RESEPI MENU SARAPAN PAGI YANG SIHAT DAN MUDAH HANYA GUNA 5 BAHAN SAHAJA! PAGI ini agak malas nak menaip pepanjanglah, banyak kerja yang nak di mulakan dan di siapkan dengan cepat. Kang Suami dah start buat dia projek waindscoting di tangga kang, haaa lagi laa huru-hara kang, so better Sis siapkan kerja Sis dulu.
Sarapan pagi pun Suami dah beli tadi. Kebetulan malam semalam dia pi memancing di rakit dekat Kong Kong Laut sana, so Sis dah pesan, balik singgah belikan Sis Nasi Lemak Daun Sempo dulu sebelum balik. Alhamdulilah dapat juga makan nasi lemak berdaun pagi ni..
Tapi kalau korang rajin nak buat sendiri sarapan tapi takde idea atau nak yang ringkas dan mudah, korang boleh cuba 5 resepi menu sarapan pagi yang sihat dan mudah ini hanya guna 5 bahan sahaja.
Tak percaya? Ajomm kita lihat..
Nak Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat, Mudah & Cepat?
Cuba Ini Hanya Guna 5 Bahan Sahaja!
Bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat, semestinya pengambilan makanan sihat amatlah perlu. Jika kena dengan resipi sihat, pasti hasil masakannya sedap. Ingin memulakan hari sarapan pagi dengan makanan sihat, tapi takut tidak berselera? Jangan risau, makanan sihat bukan semestinya mempunyai rasa yang tidak sedap.
Tak percaya? Korang boleh cuba membuat resepi sihat mengikut 5 senarai makanan sihat seperti di bawah ini.
Resepi sihat 1: Ayam buttermilk panggang
Bahan-bahan:
- 1 cawan buttermilk
- Sedikit serbuk thyme
- 4 ulas bawang putih dihiris halus
- Setengah sudu teh garam
- 1 kilo setengah potongan ayam bahagian dada
Cara menyediakannya:
- Letakkan buttermilk, thyme, bawang putih dan garam di dalam mangkuk besar.
- Masukkan potongan ayam dan gaulkannya sehingga campuran buttermilk tersebut meliputi keseluruhan bahagian ayam.
- Perap dan sejukkannya selama sekurang-kurangnya 8 jam di dalam peti sejuk.
- Ambil ayam yang telah diperap tadi dan panggang di atas kuali pemanggang dengan menggunakan api yang sederhana.
- Masak sekitar 5 hingga 7 minit sebelum membalikkannya.
Resepi 2: Keledek bakar
Bahan-bahan:
- 4 biji keledek yang telah dibersihkan (tidak dikupas)
- Setengah cawan yogurt
- 1 biji epal yang telah dipotong dadu
- 2 sudu madu
- ¼ cawan serbuk kelapa yang telah disangai
Cara menyediakannya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celcius.
- Letakkan 4 biji keledek pada loyang dan masukkan ke dalam ketuhar.
- Bakar keledek tersebut sehingga lembut iaitu sekitar 45 minit.
- Ambil pisau dan potong keledek tersebut dengan hirisan berbentuk X.
- Buka kulit keledek dan lenyekkan isi keledek dengan menggunakan garpu.
- Letakkan bahan-bahan lain iaitu yogurt, potongan epal, madu dan juga serbuk kelapa sebagai topping keledek tersebut.
- Gaulkannya sebelum korang mula menikmatinya.
Resepi sihat 3: Telur kacau kari
Bahan-bahan:
- 8 biji telur
- ¼ cawan susu
- Setengah sudu teh serbuk kari
- ¼ sudu teh garam
- Sedikit serbuk lada putih
- 2 biji tomato yang dihiris dan dipotong dadu (pilihan)
Cara menyediakannya:
- Dalam mangkuk yang besar, pukul telur, susu, serbuk kari, garam, dan lada sulah.
- Letakkan kuali dan masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya. Sebaiknya, korang menggunakan kuali non-stick untuk hasil masakan yang lebih cantik.
- Tuangkan campuran telur tersebut.
- Masak dan kacau sehingga telur mula menebal dan tidak ada lagi telur yang masih cair.
- Kemudian, tutup api.
- Hidangkan telur tersebut bersama dengan potongan tomato.
Resepi 4: Sandwic tomato dan avokado
Bahan-bahan:
- Setengah biji avokado yang telah masak
- 4 keping roti gandum penuh
- 1 biji tomato yang dihiris nipis
- 2 biji bawang merah yang dipotong dan dicincang halus
- 2 sudu mayones
Cara menyediakannya:
- Lenyekkan avokado sehingga hancur menjadi seperti pes.
- Sapukan pes avokado pada dua keping roti yang telah dipanggang.
- Letakkan hirisan tomato dan bawang merah yang telah dicincang ke atasnya.
- Tuangkan sedikit mayones pada hirisan tomato tersebut.
- Tutup dengan kepingan roti dan nikmati sandwich korang.
Resepi sihat 5: Gulungan ayam pesto
Bahan-bahan:
- 4 keping hirisan dada ayam
- Setengah cawan pesto (boleh didapati di pasar raya)
- 50 gram cendawan yang dihiris
- Parutan keju Mozarella
- Secubit garam
Cara Menyediakannya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
- Ketukkan kepingan dada ayam dengan menggunakan kayu penggelek sehingga menjadi lebih nipis.
- Sapukan presto pada kepingan ayam tersebut.
- Taburkan hirisan keju Mozarella di atas hirisan ayam tadi.
- Gulungkan ayam dan tusukkan pencungkil gigi pada gulungan ayam tersebut agar tidak terbuka.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar ayam dalam tempoh 30 minit sehingga ayam menjadi masak dan berwarna putih.
- Setelah ayam masak, keluarkan ayam tersebut daripada ketuhar dan tuangkan baki sos presto pada ayam tersebut bersama dengan hirisan keju.
- Tukarkan tetapan ketuhar kepada ‘broil’ dan masukkan kembali ayam ke dalam ketuhar untuk seketika waktu lagi.
- Biarkan keju menjadi cair dan sedikit perang dalam tempoh 3 hingga 5 minit sebelum dikeluarkan.
- Tanggalkan pencungkil gigi dan potong gulungan ayam tersebut. Hidangkan.
Senarai makanan sihat dalam 5 resepi yang mudah dan sedap ini, korang boleh dapatkannya di pasar raya. Jika korang tidak tahu bagaimana untuk mencari pesto yang dibotolkan bagi memasak gulungan ayam pesto, korang boleh membuatnya di rumah dengan menggunakan bahan-bahan segar.
Banyak resepi pesto yang boleh didapati di internet untuk kegunaan korang. Jangan malas membaca hehehe..
Selamat mencuba..
Sumber : Hello Doktor
P/S: Selamat Hari Berkasih Sayang, Sayang.. Hari-Hari juga SAYANG kann ❤
Sedapnyaaa segala breakfast iniiii.. Weehuuuuu
ردحذفKann Nona, nampak simple dan mudah beno nak buatnya..
حذفYaa ampun... sedapnyaaaaa :)
ردحذفHahaha silalah mencubanya...
حذفSedapnya. Dah kenyang jadi lapar semula. Yang ada telur tu semua sedap..
ردحذفKekeke kan Nanie.. kalau bangun terus siap, lagi syokk hahahaha
حذفSedapanyaaaa...pagi ni SA buat mee goreng jer...
ردحذفPagi ni Sis makan karipap dua ketul heheheh
حذفehh lapar balik tengok hehe tp mood memasak kelaut ni macam ni
ردحذفHahahaha semua sedap dan simple aje kan..
حذفSarapan sihat ni.
ردحذفWak sarapan nasi goreng pagi ni
Yee Wak, sihat dan mudah, nak dengan taknak je nak buat hahaha
حذفmacam tak kenyang je sarap macam tu... kena 2 portion la kot baru ngam..hehe
ردحذفKakakakakah...
حذفKalau nak kenyang, kena goreng nasi laa Azian hahahaha
tadi tak lapar pun, tengok entri ni terus kelaparan kebuluran bagai..
ردحذفHahahaha silalah buat yaaa...
حذفthank you thank you..sbb dah mmg buntu nak makan apa time diet ni
ردحذفKan Atie, kadang time pagi laa no idea nak makan apa kan..
حذف