ردحذف
    الردود
    1. Sis memang tak berapa gemar kalau jenis menu baru lain dari lain ni Non.. kalau orang beli bolehlah cuba, namun nak beli sendiri tu, ikut nafsu laa hahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!