SELAMAT TAHUN BARU CINA 2021 | Mulakan hari INI di tahun baru dengan membuka lembaran baru. “Gong Xi Fa Cai” kepada semua kaum Cina yang menyambut Tahun Baru Cina terutamanya PakCik MakCik Sis juga sahabat-sahabat Sis tak kira laa pembaca blog, rakan facebook dan juga instagram, mahupun jiran tetangga dan rakan-rakan semua. Semoga kebahagian dan kekayaan bersama korang semua.
Kebiasaannya persediaan sebelum sambutan Tahun Baru Cina Di Malaysia ni, rumah mereka akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun pula dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang buat keluarga itu.
Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau dan bunga sebagai simbol murah rezeki. Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Sehari sebelum datangnya Tahun Baru Cina, kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin.
Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik (Ong), yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin.
Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Meh.
SOP Terkini Sambutan Tahun Baru Cina 2021
Kalau di lihat SOP terbaru Sambutan Tahun Baru Cina ni, apakah Hari Raya Aidilfitri kita juga akan begini? Arghhh sekali lagi laaa kita beraya dalam norma baharu dan tidak boleh beraya ke sana sini kan, bukan minta, tapi dah dapat agak.. Hurmmm...
Sebenarnya Sis tak kisah pun, sebab untuk family Sis sendiri, memasing semua stay dalam Johor aje. Dan juga inilah tahun pertama kami semua beraya tanpa Emak. So memang nampak gaya beraya aje laa di rumah.. alah bisa tegal biasa dah..
Tapi bagi mereka yang keluarganya berjauhan, alahaii sian laaa.. lagi yang 'bujang' kann, mau menangis lagi di pagi raya.. yang berjauhan dengan Suami/Isteri di luar negara tu (macam adik Sis), lagi laa sedih.. tak boleh membayangkan..
Apa-apa pun, kita redha aje laa.. ni semua untuk kebaikan kita bersama. Nak kecam, nak marah kerajaan pun, apa kita dapat? Balik-baik 'rakyat' juga yang kena kang.. so eloklah diam dan patuhi SOP..
Bagi mereka yang menyambut Tahun Baru Cina, Sis ucapkan "Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Chai, Shen Ti Jian Kang" 🍊
P/S: Baru semalam order baju raya hahahahaha...
Norma baharu. Menjadi cabaran bagi yang tinggal berjauhan kan Sis.
ردحذفYee PC, Sekali lagi tak dapat balik kampung ziarah dan raya bersama keluarga..
حذفSelamat Tahun Baru awak! :p minta buah mandarin sikit...
ردحذفMarilah, buah limau aku ada sekotak lagi dalam aisbox Ret hahaha
حذفSambut raya ikut SOPlah ek
ردحذفYaa Wak, harap raya kita pun sama ada kelonggarannya..
حذفDah Tak terfikir pasal raya lagi ni
ردحذفSaya pulak fikir, sebab tiba raya, dah mula sibuk anak nak kawin pulak huhuhu
حذفHappy New Year,segalanya berubah kerana covid kan huhuuuu kembalikan hiduo kita yang dulu huhuuuu
ردحذفKann Sue, redha aje laa, doa bebanyak moga semuanya berakhir..
حذفhappy holiday sis :)
ردحذفHappy working Atie.. harini dah start kerja hehehe
حذفhappy chinese new year untuk sis sekeluarga..
ردحذفTerima kasih Sunah..
حذف