MENU 'MAKAN BESAR' TAHUN BARU CINA DARI WAN LI RESTAURANT, MERIAH SUNGGUH! | Tinggal beberapa hari sahaja lagi kaum Cina akan menyambut Tahun Baru Cina kan? Kemeriahan pun dah terasa dah bila nampak sana sini dah terjual buah limau, biskut-biskut, pokok-pokok hiasan dan juga lagu-lagu raya cina mereka.
Cuma suasana tu agak berlainan. Ye laa tahun ni semua akan beraya sekali lagi dalam keadaan norma baharu. Hurmm nak taknak redha aje laa. Tapi walau macam mana pun, adat jamuan 'Makan Besar' sehari sebelum menyambut tahun baru cina pasti tidak akan di lupakan. Ramai atau tidak, besar atau kecik, ibu bapa atau anak di rumah mesti akan memasak atau membeli makanan untuk jamuan makan besar mereka.
Kalau dulu atuk Cina Sis ada, memang dia akan masak aje di rumah, kemain banyak menu yang dia masak, penuh satu meja oii. Memang meriah ketika itu. Berkumpul beramai-ramai PakCik MakCik dan sepupu semua di rumah atuk Sis di Yong Peng.. tapi kini hanya tinggal kenangan.. Atuk cina Sis dah tiada, yang tinggal hanya PakCik MakCik sahaja yang masih menyambut tahun baru cina.
Tapi bagi mereka yang tidak ada masa nak memasak, atau anak yang bekerja, orang tua dah uzur.. atau mungkin nak kelainan dalam menjamu keluarga 'Makan Besar' nanti, bolehlah order takeaway dari hotel-hotel sekitar Johor Bahru. Termasuk juga di Wan Li Restaurant di Renaissance Johor Bahru Hotel ini..
Wan Li Chinese New Year Takeaway Set Menu ni terjual dalam dua set berbeza. Satu Set A dan satu lagi Set B. Harga berbeza mengikut jumlah pax/orang untuk di makan. Juga menu bagi setiap set ini berbeza mengikut harga set.
Bagi Set A di jual dari serendah RM388nett (4pax) hingga ke RM688nett (8pax). Manakala untuk Set B , setnya terjual bermula dari harga RM588nett (4pax) hingga ke RM1088nett (8pax)..
Kalau korang jenis family tidak berapa kuat makan, bagi Sis Set A RM388nett tu sudah cukup memadai, sangat-sangat berbaloi. Tapi jika inginkan kepuasan dalam menjamu keluarga, haaa korang amiklah Set B RM1088nett tu, tersangat puashati, dan pasti family korang akan tersenyum kekenyangan..
Meh nengok menu Set A (4pax) yang Sis dah mencubanya..
Fragrant Fried Rice with Smoked Duck, Chinese Sausage and Yam in Lotus Leaf
Deep-Fried Sea Grouper Teritaki Sauce with Garlic and Scallion
Wan Li Tradisional Roasted Chicken
Double-Boiled Chicken Soup with American Ginseng
Wok-Fried Sea Prawns with Fragrant Garlic Ginger Sauce
Brocoli with Braised Mushroom and Pacific Clams
Childhood Memories Crisp 'Nian Gao'
Chiled Sea Coconut with Red Dates and Herbal Longan Soup
Haaa amacam? lengkap semua hidangan dalam satu set tu kan? Tak payah susah-susah dah nak menambah menu lain, semua dah siap dalam satu set termasuk pencuci mulut sekali. Ni dalam Set A, kalau korang beli Set B, ada penambahan menu lain pulak.
So far semua sedap bagi tekak Sis yang ala kecinaan ni haa, sebab dah terbiasa makan menu sebegini. Dan bagi yang dah pernah makan di Wan Li Restaurant ni, pasti juga tau macam mana keenakkan semua menu 'hot seller' mereka di sini. Terutamanya paling Sis suka Fragrant Fried Rice with Smoked Duck, Chinese Sausage and Yam in Lotus Leaf dan kuih Nian Gao tu, perghh sedap oii.. Makan tak boleh stop kalau dah suap sesudu..
TAPI... jika Set A atau Set B yang korang order tidak cukup juga, korang boleh buat penambahan menu asing di Wan Li Restaurant ni.. antaranya korang boleh order Set Abundance Treasure Pot Poon Choi ini..
Set ini di jual berasingan dan memang berbaloi dan puashati lerr, sebab semuanya dalam satu hotpot yang penuh semuanya menu selambak, termasuk sayur, udang dan ayam di dalamnya.. Paling termahal isinya adalah Abalone tu haa, pergghhh sedap woii..
Abundance Treasure Pot Poon Choi ini terjual dalam dua set berbeza mengikut pax/orang makan.
Set Large RM688nett untuk 10 orang
Set Small RM388nett untuk 5 orang
Antara isi dalam menunya : Eight Head Abalone, Sea Cucumber, Chinese Mushroom Fish Maw, Dried Scallops, Dries Oyster, Prawns, Chicken & Roasted Duck, Black Mosh, Radish, 'Tianjin' Cabbage, Lotus Root, Brocoli, Golden Garlic and Abalone Sauce.
Untuk menu ini, korang di minta untuk menempah awal sehari sebelum ya, bagi memastikan penyediaannya lengkap dan tersedia panas. Nak tempah sekarang pun dah boleh dah..
[Baca Juga] : Menu Ala-Carte Wan Li Restaurant
Hoye!! Lou Hei! Lou Hei!! Tahun Baru Cina pasti tidak lengkap jika tidak ada Yee Sang. Dan inilah Yee Sang pertama Sis untuk tahun 2021 ni. Kalau tahun sudah-sudah, time gini dah berguni rasanya makan Yee Sang sana sini di Hotel & Resort. Tapi tahun ni kita #StayAtHome aje le dan makan Yee Sang di rumah.
Dan Prosperity Yee Sang dari Wan Li Restaurant at Renaissance Johor Bahru Hotel ini memang setiap tahun tak pernah mengecewakan! Cukup bahan, cukup rasa. Dan terbau, menu dalam Yee Sangnya siap ada Crispy Fish Skin & Crispy Whitebait lagi!! Krup krap krup krap bila makannya ui.. Korang makan tak Yee Sang?..
So bagi kaum cina yang akan menyambut Tahun Baru Cina, jika sedang mencari menu untuk jamuan Makan Besar tidak lama lagi ni, bolehlah order menu takeaway dari Wan Li Restaurant ni ya.. Buat tempahan awal supaya nanti dapur tak jem, dan menu korang cepat di siapkan.. hehehehe..
Dan juga, bagi mereka yang tidak dapat balik kampung, lagi-lagi yang baru berkahwin atau korang satu family memang nak beraya di luar staycatinon, Renaisaance Johor Bahru ada membuat promosi GONG XI STAYCATION di hotel mereka. Staycation ini termasuk dengan makan malam sempena Tahun Baru Cina.
Ada yang sedang mencari tempat penginapan semasa Tahun Baru Cina? Ye laa kan tak boleh rentas negeri. Tapi korang jangan...
Posted by AKU Sis Lin on Friday, 5 February 2021
Untuk tempahan menu 𝐄𝐀𝐑𝐋𝐘 𝐁𝐈𝐑𝐃 takeaway Wan Li Chinese New Year Takeaway Set Menu, Abundance Treasure Pot Poon Choi dan Prosperity Yee Sang , korang boleh WhatsApp at https://wa.me/60187800787.
Klik link ni untuk lihat kesemua menu http://bit.ly/MBWanLi
*Pre-order in advance from now until 10 February 2021 and available for pick-up from 12pm to 8pm.
Dan untuk tempahan GONG XI STAYCATION, korang boleh klik di bit.ly/RenJB_GongXi
Jangan tunggu lagi, buat tempahan sekarang..
P/S: Cepatlah Covid ni pergi.. aku nak raya laaaaaa... :((
nyesal lah rasa nengok waktu makan tgri nih, lapo lah sangat... lagi2 lah nengok air tu kak oi
ReplyDeletesedap nya makanan tu....
ReplyDeletesabar sabar hahaha
dengan norma baharu ni kita masih lagi boleh menymbut hari perayaan kan, walau tak menymbut bersama tapi masing-masing tetap meraikannya secara sederhana
ReplyDeleteMemang makan besar nih , tengoklah pilihan lauk pauk dia. Paling besar nampak ikan kerapu tu. Aduhai sedapnya. Dugaan buat semua orang 2 tahun nih kan. Semua tak boleh raya tapi just fikir hikmah disebaliknya. InsyaAllah !
ReplyDeletebetul-betul makan besar tu.. sedap plak nampak menu2 die. rasa terliur plak...
ReplyDeleteWow.......sronok btul dpt order this takeaway. What a package. Paling suka tengok yee sang dia.
ReplyDeletedalam banyak2 Gambar makanan tu paling terliur yee sang. nak beli jauh nauuu pulak
ReplyDeletewoww ada itik dalam fragrance rice..tu yang sedap tu...
ReplyDeleteDah semua raya kita dalam norma baharu kan. Takpe yang penting masih boleh merayakan ye tak.
ReplyDeleteRawlins pun sama tahun nie tak leh balik beraya dgn atuk. Huhu.
Kak, bak mai sikit makanan tu boleh?
Fuhhhh tak pernah nampak lagi menu ni. Sedapnya tengok duck fried rice dalam lotus leaf tu
ReplyDeleteYa Allah sis..ni betul2 makan besar ni sis..ni mmg kira kenduri terus ni hahahahahha
ReplyDeleteNak rasa duck fried rice tu. tapi kan betul lah dengan keadaan sekarang ni memang kena terima juga norma baharu sama ada suka ataupun tak. asalkan kita sama-sama selamat.
ReplyDeleteSedapnya makanan dia. Duck fried rice tu mengiurkannn.. Menyesal komen malam2 ni.. Hahha tapi berbaloi sgt lah harga2 dia dgn menu2 tu..
ReplyDeleteKak kat KL ni panas terik gilaaaaa berdenting! Nak longan tu. Saya usha minuman tu dr td scroll turun naik. Hahahahahhahaa. Fuhhh sedap betol longan.
ReplyDeleteOh yumsss! i like yee sang and its a must have during CNY, their CNY dishes look delicious too.
ReplyDeleteTerliur tengok makanan dia. Berbunyi dah perut ni haaa mintak makanan. Nampak sedap menu dia
ReplyDeleteAduiii, tengok ni buat I tak sabar nak makan besar malam Jumaat ni nanti... Bestnya makan sedap2 macam ni.. sangat attractive dan harga pun sangat berpatutan.. tahun ni rasanya I pun order jer, tak masak sendiri since tak boleh celebrate ramai2 kan...
ReplyDeleteWalau PKP boleh je sambut dengan meriah. Order je, tapau je, dekat hotel atau restoran, semua dah tersedia. Sedap semua makanna tu sis. Ada yang nad tak pernah rasa
ReplyDeleteHUA, THIS YEAR takleh nak habiskan duit boss pergi lunch CNY :(
ReplyDeleteAll the CNY dishes shared here just so so nice to enjoy via food delivery & having family feast at home. Stay safe & enjoy CNY with family at home. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteNampak sedap menu-menu ni!!! Betul2 makan besar ni!
ReplyDeleteomg, bestnya. i have been looking for a good halal chinese restaurant to order my chinese new year dinner from this year, but there are not many around here. too bad this one is from johor :(
ReplyDeletebest yer kalau boleh staycation sempena cuti raya CNY ni kan? lama betul tak check in hotel. dah lama juga tak makan chinese cuisine...
ReplyDeleteYee Sang ni lah paling susah nak dapat hanya setahun sekali sahaja ada makanan ni hehehe nasib masa cuti hari tu dapt juga cuba hehehe bestnya seronok sangat dapat rasa...
ReplyDelete