ASAM PEDAS IKAN DURI TELUR IKAN SEMBILANG

Sis Lin
26
ASAM PEDAS IKAN DURI TELUR IKAN SEMBILANG | Sis ko pun konpius dengan tajuk tu, dah kenapa ikan duri tapi telur ikan sembilang? Hahaha maybe bapak dia kawin banyak, so kawin ikan lain, tapi yang beranaknya ikan lain hahaha. Baca boleh, percaya jangan hahahaha... Sengal laaa Sis ko pepagi ni ekkk.. 

Kisahnya gini, semalam pagi Sis dan Suami juga Sunah keluar bersarapan pagi, selepas tu, Suami singgah laa di Pasar Pagi Orang Asli yang pernah Sis cerita dulu tu. Kononnya nak mencarilah ikan duri segar. Sampai pun dah dekat tengahari, so dah tak banyak orang menjual. Rezeki Sis jumpa laa satu gerai ni ada jual ikan duri dan juga ternampak telur ikan.

Bila tanya telur ikan apa, katanya telur ikan sembilang. Okay sebab memang teringatkan anak Sis,Yana yang suka makan telur ikan tu, belilah sepinggan RM20. Dan Sis amik 5 ketul isi ikan Duri yang dah di potong. Dalam pada tu Suami tegur, jangan banyak sangat nanti takde sapa nak makan.

Memang ye pun, kalau masak sapa je nak makan. Kakaknya dah balik Shah Alam, si Bujang bukan pemakan sangat, tapi sebab ada Sunah bermalam di rumah, so Sis beli dan masaklah lebih.. tapi orang paling happy dapat Asam Pedas Ikan Duri Teluir Sembilang ni, tak lain anak Sis,Yana... hehehehe..

Asam Pedas Ikan Duri Telur Ikan Sembilang

Dan alhamdulilah, rezeki Sis pagi tu, ketika jalan pusing sekitar Pasar Pagi tu, singgah di satu gerai ni sebab Sis ternampak Petai. Belilah dua ikat RM20. Masa dah bayar, tiba-tiba PakCik tu tanya; 'Makan tak Pucuk Keledek?'.. Sis jawab 'Makan'.. kemudian PakCik tu bagi sampai 3 ikat sayur tu, then ada 2 ikat ulam daun raja. alhamdulilah murah rezeki PakCik.. 

Dan sampai rumah, Sis segera memasak menu Asam Pedas tu, dan pucuk keledek tu Sis masak lemak ikan asin. Kemain sedap makan semalam. 

Sayur Keledek Masak Lemak

Petai

Kebiasaanya pucuk keledek tu Sis masak bening air je, tapi kali ni Sis masak lemak, alhamdulilah sedap juga. Sis campurkan sikit dengan ikan asin sebagai perasa dalam kuahnya, lagi tambah sedap.. kemain selera Suami makan yaa.. 

Tambah selera ada petai buat ulam. Sebenarnya kalau sapa ada frens dengan IG Sis, petai tu Sis ada masakkan Suami Ikan Tambah Goreng Petai. Sis gorengkan ikan tambah bilis tu, kemudian campak bawang dan lada, then hirisan petai ke dalamnya. Memang sedap.. ada gambarnya tapi malas pulak nak up hahahahaha.. 

Jadilah, semalam makan berjemaah dengan Suami dan Sunah.. dan Yana pun dapat makan sebelum dia keluar merayap. 

Dan semalam pun penuh dengan hari makan-makan, sendat perut di buatnya dek di kerjakan dengan Suami.. Sunah pun surrender hahahahaha.. adeiii nasib baik jugalah ada 'bristwalk' kat Jusco kan Sunah, kalau tak, mau tersandar membuta kat rumah hahahaha.. 

Alhamdulilah, hujung minggu yang indah dan bahagia.. terima kasih pada Suami yang 'belanja' membeli-belah semalam, moga dimurahkan rezekinya selalu, aamiinn.. 


P/S: Otak tengah serabut fikir posting yang banyak nak update.. fuhhhhh bismillah... 

إرسال تعليق

26تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Petai tu paling sis suka. Ikan duri tu ikan apa eh?. Ala ala ikan buntal ke?.

    ردحذف
  2. Alamak sis...sedapnyaaaa....fav SA ni..ikan keli masak asam pedas pun SA suka

    ردحذف
  3. Nasib telur tu tak menetas, kalau tak mau bergaduh ank sembilang dengan duri, hihi.

    akak pun plan nak cari telur ikan esok, dah terasa beno, harap ada la rezekinya nati

    ردحذف
  4. sedapnya asam pedas tu siap ada telur lagi... nikmat sungguh

    ردحذف
  5. kalau mancing biasanya lepas balik ikan duri..tapi dah tau cara masak ni..
    lepas ni bawak balik la gamaknya

    ردحذف
  6. alhamdulillah atas rezeki yang dikongsi..semoga dimurahkan lagi rezeki sis sekeluarga..ameen ameen..

    dahsyat sampai senak perut dibuatnya..hahahah

    ردحذف
  7. Petai tu aduh. Mencari juga tapi tak temui lagi. Kadang tak terasa nak makan banyak je orang jual, ni nak makan tak ada. Dugaan sungguh.

    ردحذف
  8. This asam pedas fish dish look absolutely delicious and I the addition of fish roe will be simple too irresistible for many. :)

    ردحذف
  9. Yummy!!!!!!!!!!!! Sedap nyer nampak asam pedas ikan duri tu. Pasti menjilat jari bila makan kan. Thank you for sharing this article.

    ردحذف
  10. Rezeki sis kan, nampak petai, now petai mahal nak dpt pun susah juga... tapi rm20 dua ikat tu, atie confuse, mahal ke murah eh?

    ردحذف
  11. Menu campur-campur macam ni yang sedap ni.. telur ikan lain... ikan pulak ikan lain.. janji tengok kuah dia pun dah tau sedap ni

    ردحذف
  12. tak pernah lagi makan telur ikan tu tapi nampak sedap juga asam pedas sis. alhamdulillah meriah rezeki arini :)

    ردحذف
  13. Pergh, ini beli kedai ke sis masak betul ni? Nampak sedap betul, level tinggi punya ni. Share resepi please.

    ردحذف
  14. Alhamdulillah rezeki ni sis lin. Telur ikan tu sedap sangat tapi saya tak pandai nak masak. Pandai makan je. Hehehehhe

    ردحذف
  15. Menarik betul menu kali ni. Tak pernah lagi makan ikan duri atau telur sembilang.

    ردحذف
  16. sedapnyaaaa sebab ada teloq ikan, petai lagi. uishhh terliur rasa haha

    ردحذف
  17. Kak meang selalu masak asa pedas ikan duri tp blm pernah lagi kan telur ikan sembilang

    ردحذف
  18. sedap yer. dah lama betul tak makan asam pedas ikan duri ni.dulu arwah atok memang suka menu ni

    ردحذف
  19. Terliur tengok asam pedas tu. Tak pernah makan telur masak asam pedas

    ردحذف
  20. Tu dia lauk pauk kampung. Nie kalau duduk, mau bertambah dua tiga pinggan nasi kan. Pastu sesapa lalu belakang memang tak peduli hahaha

    ردحذف
  21. Sedapnya asam pedas lin masak. Mmg mengancam. Baik pak cik tu bagi sayur. Moga dimurahkan lagi rezeki pakcik

    ردحذف
  22. My goodness! Sedap2 ye asam pedas ikan duri telur ikan sembilan ni.. terliur tengok... wahhh kena cari asam pedas ni... :P

    ردحذف
  23. Saya suka giler asam pedas. Mak saya masak asam pedas masa saya kecil dulu, teringat sampai 34 tahun ni kak. Sedapnya. Pastu padankan dengan nasi panas, ikan masin, telur masin, ayam goreng dan ulam. Asam pedas mak saya masak mesti kena extra bunga kantan, tomato dan bendi. Sebab anak dia yang ni suka makan dan bleh jd kosong tinggal gulai dan ikan aje. Hahaha

    ردحذف
  24. Sedap kan telur ikan duri ni atau biasanya panggil telur ikan mayong. Susah juga nak dapat tapi kalau dapat memang buat masak asam pedas . Selalunya makan kat kedai kak Laila jer

    ردحذف
  25. Ikan Sembilang tu favourite uittt. Apa lg telurnya. Tak pandang lauk lain dah

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!