EARTH HOUR 2021

Sis Lin
0
EARTH HOUR 2021| Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF. Ianya di sambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac. Di mana, semua kediaman, pejabat atau di mana sahaja akan mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. 

Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008. Earth Hour tahun ini akan diadakan pada hari Sabtu, 27 Mac 2021 jam 8:30 malam, waktu tempatan [Malaysia].

Setiap tahun acara ini akan dilakukan. Ada yang serius mematuhinya, dan ada pula yang sinis. Mereka yang sedar bukan sahaja akan mengikutinya, malah disertai langkah-langkah dan pasti menunggunya setiap tahun, untuk menjadikan dunia ini lebih baik untuk didiami semua manusia dan segala makhluk hidup yang lain.

Penduduk dunia sejak lebih sedekad lalu bersatu dalam Earth Hour. Lampu dan kuasa elektrik yang dipadam sebentar, dari New Zealand ke Malaysia, Jepun ke Rusia, India ke Eropah, malah ke Amerika Syarikat, Kanada hinggalah ke kepulauan kecil di sudut-sudut lautan dunia, turut menyertainya.

Earth Hour 2021

Jutaan malah berbilion lagi manusia melaungkan hasrat dan impian dalam gelap, kerana bagi kita penghuni planet Bumi ini, alam yang kita diami ini begitu penting. Ini misi dan visi kita bersama, untuk kita buktikan bahawa kita peduli tentang isu perubahan iklim dan kehilangan sumber alam semula jadi.

Semuanya itu berlaku gara-gara selama ini kita terlalu selesa dengan kepentingan diri sendiri, lantas tidak sedar tentang bekalan kuasa yang kita gunakan dalam kehidupan sehari-hari, secara langsung mengakibatkan permasalahan tersebut.

Sepanjang kempen ini dilakukan sejak dekad lalu, peringatan tentang Earth Hour disertai pelbagai inisiatif tentang iklim dan alam sekitar, membantu pembikinan polisi berkaitan iklim, mencetuskan kesedaran dan langkah menyelamat yang berangkai-rangkai di seluruh dunia.

Earth Hour 2021

Semua itu menjadi nyata kerana manusia biasa seperti kita semua membuat keputusan bijak, bahawa inilah masanya untuk berubah!.

Dan ingat, kempen Earth Hour bukan sekadar padam lampu selama sejam... sebaliknya apa yang dilakukan setiap daripada kita selepas itu!

Pledge to switch off this Earth Hour to show you want a healthy natural world we can all rely on, and support efforts to save our wildlife, save our forests and save ourselves. Take action to protect nature, as it is one of our greatest allies against climate change and is vital for our survival and prosperity.


P/S: Jom sambut Earth Hour di Toppen Johor Bahru atau #StayAtHome and #Connect2Earth

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!