SELAMAT HARI LAHIR EMAK : AL-FATIHAH

Sis Lin
10
SELAMAT HARI LAHIR EMAK : AL-FATIHAH | Nak nyanyi lagu hari jadi pun Emak dah takde, nak belikan kek pun Emak dah takde, lagikan pula nak belikan hadiah, pun Emak takde... bukan sebab dah takde baru nak buat baru nak ingat dan kenang, tapi sebab memang tiap tahun begitu. Kami adik beradik belikan kek, Suami suka belikan hadiah untuknya, so bila tiba masanya hari ini, jadi semua tu menyakitkan bila di ingat.. jujurnya rindu pada yang telah pergi itu sangat sakit ya.. hanya Allah sahaja yang Tahu...walau nampak macam takde apa yang berlaku..

Buat apa nak cerita, buat apa nak bagitau, dan perlu ke Sis nak berkongsi? 

Ada benda yang boleh kita share, ada perkara perlu kita sembunyi.. tak semua orang faham dan tidak semua orang suka.. jadi lebih baik kita pendam walau ianya makan diri..

Tapi kita ada Allah.. jika rindu DOA... 

Doalah yang paling cepat Allah dengar dan tunaikan.. sebab doa itulah kita jadi kuat, sebab doa itulah Allah beri kita kesabaran.. dan sebab doa itu jugalah kita boleh move-on.. tanpa doa, mungkin sepanjang masa kita meratapi.. 

Yang hidup pasti akan mati, ajal dan maut di tangan Allah.. 

Kita yang hidup kena teruskan demi orang-orang yang kita sayang di sekliling kita.. dan satu perlu kita ingat.. Allah amik orang yang kita sayang sebab, mungkin Allah lebih sayangkan dia, Allah hentikan segala dosanya setakat pada hari kematiannya itu.. kemudian Allah bawanya dan tempatkan di kalangan orang-orang yang beramal soleh..

Sedih tetap sedih, terputus segala doa orang tua kepada anaknya... tapi 'Kun Fa Ya Kun'.. jika Allah dah berkehendak, maka terjadilah sesuatu perkara itu tanpa kita boleh menidakkannya .. 

Allahuakbar ...


Selamat Hari Lahir Buat Emak : Al-Fatihah

Selamat Hari Lahir Buat Emak : Al-Fatihah

19 Februari 1957 - 23 Ogos 2020
Puan Rosnah Wong Binti Abdullah 


P/S: Sayang Emak dunia akhirat ❤

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kan!!!
    Rindu sangat-sangat...
    Moga roh arwah MAK-MAK kita sentiasa bersama disisiNYA.

    "Happy Besday, MAKcik Rosnah!"

    #HUGSkO

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn..
      Moga mereka semuanya aman tenang di sana ya Ret..

      حذف
  2. Al Fatihah untuk bonda Sis. Ini menjadi hadiah yang paling dinantikan. Al Fatihah yang berterusan. Moga bonda Sis berbahagia dan berada ditempat yang paling indah.

    ردحذف
  3. Allah.. sayunyaaa baca post ni.. berlinang air mata :(

    ردحذف
    الردود
    1. Janganlah Atie...terus Sis pulak baca semula rasa nak nangis :((

      حذف
  4. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aaminn yra

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!