'FEAST & SOUK' BUFFET RAMADHAN DI CAPRI BY FRASER BERKONSEPKAN ARABIAN

Sis Lin
19
'FEAST & SOUK' BUFFET RAMADHAN DI CAPRI BY FRASER BERKONSEPKAN ARABIAN | Ya Habibi Ya Maulana! Kita sudah sampai ke negeri Arab daaa hahahaha.. Bertemakan 'Feast & Souk', Buffet Ramadhan di Capri by Fraser, Johor Bahru ini menyajikan lebih dari 200 menu pelbagai citarasa yang pasti membuat korang terpinga-pinga nak memilihnya, termasuklah Sis juga. 

Mana tak terpinga, sampai aje di Restoran Caprilicious mereka, mata korang tertumpu dah dengan Kambing Bakar yang bergolek-golek di luar itu. Juga dengan kaharuman bau Ikan Bakar dan aroma bau Sataynya yang mengancam perut kalau datang ketika lapar. Sangat mengiurkan. 

Yang menjadikannya konsep Arabian tu, dekorasi kesemua tempat, baik di dalam ataupun di luar restorannya, di hias bertemakan Arabian, sampaikan crew-crew bertugas pun pakai baju Arab daaaa hehehehe.. 

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

Dan seperti biasa jangan lupa patuhi SOP seperti yang di tetapkan. Kadang nak tegur juga dengan orang kita yang tak reti arahan ni, benda dah jadi norma baharukan, sana sini dah di sediakan arahan, pun kadang masih ada juga yang tak amik kisah bab SOP ni. Janganlah pentingkan diri.. #SisTegurAje

Seperti biasalah, kalau dah kata  200 menu ni, masuk aje ke dalam, memang meriahlah makanan yang di hidangkan. Susunan atur meja mengikup SOP dan satu yang Sis suka makan di restoran Caprilicious ni, pencahayaannya di sini sangat terang dan luas mata memandang. Mungkin sebab tingkap-tingkap besar di restoran ni, so kalau yang bawa anak atau warga emas tu, mereka mungkin lebih selesa dengan suasana begini. Tidak sempit dan tidak bersesak. 

Dah jom kita lihat menu apa yang menjadi tumpuan Sis.. 

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

Sebenarnya, konsep dan tema aje Arabian, tapi korang jangan salah faham, tidak semua makanan dan menu adalah menu Arab, Kita kan 1 Malaysia, so mestilah menunya di pelbagaikan dan mengikut citarasa pengunjung ketika berbuka puasa. 

Antara menu 'main course' yang menjadi tumpuan adalah Slow Roasted Harissa Lamd Shoulder, Sup Kambing, Lamb Dum Beiryani, Shish Tawook, Venison Rendang, Seabass with Lime and Garlic, Lamb Tagine, Falafel Chicken, Couscous, Sumac Seabass Fillet, Greek Chicken with Sauce, Baked Lemon Garlic Salmon, Black Pepper Slipper Lobster, Sambal Udang Petang, Daging Masak Hitam, Sesfood Paella dan banyak lagi daaa... tu antaranya je Sis tulis.. 

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

Yang suka makan bakar-bakar tu, jangan lupa pergi ke area luar restoran, di situ ada bermacam lagi hidangan panas BBQ. Satay mereka juga sedap, Potugese style Ikan Bakar pun ada, dan jangan lupa, korang kena cuba Roasted Beef with air assaam, uii terangkat beb makan daging cecah air assam, kalah Daging Harimau Menangis hohohoho.. eishhh ngencess weyyy.. 

Yang nak makan masakan Arab, jangan lupa mencuba Chicken Sharwana mereka, Baharat Middle Eastern Spice Blend, Striplion yang pasti menepati selera tekak korang, ramai sukakannya.. 

Ulam-ulaman mereka jangan cakaplah, aneka Kerabu basah dan mentah ada terhidang, pilih aje laa nak apa, termasuk juga Salad-Salad. Pun banyakkkk sekali. 

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

Taknak makan nasi, ada juga Roti Jala dan aneka Mee di sediakan, Mee Laksa ada, Laksa Johor pun ada, tapi Sis tak dapat merasa Laksa Johor tu, sebab time dah kenyang baru tau itu Laksa Johor, ingatkan Kari Laksa huhuhu.. Banyak pilihan kalau korang nak makan, jangan risau, kalau rasa boleh makan semua, ye bedal.. kalau tidak, makan laa seadanya ya, jangan membazir..

Tak lupa juga menu Hari raya, ada Ketupat Palas dan juga Lemang bersama Serunding. Nak lagi sedap, korang makan cecah dengan Venison Rendang mereka, memang sedap oii.. Sis amik banyak, sangat-sangat sedap.. Sis sangat rekemen korang cuba makannya jika time korang pergi tu ada di sediakan. 

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

Kalau bab pencuci mulut tu jangan cakaplah, banyak sungguh pilihan, dari Kuih-Muih Tradisional, hingga ke menu Arab pun ada. Dan semestinya Sis mencuba Baklava mereka. Sis memang pengemar Baklava, biasa kalau nampak ada yang jual, memang Sis beli, cuma bagi siapa yang makan Baklava akan kata manis, memang ianya manis, tapi Baklava di sini, Chef mereka kurangkan kemanisan dalam senyuman Baklava tu, so rasa dia just nice aje, sedap.. Korang cubalah..

Selain Baklava, ada juga Umm Ali, Mahalabia dan aneka Buah-Buahan dan juga aneka French Pastries. Tak lupa juga aneka Kuih Raya pun ada ko, tak sangka dapat makan Kuih Tart sepuasnya di sini hahahaha.. kuih kegemaran Sis, juga Biskut Suji mereka, eee sedap semua.. 

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

Yang bestnya, sepanjang Ramadhan akan juga di adakan 'Arabian Night Market' di ruang depan restaurant Caprilicious, di mana pelbagai gerai jualan akan berlangsung.. Sempat juga Sis bershopping haritu okay. Harga pun tak mahal, ikut pasaran jualan online juga. 

Korang yang nak lihat LEBIH BANYAK GAMBAR makanan dan sekitar suasana Restoran Caprilicious ni, korang klik Facebook Page --> Aku Sis Lin ni okay. 

Situ banyak gambar Sis upload.. Tengoklah sampai muntah hijo hahahaha.. 

'Feast & Souk' Buffet Ramadhan Di Capri By Fraser Berkonsepkan Arabian

Buat tempahan sekarang untuk dapatkan harga tawaran early bird istimewa!! 
Berapa harganya? Sila lihat details di bawah ini ya.. 

Feast & Souk Buffet Dinner Ramadhan
Alamat: Menara Tiga Serangkai, Jalan Tengku Azizah, 80300 Johor Bahru
Tempat : Restoran Capricious Level 1
Bermula pada 15 April hingga 10 May 2021
Jam 6.30pm - 10pm

Harga :
RM 138nett Per-Person Dewasa
RM96nett Per-Person Kanak-Kanak & Warga Emas

Nikmati harga istimewa dengan setiap pembelian awal 'Early Bird' bermula sekarang sehingga 12 April 2021! Dan dapatkan RM50.00nett F&B Cash Voucher jika korang membeli minimum 4 vouchers pada harga RM138nett!!.. 

Cepat buat pembelian sekarang!!


Atau ke laman website mereka untuk maklumat lanjut: https://bit.ly/3c35CFO


P/S: Tak boleh move-on dengan rasa Baklave dia, sedap gilerrrr ❤

Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wah... nampak sedap sungguh. Susu neelofa pun ada juga

    ReplyDelete
  2. apalagi Sis Lin, gelek.. gelek.. gelekkkk

    ReplyDelete
  3. jarang ada ketupat palas kan, syok jugak ni buka puasa kat sini..Nanti plan nak ke sinilah puasa nanti

    ReplyDelete
  4. perghhh kambing dia...
    eh eh bila nak bagi kita makan busat gak :p

    ReplyDelete
  5. Kalau ena pon pape kambing bakar wajib makan. Haha

    ReplyDelete
  6. Kambing bakar tu confirm cepat habis. Peminatnya ramai tu. Nampak hidangan yang disediakan tu menarik.

    ReplyDelete
  7. Ya Habibi MasyaAllah lazat sungguh. Kambing bakar kalau style Arab masak lebih sedap. Rempah ratusnya mesti terasa. Daging lembut. Wuwuwuww. Ramadan tiba Ramadan tiba. Marhaban Ya Ramadan. Lapar sungguh nengok gambar akak.

    ReplyDelete
  8. Meliurkan. Sungguh. Ada ketupat palas.

    ReplyDelete
  9. Menu dia best best belaka. Terliur tengok makanan dia. Lepas ni lidah pelat arab la eh? Hehe

    ReplyDelete
  10. bukak blog nampak kambing golek, dah la puasa ni, kecur air liur hahahahaha semua makanan nampk sedap

    ReplyDelete
  11. laparnya tengok semua makanan dalam gambar tu. terutamanya kambing golek tu

    ReplyDelete
  12. Meriahnya SisLin asik berbuffet kat hotel ye. Kita ni 1 pun tk pegi lagi. Pose nanti bolehla iftar di sini ya.

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah MasyaAllah. Makanannya lazat-lazat. Menunya banyak betul. Nanti nak check kalau capri by Fraser KL pun ada buat (sila baca dalam nada Arab P Ramlee)

    ReplyDelete
  14. Wah meriah ye. Kte thn ni byk dpt invitation tp 1 pun blm berkesempatan nk gi lagi.. hehe..

    ReplyDelete
  15. Meriah sungguh makan2 yang ada kan.. Bestnya tahun ni dapat beriftar sesama kawan2 kat hotel, kita miss opportunity ni last year kan..

    ReplyDelete
  16. Menggoda betul punggung kambing tu yer . Rindu nak pergi Buffet Ramadhan tapi takder pulak yang invite tahun nih. Best tengok menu-menunya kat sini. Semoga Ramadhan tahun ni nikmat yang diberikan bertambah untuk kita sentiasa syukuri.

    ReplyDelete
  17. Rindunya hidangan di buffet Ramadhan! Mesti ramai dah mula buat booking untuk beriftar di hotel bagi lepas rindu sebab tahun lepas tak berkesempatan sebab Covid19

    ReplyDelete
  18. Yahabibi ya maulana. Rindu ngan pi buffet macam ni. Akak nanti kita pi JB lanjer kita ehh.. Hehee

    ReplyDelete
  19. best yer food review sokmo sis lin ... next week ada lagi tak? nak ikut. lama dah tak makan kat hotel ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!