MENU MINUM PETANG YANG MENGENYANGKAN | Betul-betul sangat mengenyangkan. Dua jenis menu petang ni kalau di makan, perghh kalori dia engko tolak tepi, jangan di kira, kalau kira nanti kesal sampai raya tak sudah hahahaha..
Jenis Sis, diet ya diet, kontrol memang kontrol, tapi kalau dah depan mata, apalah salahnya kan kita 'jamah' barang sesuap.. boleh caya ke idok sesuap ek hahahaha..
Kuih Koci dan Putu Piring, menu minum petang untuk family harini. Masa menaip ni pun, dah siap dah minum petangnya, sambil Suami sedang menukang, Sis duduk kejap depan laptop update posting ni haa.. maka terjadilah seperti tajuk di atas. Sebab memasing semua dah kenyang.
Kejap lagi tunaikan Asar, kemudian nak keluar dating berdua tapi tak tau nak kemana. Sis ko follow aje mana Suami nak bawa, janji dapat dating hahahaha.. Kang kalau tanya, nak pi mana, yang sorang tanya dia, yang dia tanya dia, so better Sis ikut aje laa kan.. Sis jawab nak pi Melaka kang, ada yang ternganga pulak hahahaha..
Kuih Koci
Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.
Kuih koci ini agak lembut dan hingga dibuat nyanyian "Ada sejenis kuih tiga segi.... Di luar tepung di dalamnya inti... Makanan orang tiada bergigi..."..
Pernah dengar ke lagu Kuih Koci tu?
Putu Piring
Putu piring banyak dijual di pasar malam. Tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Putu berasal dari Kerala & Tamilnadu, India. Putu adalah daripada bahasa Tamil yang bermaksud makanan daripada beras. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut.
Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh atau putu bambu.
Putu Piring, Putu Bambu dan Putu Mayam, tiga-tiganya adalah berbeza. Jangan salah pulak hehehe..
So korang suka yang mana satu? Kuih Koci atau Putu Piring?
Kenit : 'Saya suka Kuih Koci'
Sibukkkk je laaa ko Kenit.. Orang tak tanya dia laaa eeee...
Dan nak juga bagitau, mungkin ini malam atau esok pagi, pageviews blog Sis ni akan mencecah ke 10 000 000 (Sepuluh Juta) viewers ko... alhamdulilah, satu pencapaian yang membanggakan buat diri Sis since 2008 menulis blog.
Mungkin orang lain dah berjuta-juta, tapi Sis tak kisah, prinsip Sis, jangan suka bandingkan blog orang lain dengan blog kita. Masing-masing ada gaya dan cara penulisan sendiri untuk menaikkan views dan menambat hati pembaca.
Yang penting usaha keras tu haa berbaloi rasanya bila dapat capai sesuatu yang tanpa di sangkakan.. alhamdulilah..
Takde Giveaway ke?.. Nak ke?..
Okay...siapa baca posting ni, ni haa dia syarat giveawaynya.. siapa dapat SNAP angka 10 000 000 atau lebih tidak melebihi dari 10 000 010, Sis akan beri dia HADIAH MISTERI untuk 3 PEMENANG.. so siapa baca posting ni, bertuah laa ko nakk hahahaha...
Korang hantar SNAP PV tu ke email Sis ya. Ada di tepi sidebar The Author tu..
3 email yang pertama jika tepat atau cukup syaratnya, Sis akan pilih dulu..
So siapa cepat dia dapat..
Good luck 🎉
P/S: Hadiah dia best oii.. rugi siapa tak baca dan join giveaway ni hahahaha.. cepat panggil geng hahaha..
Putu piring, putu bamboo, putu mayam semua suka makan tapi tak pernah jumpa di LD. kalau balik Malaya memang tak lepas peluang cari segala putu tu di pasar malam.
ردحذفOo sana takde ke Amie? Cubalah Amie buat sendiri, kotlah pandai dan menjadi, lagi sedap dan puashati..
حذفeleh kenit ni, sibuk dia tnya , padahal diaaaa nak bgtau yg dia suka yg mana hehehe ..
ردحذفhuaa good luck pada yg berjaya tangkap nombor :) i will not be luck to do that for sure hahaha
Hahaha dia paling sibuk di meja makan Atie..
حذفHehehe tapi bukan sebab takde luck, tapi ramai tak perasan posting giveaway tu hahahaa
aaa kenit kenit... tau ada habuan dia la tu sbb always busy dekat meja hahah
حذفrugi diorg tak baca sbb atie tau ramai suka yg tangkap number.. tgk ..atie dah terlepas hahaha coming back after dah lebih dari 1000010 hahahahaha
Putu mayam favourite saya so memang kenal.
ردحذفTapi putu piring dgn putu bambu nampak macam sama je sis :p
Samalah Saya.. anak-anak dan Suami pun sukakannya juga..
حذفHehehe.. punya berhati2 scroll ke bawah sebelum boh komen, sbb blog Lin ni silap2 tgh komen, dia refresh, langsung hilang komen ko
ردحذفOk, post komen atas siap2 sebelum dia hilang, kahhhh.
حذفMau Tak tido malam ni nak refresh sampai 10 juta, nak menang hadiah punya pasal ni
Hahahaha.. adoii laaa Akak, biasa laa Kak, kalau menulisnya pepanjang, maka taks empat nak komen.. blog akak pun kadang refresh, tapi nasib baik post akak pendek-pendek hehehe
حذفOIttt ako nampak GIVEAWAY je hahahaha...!!!
ردحذفMcm ckp kak seri, mau x tido malam ni kang... hahaha :D
Kakakakakah...
حذفNasib ko dapat baca posting ni hahahaha..
Kita semua suka. Makan tak menolak. Haha Kenit dapat ke makan kuih koci tu?
ردحذف.
Ps: best kalo dapat snap 10k tu..
Kenit dia tak makan makanan yang orang rumah ni makan Aien, Sis tak biasakan..
حذفDia memang makan makanan dia aje..
alaaa tak dan baca..hahahahah...nampak cantik background belakang kenit..tibahhhh
ردحذفHahahaha bila nak datang berOOTD haaaa
حذفSuka kuih koci! Lama tak makan. huhu..putu piring dia unik pulak warna kuning.
ردحذفKann Fizah, sesekali dapat makan kuih macam ni, nikmat kan..
حذفdua2 pun sedap tapi my favourite kuih koci..hehe
ردحذفhttps://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html
Sama laaa Suami, suka kuih koci.. Sis suka putu piring dan segala putu hahahaha
حذف