DI SEBABKAN CUACA SEJUK, DAH 2 MALAM KAKI AKU KENA SIMPUL BIAWAK

Sis Lin
14
DI SEBABKAN CUACA SEJUK, DAH 2 MALAM KAKI AKU KENA SIMPUL BIAWAK | Sejak-sejak ni cuaca hujan aje di Pasir Gudang dan di beberapa tempat di Johor ni. So cuaca memang sejuk aje time tidur malam. Dan dah beberapa hari juga Sis tak ON aircond time tidur, hanya guna kipas siling aje. 

Memang pesen Sis sejak dulu sampai sekarang, tak boleh sejuk sikit, pasti akan di serang Simpul Biawak. Adoii kalau tersalah tergeliat time tidur, tiba cramp je kaki tu, Allahuakbar, dia punya sakit tak tau nak buat apa kat betis tu. Kalau ada Suami sebelah, dialah jadi mangsa Sis kena pegang tangannya. Kadang kesian Suami, sampai terkejut kadang dia tersedar bila Sis pegang dia dan tengok Sis mengerang kesakitan..

Tapi ni Suami takde di sebelah, so bila dah terkena tu, si Kenit jadi mangsa terkejut hahaha.. Gelihati kalau Sis ingat-ingat hahahahaha.. terloncat dia terbangun tiba dengar suara Sis mengerang hahahaha lawakk ar Kenit.. nasib baik ko tak kena pulas dengan Sis hahahaha.. 

Sis memang tak boleh sejuk, sejuk sikit dek sebab cuaca, haaa mulalah simpul biawak tu datang. Kalau sejuk sebab aircond ke apa ke, tidak laa pula simpul biawak tu menyerang.. dan lagi satu degill.. arwah Emak dah banyak kali pesan, pakai stokin pakai stokin, ehhhh degilkannnn... huhuhu.. time gini terus terngiang-ngiang bebelan arwah Emak Sis huhuhu...

Korang biasa terkena tak? Biasanya korang buat apa bila terkena?..

Di Sebabkan Cuaca Sejuk. Dah 2 Malam Kaki Aku Kena Simpul Biawak

Ehemm ehemm.. lari topik jap... saje nak tunjuk kasut but baru beli hahaha... ini kasut pakai time pergi event jee.. sangat selesa dan menutup keseluruhan tumit kaki hingga ke buku lali, dan bagus menutup kesejukan kaki time cuaca sejuk ni, murah aje beli kat AEON RM69 jerr ada sale, hehehe.. lama gile tak pakai kasut tumit okay.. 

Berbalik pada tajuk dan persolan di atas tu. Sis kalau kena simpul biawak apa Sis buat? 

Biasanya bila terkena aje simpul biawak, dan untuk mengurangkan kesakitannya, ada masanya Sis cuba berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut. Tapi ko faham-faham aje la kan sakit dia macam mana. 

Tapi paling cepat dan mudah Sis buat, Sis akan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan. Masa mula-mula buat tu memang laaa amat menyakitkan, tapi kena paksa juga, lama-kelamaan ia akan memberi kelegaan yang paling cepat. 

Atau kalau dah sakit sangat, kadang Sis minta Suami amik minyak dan urutkan di betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas tu, lepas tu cuba bangun dan berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki. Kalau tak buat gitu, 'constraction' tengah tegang betis tu akan lama gilee oii.. mana boleh tahannn... adeiii seriauu bila ingat.. 

Biasanya memang tu laa Sis buat.. alhamdulilah setakat ni okay, cepat simpul biawak tu hilang.. jangan malam kang dia serang lagi sudah adoiii... 

Dulu ingat time mengandung je selalu kena, ni tak mengandung pun kena juga, tapi time sejuk laaa.. kalau tak sejuk, memang tak kena.. lepas ni kenalah pakai stokin time tido kalau taknak kena serangan simpul biawak lagi.. 

Bukan taknak pakai stoking, kadang time tengah malam nak buang air terlupa pakai stokin, terus je masuk tandas dengan stokinnya sekali hahahaha.. adeiii.. angauuu.. 

Okaylah, tu je laa nak share, nanti smabung lagi.. harini ada event buffet ramadhan lunch.. di mana? Tungguuuuu... 


P/S: Kasut But tu Suami kata cantik.. ada can le nak 'pau' lagi sepasang hahahaha.. 

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ni kurang kalsium ni.. Susu mana susu hehee..

    Weii ako ada but.. Pakai sekali je weii masa show dinner 2 thn lps..
    Kalau sama saiz dah lm ako bg..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa susu minum gak weiii tapi tu le, lately ni sejukkk oii..
      Kaki ko tu kecikkk beno..

      حذف
  2. Next week bonue kuar nak beli kasut gak la..eh...hahaha...SA pun sama macam sis...selalu kena...lagi plak laki xde kat sebelah anak la jadi mangsa

    ردحذف
    الردود
    1. Beli SA, kalau SA pakai lagi meletop..
      Kann tak boleh sejuk, malam tadi tido dah pakai stokin huhuhu

      حذف
  3. memang rasa nak gaduh kalau kena simpul biawak ni😂

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn.. bukan nak gado lagi, tiap kali kena memang gado punya hahahaha

      حذف
  4. Terkejut opocot la Si Kenit bila mak menjerit.

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa PC, naik gelak pulak bila ingat-ingat hahahaha..

      حذف
  5. Kalau tidur malam sejuk2 ni kena pakai stokin
    tapi jangan pakai kasut but tu sekali.


    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha ye laa Wak.. takkan pakai kasut time tido hahahaha

      حذف
  6. Sakit tu kena time mengandung. Tp ena tdo letak kan bantal tinggi kat kaki InsyaAllah tak kena. Masa ngandung buat mcmtu je. Lg satu kita minum susu seblum tdo. InsyaAllah lama2 ok. Msa remaja slalu kena. Da tua2 ni insaf minum susu. Hahahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Ena, biasa ingat orang mengandung aje kena, sekarang sejuk aje kena, tak tau le kenapa, susu minum gak tapi kadang kadang hahahahaha

      حذف
  7. Hoiiii, cantik kasut! Hihi~
    Saya jarang kena simpul biawak..tapi memang kena pakai stocking lah kalau selalu kena..Jangan tinggal tau!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha sesekali bertumit kan Non..
      Ye Non, hrtu mkusim hujan, so sejukkk tu yang kena tu..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!