DOA BANGUN PAGI DAN AMALAN KETIKA BANGUN PAGI | Assalamualaikum dan selamat pagi korang. Pagi Khamis yang ceria dan bersemangat harini. Alhamdulilah bangun pagi ni terasa segar sangat rasanya. Sebab malam tadi Sis tidur awal, dan tidur dengan lena sekali tanpa sebarang gangguan fikiran. Kalau tak, memang susah nak tidur, stress fikir bermacam fikiran yang lalu lalang dalam kepala ni.. entahlaaa, tak fikir pun susah, bila fikir, diri sendiri pun jadi susah, ermmm..
Yang penting, hidup kena ceria selalu, barulah mood nak buat kerja jalan terus. Sis memang paling tak suka kalau moody, nanti sapa je depan mata, habis kena hamun.. so nak elak semua tu berlaku, anggap aje laa masaalah tu macam air, minum telan dan 'kencing' hahahaha..
Biasanya kalau korang terjaga dari tidur di waktu pagi, apa yang korang buat? Minum Air? Mandi? Makan Nasi? Macam-macam yang kita nak buat, betul tak? Tapi korang perlu tau, sebagai seorang Islam kita ada adab yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Sememangnya tidak rugi kita mengamalkan Amalan Baik Di Waktu Pagi kerana terdapat hikmah yang baik di sebaliknya. Membaca doa bangun tidur atau doa bangun pagi merupakan sunnah Rasulullah SAW.
Tidur diibaratkan seperti “saudara kandung” kematian sebab itulah kita perlu berdoa selepas bangun tidur..
Doa Bangun Tidur
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.
Atau boleh juga membaca..
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan dia berkuasa atas setiap sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan Allah . Ya Allah ampunilah daku.
Amalan Baik Di Waktu Pagi.
Beberapa perkara yang seharusnya kita jadikan amalan apabila bangun dari tidur adalah seperti berikut:
1. Menyapu muka
Perbuatan ini memang menjadi amalan Rasulullah SAW tatkala bagun pagi berdasarkan satu hadith yang bermaksud :
“RASULULLAH BANGUN TIDUR, KEMUDIAN DUDUK SAMBIL MENGUSAP WAJAHNYA DENGAN TANGANNYA.” (RIWAYAT MUSLIM)
2. Berdoa
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT.
3. Bersugi (Memberus Gigi)
Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita bersugi atau menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“APABILA RASULULLAH S.A.W BANGUN DARIPADA TIDUR, BAGINDA AKAN MEMBERSIHKAN MULUTNYA DENGAN BERSUGI.” (MUTTAFAQ ‘ALAIH)
4. Membasuh kedua-dua belah tangan
Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“APABILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU BANGUN DARIPADA TIDUR, MAKA BASUHLAH TANGAN KAMU TERLEBIH DAHULU TIGA KALI SEBELUM MEMASUKKAN KEDUA-DUA TANGAN KE DALAM BEKAS, KERANA KAMU TIDAK TAHU DI MANA TANGAN KAMU BERADA KETIKA SEDANG TIDUR.” (MUTAFFAQ ‘ALAIH)
5. Beristinthar
Perkataan Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali. Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
RASULULLAH S A W BERSABDA YANG BERMAKSUD : “APABILA SEORANG ANTARA KALIAN BANGUN TIDUR, MAKA BERWUDUKLAH DAN KEMUDIAN BERISTINTHARLAH SEBANYAK TIGA KALI KERANA SYAITAN BERMALAM DI BATANG HIDUNGNYA.” (RIWAYAT AL-BUKHARI)
Kesimpulannya, selain 5 amalan yang dinyatakan di atas, kita digalakkan memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT dan berzikir. Tunaikan solat berjemaah sama ada di rumah ataupun di masjid.
Sebaik-baiknya berjemaah di masjid. Selepas solat Subuh, kita juga digalakkan membaca Al-Mathurat. Al-Mathurat adalah himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW yang di susun oleh Hassan Al-Banna.
Kemudian, cari sedikit masa untuk melakukan solat Dhuha. Marilah kita beramal dengan Amalan Baik Di Waktu Pagi. Amalan yang ringkas tetapi ikhlas dan istiqamah baolamat diiktiraf oleh Allah SWT.
“AMALAN YANG PALING DISUKAI DI SISI ALLAH TAALA IALAH SESIAPA YANG MELAKUKAN AMALAN ITU SECARA BERTERUSAN SEKALIPUN SEDIKIT.” (RIWAYAT MUSLIM).
Korang buat, korang dapat.. #SisSharing
P/S: Kadangkan, benda yang mudah kita selalu lupa kan?.. :(
Tq sharing😍
ReplyDeleteSama-sama kita manfaatkannya..
Deletenice sharing :)
ReplyDeleteThanks Tiara :) ...
Deletekalau otak tak nak stop fikir, mmg takleh nak lena kan.. susahhhhh
ReplyDeleteYaa Atie.. selagi tak kosongkan minda, susah nak tido..
DeleteAlhamdulillah tq share..
ReplyDeleteMoga bermanfaat buat semua..
Delete