'CHUP MAKAN DULU' BUFFET RAMADHAN DI MAKAN KITCHEN DOUBLETREE BY HILTON ADA RENDANG RUSA

Sis Lin
14
'CHUP MAKAN DULU' BUFFET RAMADHAN DI MAKAN KITCHEN DOUBLETREE BY HILTON ADA RENDANG RUSA | Siapa yang suka makan daging rusa, pasti akan suka laa time Buffet Ramadhan boleh makan puas-puas Rendang Rusa ni. Haaa jangan tunggu, kalau korang nak merasai keenak-kannya, meh laaa 'Chup Makan Dulu' dan duduk makan di Makan Kitchen at DoubleTree by Hilton Johor Bahru ni. 

Sejujurnya kan, ramai di kalangan kawan-kawan Sis yang tertungu-tunggu Buffet Ramadhan Makan Kitchen ni, tak tau kenapa, kalau Sis pi review je, mesti ada yang tanya 'DoubleTree dah sudah ke Sis?'.. Bila Sis tanya, semua kata, makan di sini puashati dan banyak pilihan 'Dapur' hahahaha.. 

Yaa tu memang tak di nafikan, di Makan Kitchen ni ada pelbagai menu dari pelbagai 'Dapur' yang sedia ada. So sudah tentulah pelbagai citarasa yang akan di hidangkan. Baik menu tempatan mahupun antarabangsa. 

Dan untuk Buffet Ramadhan tahun ini, Makan Kitchen di DoubleTree by Hilton Johor Bahru mengetengah makanan berkonsepkan 'Middle Eastern-style', yaitu senang nak kata, 'Makanan Arab' daaaa... hahahaha.. 

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Kalau dah tekak Melayu kan, menu dari negara mana sekalipun depan mata, kalau dah nampak Rendang Rusa dan Ayam Masak Merah, ko ngase Sis nak tengok aje ke aaa? Hahahaha.. memang idok lerr kan. Di makan pula dengan Nasi Tomato atau Nasi Beryani Gam, perghh memang hilang gian le nak makan lauk kenduri orang kawin kan? Memang power habis masakan air tangan Chef Ariffin dan Chef Faris dalam menyediakan 'main course untuk Buffet Ramadhan tahun ni.

Lebih dari 200 menu yang akan disajikan dari pelbagai hidangan yang pasti akan membuat korang terkaku di depan kaunter dapur Makan Kitchen sewaktu nak memilih makanan. Antara menu yang akan menjadi tumpuan; Lamb Ribs Kabsah Rice, Chicken Moussaka, Mixed Lamb and Chicken Shawarma, Grilled Kabob Persian Style, Pita Bread, Tortilla Wrap, Homemade Venison Rendang by Chef Ayub dan banyak lagi!.

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Kalau tanya Sis menu apa yang menarik perhatian Sis, tentu sekali laaa Harissa Roasted Lamb dan juga Fish Head Soup mereka! Sekali cuba makan, pasti rasa nak tambah lagi!. Korang cubalah sendiri.. Nak kata sedap sangat pun tidak, nak kata sedap pun melampau pulak kan, kang korang datang, tekak korang kata tak sedap pulak.. so kenalah cuba sendiri.

Sis share ni dari pengalaman Sis sediri merasainya, sedap tu subjektif. Lagipun kalau bab menu Arab ni tak semua orang suka, tapi jangan pulak salah sangka, tak semua di hidangkan menu Arab daaa.. nak makan Asam pedas? Pun ada, Daging Rusuk Masak Tomato? Pun ado, Nasi Himpit, Ketupat Palas, Lemang dan Serunding? Lagi laaa ado hahahaha.. 

Cuma kesemua menu akan bertukar-tukat setiap hari ataupun minggu. Nasib laa kalau time korang datang, takde pulak menu yang Sis makan ya. Kalau nak sebut semua menu, memang tak siap ler posting Sis ko ni aaa hahahaha.. 

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Untuk pemanis mulut pula, memang banyak giler pilihan. Korang jangan lupa merasai kesedapan Bubur Lambuk air tangan Chef Ayub yang memang menjadi pojaan ramai. Memang ada peminatnya tersendiri Chef Ayub ni dari dulu hingga kini, namanya selalu menjadi sebutan tiap kali tiba Ramadhan hihihi.. 

Dan juga manisan dari negara Arab tak lain tak bukan Baklava dan juga Cheezy Turkish Kunafah, tu korang jangan lupa cuba ya, memang sedap. Ye laa balik-baik korang cari Durian Goreng aje memanjang ek hahahaha.. tapi memang ado pun Durian Goreng kat sini kekekekeh.. 

Tapi pilihan Sis, Serawa Durian tu, sedap makan dengan pulut. Dan banyak lagi ler menu manisan yang ado, nak sebut satu-satu, jari dah penat nak menaip ni kakakakah.. 

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Tapi kan satu Sis nak bagitau laaa, menu dari Dapur Chinese dia yang ini memang sedap giler.. sungguh, Sis tarakk tipu. Menu Uncle Dylan Mini Steamboat Corner ni memang puashati dan sedap sangat. Sis pilih Fish Head Soup dia, perghhh rasa terus segar dapat hirup sup dia dengan 3 jenis sambal sosnya.. memang terbeliak mata bila masuk sesudu dalam mulut, sungguh refreshing okay.. Korang kena cuba yang ni.. 

Ada dua jenis, satu Tomato Soup, tapi ramai rekemen malam tu suruh cuba yang Fish Head Soup so Sis cuba yang ni.. ternyata memang sedap wooo.. ada di letakkan pelbagai jenis Seafood dalam sup tu. 

Chup Makan Dulu Buffet Ramadhan Di Makan Kitchen DoubleTree By Hilton Ada Rendang Rusa

Nak cite pepanjang kang, tak cukup satu posting pulak nanti, so kalau korang nak tengok LEBIH BANYAK GAMBAR LAGI, korang pergi aje lihat di Facebook Page --> AKU SIS LIN dan boleh belek ke semua gambar menu yang dah Sis upload di sana.. silalah katup mulut supaya air liur ko tak menjejes ya hahaha.. 

Kalau korang nak berjimat membeli baucer, korang belilah Promosi BUY 8, FREE 2 dengan setiap pembelian 'Early Bird' bermula sekarang hingga 12th APRIL! Beli sebelum terlambat. 

Chup Makan Dulu 'Essence of Mediteranean' at Makan Kitchen 
Bermula dari 13th April - 14th May 2021
Pada jam 6.30pm - 10pm
Baucer jualan RM158nett Dewasa & RM79nett Kanak-kanak..

Patuhi SOP & #StaySafe
SURAU yang selesa juga disediakan.

Buat tempahan sekarang! 
☎️ +607 268 6868  
📧 JohorBahru.FB@hilton.com


P/S: Terasa-rasa kesedapan Ayam Masak Merah dan Rendang Rusanya.. sedap sokmo.. 

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. haaa... kita tengok jer dah kenyang ni, Lin

    ردحذف
  2. aku suka sangat Muhammara dia!!!

    ردحذف
  3. Turkish Kunafah tu nampak sedap pulak. Sis serang udang tu. Tak tahan tengoknya. Hehe. Rendang rusa tu rare sebab selalu rendang daging.

    ردحذف
  4. hehe is tekak melayu, me tekak mamak... mcm mna pon klu ada briyani bagai..sure nak rasa hehe

    ردحذف
  5. Mata Rawlins terus ke motif bunga-bunga kat pinggan tu. Sebijik cam pinggan lama-lama ye. Cantik betul presentation dia. Hehe. Makan pun kenyang kalau layan motif pinggan gini.

    ردحذف
  6. i hate you sis! hahahaahah ya ampun banyaknya nampak makanan fav kite especially kunafa tu, susah ye nak jumpa buffet kunafa. kenapa lah takde dekat KL ye hrmmm murung! anyway tq sis! eee tak sabarnya nak puasa

    ردحذف
  7. Wow! Looks delicious. Last year couldn't taste all these lovely food, this year got the chance.

    ردحذف
  8. Wah bukan kaleng2 ya rendang rusa! Teringin nak try. Kita baru harini pi makan2 buffet. Kunafa tu mahai ya!!! Untung ley makan buffet.

    ردحذف
  9. Alaa bestnya. Belum pernah lagi makan daging rusa. Doubletree KL ada tak menu ni?

    ردحذف
  10. Menariknye menu dia. Rambang mata tengok makanan.banyak sangat. Tak pernah makan kunafa

    ردحذف
  11. Wahhh meriah2 ye menu2 yang disajikan utk Ramadan buffet nanti... 👍👍 Confirm puas hati makan kan... Yes ahhh if Nell nampak ada Rendang Rusa, i pun akan teruja giler... Jarang2 dpt menu ni...

    ردحذف
  12. Klasik nya pinggan dia suka tengok. And pilihan makanan dia mmg suka tengok

    ردحذف
  13. Rare menu dia sis + klasik ek pinggan dia. Memang best laaa makan banyak2 camni

    ردحذف
  14. Fullamakkk... Rendang Rusa tu..!! Rare sungguh, yelah bukan senang nak dapat. Kat KL ada tak? Tingin lak

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!