SALAM 1 REJAB 2021

Sis Lin
10
SALAM 1 REJAB  2021 | BERMULA terbenamnya matahari semalam, kita telah pun memasuki 1 Rejab. Ia menandakan bahawa bulan Ramadan al-Karim yang dinanti-nantikan semua umat Islam di seluruh dunia begitu hampir sekali. Sebelum bulan penuh kemuliaan itu menjengah, pastinya ramai yang sudah mula membuat persiapan untuk menuju Ramadan.

Korang dah ganti puasa ke belum? Jika sudah, alhamdulilah... Sis bersyukur sangat, tahun lepas Sis puasa FULL, takde keuzuran, dan tidak ada 'hutang' puasa untuk tahun ni. Bagi korang yang belum lagi 'ganti puasa', segeralah berbuat demikian.. jangan sampai tiba 1 Syawal ya. 

Salam 1 Rejab 2021

Hikmah Di Sebalik Bulan Rejab

Antara ibadah lazim yang sering kali dilakukan oleh kebanyakan umat Islam adalah berpuasa sunat pada bulan Rejab.

Sesungguhnya, Rejab menjadi antara bulan Islam yang terkandung keistimewaan dan keutamaannya yang tersendiri. Meskipun nas yang memerihalkan tentang kelebihan bulan itu ada pertikaian dan berstatus dhaif atau palsu, namun ia tidak sedikit pun merencatkan kemuliaan bulan Rejab.

Ini kerana kita masih lagi boleh beramal pada bulan itu, namun tidak boleh disandarkan kepada kelebihan bulan Rejab semata-mata bagi mendapat ganjaran tertentu. Segera ganti puasa sebelum menjelang Ramadan. Rejab dianggap sebagai bulan madrasah atau bulan latihan kepada umat Islam sebelum masuknya Ramadan.

PERISTIWA penting dalam bulan Rejab

Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Terdapat beberapa kisah istimewa yang berlaku dalam bulan Rejab yang boleh diambil manfaat oleh umat Islam:

1. Peristiwa Israk dan Mikraj.
Dalam peristiwa itulah yang menyaksikan umat Islam difardukan solat lima waktu.

2. Penghijrahan pertama umat Islam ke Habsyah.
Ia bertujuan untuk menyelamatkan akidah umat Islam ketika itu. Mereka ditekan dan diancam keselamatan ketika di Makkah.

3. Pembebasan Baitul Maqdis.
Baitul Maqdis mula dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin al-Khattab RA.
Namun, ia telah ditawan oleh musuh, sebelum Sultan Salahuddin Al-Ayubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah.

4. Kelahiran Imam al-Syafie.
Pengasas Mazhab Syafie itu dilahirkan pada bulan Rejab 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin. Beliau merupakan mujaddid abad ke-2 menurut Imam al-Sayuti.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang dinyatakan hasan statusnya oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani: “Sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan buat umat ini pada awal setiap 100 tahun orang yang akan memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka).” (Riwayat Abu Daud, al-Hakim, at-Tabari dan al-Baihaqi).

Salam 1 Rejab. 
Rejab sebagai bulan penebus dosa serta penambah ganjaran pahala. Umat Islam digalakkan beribadat sebanyak mungkin dalam bulan Rejab sebagai satu latihan sebelum menghadapi bulan Ramadhan.

Jom kita praktiskan doa bulan Rejab 

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas).


P/S: Maaf tidak blogwalking, Sis bizi sikit 'berhari raya' hahahaha.. 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam 1 Rejab Sis Lin and family

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menjalani ibadah sepanjang Rejab SA.. moga kita dipanjangkan umur bertemu di bulan Ramadhan..

      Delete
  2. Salam rejab lin.. Besday ako kalendar islam bln rejab ni 😍

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Salam Rejab juga buat Atie..perbanyakkan ibadah ya.. moga sihat hingga ke Ramadhan..

      Delete
  4. Salam bulan rejab . Semoha kita semua memperoleh kebaikkan

    ReplyDelete
  5. salam rejab sis..jom puasa rejab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, harini baru puasa pertama Rejab Sunah..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!