MENU MINUM PETANG YANG MENGENYANGKAN

Sis Lin
20
MENU MINUM PETANG YANG MENGENYANGKAN | Betul-betul sangat mengenyangkan. Dua jenis menu petang ni kalau di makan, perghh kalori dia engko tolak tepi, jangan di kira, kalau kira nanti kesal sampai raya tak sudah hahahaha.. 

Jenis Sis, diet ya diet, kontrol memang kontrol, tapi kalau dah depan mata, apalah salahnya kan kita 'jamah' barang sesuap.. boleh caya ke idok sesuap ek hahahaha..

Kuih Koci dan Putu Piring, menu minum petang untuk family harini. Masa menaip ni pun, dah siap dah minum petangnya, sambil Suami sedang menukang, Sis duduk kejap depan laptop update posting ni haa.. maka terjadilah seperti tajuk di atas. Sebab memasing semua dah kenyang.

Kejap lagi tunaikan Asar, kemudian nak keluar dating berdua tapi tak tau nak kemana. Sis ko follow aje mana Suami nak bawa, janji dapat dating hahahaha.. Kang kalau tanya, nak pi mana, yang sorang tanya dia, yang dia tanya dia, so better Sis ikut aje laa kan.. Sis jawab nak pi Melaka kang, ada yang ternganga pulak hahahaha.. 

Kuih Koci

Kuih Koci 

Kuih koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.

Kuih koci ini agak lembut dan hingga dibuat nyanyian "Ada sejenis kuih tiga segi.... Di luar tepung di dalamnya inti... Makanan orang tiada bergigi...".. 

Pernah dengar ke lagu Kuih Koci tu? 

Putu Piring

Putu Piring

Putu piring banyak dijual di pasar malam. Tetapi kini ia turut menjadi hidangan pilihan di hotel terkemuka di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung beras, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Putu berasal dari Kerala & Tamilnadu, India. Putu adalah daripada bahasa Tamil yang bermaksud makanan daripada beras. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut.

Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring, terdapat juga putu mayam dan putu buluh atau putu bambu.

Putu Piring, Putu Bambu dan Putu Mayam, tiga-tiganya adalah berbeza. Jangan salah pulak hehehe.. 

Menu Minum Petang Yang Mengenyangkan

So korang suka yang mana satu? Kuih Koci atau Putu Piring?

Kenit : 'Saya suka Kuih Koci'

Sibukkkk je laaa ko Kenit.. Orang tak tanya dia laaa eeee... 

Dan nak juga bagitau, mungkin ini malam atau esok pagi, pageviews blog Sis ni akan mencecah ke 10 000 000 (Sepuluh Juta) viewers ko... alhamdulilah, satu pencapaian yang membanggakan buat diri Sis since 2008 menulis blog. 

Mungkin orang lain dah berjuta-juta, tapi Sis tak kisah, prinsip Sis, jangan suka bandingkan blog orang lain dengan blog kita. Masing-masing ada gaya dan cara penulisan sendiri untuk menaikkan views dan menambat hati pembaca. 

Yang penting usaha keras tu haa berbaloi rasanya bila dapat capai sesuatu yang tanpa di sangkakan.. alhamdulilah.. 

Takde Giveaway ke?.. Nak ke?..

Okay...siapa baca posting ni, ni haa dia syarat giveawaynya.. siapa dapat SNAP angka 10 000 000 atau lebih tidak melebihi dari 10 000 010, Sis akan beri dia HADIAH MISTERI untuk 3 PEMENANG.. so siapa baca posting ni, bertuah laa ko nakk hahahaha... 

Korang hantar SNAP PV tu ke email Sis ya. Ada di tepi sidebar The Author tu..
3 email yang pertama jika tepat atau cukup syaratnya, Sis akan pilih dulu.. 
So siapa cepat dia dapat.. 
Good luck 🎉


P/S: Hadiah dia best oii.. rugi siapa tak baca dan join giveaway ni hahahaha.. cepat panggil geng hahaha.. 

Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Putu piring, putu bamboo, putu mayam semua suka makan tapi tak pernah jumpa di LD. kalau balik Malaya memang tak lepas peluang cari segala putu tu di pasar malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo sana takde ke Amie? Cubalah Amie buat sendiri, kotlah pandai dan menjadi, lagi sedap dan puashati..

      Delete
  2. eleh kenit ni, sibuk dia tnya , padahal diaaaa nak bgtau yg dia suka yg mana hehehe ..
    huaa good luck pada yg berjaya tangkap nombor :) i will not be luck to do that for sure hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha dia paling sibuk di meja makan Atie..
      Hehehe tapi bukan sebab takde luck, tapi ramai tak perasan posting giveaway tu hahahaa

      Delete
    2. aaa kenit kenit... tau ada habuan dia la tu sbb always busy dekat meja hahah

      rugi diorg tak baca sbb atie tau ramai suka yg tangkap number.. tgk ..atie dah terlepas hahaha coming back after dah lebih dari 1000010 hahahahaha

      Delete
  3. Putu mayam favourite saya so memang kenal.
    Tapi putu piring dgn putu bambu nampak macam sama je sis :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Saya.. anak-anak dan Suami pun sukakannya juga..

      Delete
  4. Hehehe.. punya berhati2 scroll ke bawah sebelum boh komen, sbb blog Lin ni silap2 tgh komen, dia refresh, langsung hilang komen ko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, post komen atas siap2 sebelum dia hilang, kahhhh.

      Mau Tak tido malam ni nak refresh sampai 10 juta, nak menang hadiah punya pasal ni

      Delete
    2. Hahahaha.. adoii laaa Akak, biasa laa Kak, kalau menulisnya pepanjang, maka taks empat nak komen.. blog akak pun kadang refresh, tapi nasib baik post akak pendek-pendek hehehe

      Delete
  5. OIttt ako nampak GIVEAWAY je hahahaha...!!!
    Mcm ckp kak seri, mau x tido malam ni kang... hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah...
      Nasib ko dapat baca posting ni hahahaha..

      Delete
  6. Kita semua suka. Makan tak menolak. Haha Kenit dapat ke makan kuih koci tu?
    .

    Ps: best kalo dapat snap 10k tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenit dia tak makan makanan yang orang rumah ni makan Aien, Sis tak biasakan..
      Dia memang makan makanan dia aje..

      Delete
  7. alaaa tak dan baca..hahahahah...nampak cantik background belakang kenit..tibahhhh

    ReplyDelete
  8. Suka kuih koci! Lama tak makan. huhu..putu piring dia unik pulak warna kuning.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Fizah, sesekali dapat makan kuih macam ni, nikmat kan..

      Delete
  9. dua2 pun sedap tapi my favourite kuih koci..hehe
    https://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laaa Suami, suka kuih koci.. Sis suka putu piring dan segala putu hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!