PUASA HARI PUTIH UMPAMA PUASA SEPANJANG TAHUN

Sis Lin
14
PUASA HARI PUTIH UMPAMA PUASA SEPANJANG TAHUN | Esok jika yang berkesempatan, tiada keuzuran dan berkemampuan dalam kesihatan, bolehlah berpuasa. Esok adalah Puasa Hari Putih yang juga dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan bulan Islam (Hijriyyah). 

Selain puasa sunat Isnin dan Khamis, kita juga disunatkan untuk beramal dengan puasa hari putih.

Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih dan kelebihan beramal dengannya. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akhbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.

Menurut Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, kita disunatkan berpuasa tiga hari setiap bulan, iaitu setiap 13, 14 dan 15 hari bulan dalam bulan-bulan Hijriyyah. Hari yang afdhal untuk melakukan puasa tersebut ialah pada malam bulan mengambang, iaitu pada hari yang ke-13, 14 dan 15 setiap bulan Islam.

Nama puasa sunat ini dikenali juga sebagai Puasa Hari Putih (الأيام البيض). Ini kerana malam hari tersebut terang benderang kerana cahaya bulan. Walau bagaimanapun, puasa pada 13 Zulhijjah dikecualikan kerana haram berpuasa pada hari tersebut.

Puasa Hari Putih


Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata; 

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
"Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun". 
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)

Untuk melafazkan niat puasa ini, kita dibolehkan untuk menggunakan bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.

نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.

InsyaAllah, kita cuba berniat & melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 25-27 Februari 2021 bersamaan 13-15 Rejab 1442H (Khamis-Sabtu). Mudahan kita tergolong di kalangan yang dijanjikan Syurga Ar Rayyan iaitu khusus untuk orang yang melazimi ibadah puasa, sepertimana Sabda Nabi SAW :

Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.” (HR Bukhari dan Muslim).

Puasa Hari Putih Umpama Puasa Sepanjang Tahun

Nota:
Kita masih boleh berpuasa sunat sekiranya terlupa untuk niat pada malam harinya atau keesokan harinya sebelum Subuh. Kita masih boleh berniat sebelum tergelincir matahari dengan syarat kita masih belum makan dan minum atau tidak melakukan apa-apa perkara yang membatalkan puasa antara waktu masuknya waktu Subuh hingga tergelincirnya matahari.


P/S: Mudah nak rebut pahala.. anda buat, anda dapat ❤

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sekejap dah separuh bulan Rejab
    Tak lama lagi puasa wajib sebulanlah kita.
    Semoga kita semua sempat ketemui Ramadan yang akan datang.

    ReplyDelete
  2. Good sharing Lin.. tak lama lagi kita dah nak sambut Ramadhan pula kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita semua berkesempatan menyambut Ramadhan kan Kak..

      Delete
  3. wah nice info.. boleh la puasa esok :)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Alhamdulilah... harini jangan makan maggi lagi tau..

      Delete
  5. Selamat berpuasa untuk mereka yang dapat berpuasa hari ni.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!