CARA MENGATASI STRESS SEMPENA HARI WANITA SEDUNIA! | Betul ke, perempuan lebih stress berbanding lelaki? Korang kalau stress, korang buat apa, selain Solat? Senam? Makan? Mandi? Jalan-jalan? Kalau Sis? TIDUR... itulah ubat segala stress yang Sis buat, buat masa ini. Kalau tidur hilang semua masaalah. Dan paling pelik, asal stress aje, senang pulak nak tidur, sebab mungkin mata dah menangis, letih fikir masaalah, so kita mudah terlelap.
Kadang ada masa bila Sis stress, Sis membaca juga, tapi bila di fikir-fikir rugi, sebab tak fokus.. mata memang melilar tengok setiap ejaan, tapi kepala tak boleh masuk.. so jalan mudah, tarik nafas, mengalirkan airmata, kemudian tidur.. tu je yang berkesan untuk diri Sis hilangkan stress..
Bagi korang yang tak tau nak hadap macam mana bila dalam keadaan stress, Sis kongsikan apa yang Sis baca di Hello Doktor ni, cara untuk menangani stress bagi seorang perempuan atau wanita..
Moga ianya memberi manfaat buat korang semua. Lelaki nak baca pun boleh juga.. silaaa..
Wanita, Jangan Stress Stress! Ada Cara Untuk Kekal Sihat & Bebas Tekanan, Jom Cuba!
Wanita merupakan makhluk yang luar biasa. Cuba lihat isteri, ibu atau mana-mana wanita yang dekat dengan kita, pasti kita rasa kagum melihat ketabahan dan kecekalan mereka dalam hidup. Sempena Hari Wanita Sedunia 2021, marilah kita bersama-sama mencari cara untuk mengatasi musuh nombor satu wanita iaitu stress.
Bertepatan pula dengan slogan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac tahun ini iaitu ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, inilah masa yang terbaik untuk memerangi stress dalam kalangan wanita.
Tidak dapat dinafikan, wanita berhadapan dengan banyak bentuk tekanan setiap hari. Kini, wanita bukan sahaja mempunyai kerjaya tersendiri, mereka juga merupakan tonggak utama rumah tangga dan mampu melakukan pelbagai tugas secara serentak.
Tetapi, apa sebenarnya yang membuatkan wanita selalu stress?
Kadangkala, sebagai seorang wanita, kita rasa hairan juga melihatkan kaum Adam yang sentiasa ‘steady’. Ini membuatkan kita tertanya-tanya, adakah lelaki dan wanita mempunyai reaksi yang berbeza terhadap stress?
Wanita lebih stress berbanding lelaki?
Menurut American Psychological Association (APA), dari segi stress, wanita dan lelaki melaporkan mengalami kadar tekanan perasaan yang hampir sama. Namun, apa yang berbeza ialah wanita merasakan tahap stress yang mereka alami semakin meningkat hari demi hari.
Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh APA, hampir 49% daripada responden wanita melaporkan mereka lebih stress jika dibandingkan dengan 5 tahun dahulu. Malah, jika dibandingkan antara wanita yang bujang dengan yang sudah berkahwin, mereka juga mengalami kadar tekanan yang berbeza. Seperti yang ramai sudah jangka, wanita berkahwin mempunyai kadar tekanan yang lebih tinggi berbanding wanita bujang.
Mereka juga meletakkan markah tekanan mereka pada skala 7, 8, dan 9 daripada 10 berbanding wanita bujang yang meletakkan skala 1 hingga 5. Teruk bukan? Wanita juga lebih berkemungkinan untuk mengalami stress disebabkan masalah kewangan dan ekonomi berbanding lelaki. Kaum Adam pula lebih berisiko untuk rasa tertekan disebabkan kerja.
Tambah lagi, wanita juga lebih berisiko untuk mengalami simptom fizikal dan mental apabila tertekan. Oleh sebab itu, mereka lebih berkemungkinan mengalami sakit kepala, kemurungan dan mengalami masalah pencernaan jika sedang stress. Sebab itulah, jangan mudah melatah jika wanita mudah menangis semasa stress. Sebenarnya, itu merupakan salah satu simptom yang mereka alami ketika tertekan!
Cara mengatasi stress sempena Hari Wanita Sedunia!
Semua orang tahu, stress boleh membuatkan fizikal dan emosi korang merosot. Malah, superwomen pun tidak mampu terus bekerja, menjaga anak dan ibu bapa sekali gus tanpa rasa tertekan. Tidak kiralah apa punca dan simptom yang wanita alami disebabkan stress, kebanyakan besar lebih suka melakukan aktiviti seperti membaca, mendengar muzik dan menonton televisyen untuk mengawal stress masing-masing berbanding bersenam atau berjumpa pakar psikologi.
Tidak mengapa, semua orang ada cara tersendiri untuk mengawal stress. Jom kita baca 5 cara untuk mengatasi stress yang mungkin berkesan untuk wanita:
1. Jangan lupa bersosial untuk atasi stress
Walau betapa sibuk pun korang, cuba cari masa untuk bersosial bersama-sama kawan-kawan atau orang yang tersayang.
Menurut laman sesawang Johns Hopkins Medicine, wanita yang menghabiskan masa berkualiti dengan bersosial kurang berisiko untuk mengalami penyakit jantung.
2. Bersenam dan gerakkan badan korang
Bersenam dapat meningkatkan tahap hormon endorfin di dalam badan. Hormon ini mampu membuatkan korang rasa gembira dan bahagia di samping dapat memastikan jantung kekal sihat.
American Heart Association mencadangkan agar kita melakukan senaman aerobik selama 30 minit, 5 hari seminggu. Jika korang banyak bekerja sambil duduk, amalkan kaedah 20-2-8. Setiap 20 minit yang dihabiskan duduk, pastikan korang berdiri selama 8 minit dan berjalan selama 2 minit.
3. Atasi stress dengan bersederhana dalam pemakanan
Jika korang selalu makan sebagai cara untuk mengatasi stress, pilih snek yang sihat seperti salad atau kekacang ketika lapar. Elakkan juga terlampau cepat memesan makanan segera ketika korang sedang tertekan.
4. Wanita, jangan cepat sangat putus asa!
Bak kata orang tua-tua, ada hikmahnya di sebalik semua yang korang alami pada hari ini. Sebagai wanita yang kuat dan cekal, jangan mudah putus asa!
Selain itu, cuba kekal optimis dalam hidup. Ia bukan sahaja akan membuatkan anda lebih tenang, wanita yang optimis juga lebih jarang mengalami penyakit jantung!
5. Cari ‘me time’ korang
Kadang-kadang, wanita habiskan terlalu banyak masa untuk orang lain dan jarang fokus terhadap diri sendiri. Mulai hari ini, pastikan korang mempunyai masa untuk diri sendiri atau ‘me time’.
Gunakan masa tersebut untuk menjaga diri korang, makan dengan lebih sihat, bersenam dan melakukan hobi yang korang gemari.
Kesimpulannya, kita semua mempunyai wanita yang paling kita sayang di dunia, tidak kiralah wanita tersebut berstatus ibu, isteri, kakak, adik atau merupakan seorang teman yang istimewa.
Sempena Hari Wanita Sedunia tahun 2021, jangan lupa hargai semua wanita yang berada di sekeliling korang! Bersama-sama, kita meriahkan lagi sambutan tahun ini dengan menggunakan tanda pagar #WanitaBangkitMendepaniCabaran di laman sosial masing-masing.
P/S: Kadang 'orang luar' yang suka buat kita stress.. suka cipta kebahagiaan dari penderitaan orang lain.. banyaknya begitu laaa...
Kalau saya nak hilangkan stress, memang menangis then tidur je. Tu kalau betul betul stress. Tapi kalau sikit sikit tu, distract buat benda lain macam tengok kdrama ke, main kucing atau tengok video video kucing yang lawak 😂
ReplyDeleteSamalah, kena menangis dulu.. kalau tak rasa berat giler kepala kannn..
DeleteSELAMAT Hari wanita, Lin
ReplyDeleteUntuk Kak Seri juga.. :)
DeleteDapat membeli belah tanpa sekatan, hilanglah stress mereka
ReplyDeleteOkay juga Wak, janji bukan duit sendiri hahahaha
DeleteSelamat Hari Wanita Sis Lin.
ReplyDeleteUntukmu juga Mak Lin.. :)
Deletebersenam adalah yg plg best !!!! dan mujarab
ReplyDeleteYup.. tapi jarang juga nak senam time stress hahaha
Delete