HANYA RM499 SAHAJA UNTUK PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Sis Lin
14
HANYA RM499 SAHAJA UNTUK PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI LEGOLAND MALAYSIA RESORT | Mesti korang baca korang terkejut kan dengan tawaran harga tu? Yaaa tarak bohong punya, hanya RM499 sahaja untuk penginapan 2 hari 1 malam termasuk SARAPAN di Legoland Malaysia Resort sempena pembukaan semula mereka baru-baru ini. 

Alhamdulilah, ada juga rakan Sis yang dah pun dapat membelinya dan akan mula menginap pada hujung minggu ni. Bagi mereka yang tidak dapat membelinya, jangan risau, insyaAllah, ada promosi lagi nanti, Sis akan kongsikan dengan korang ya.. 

Hanya RM499 Sahaja Untuk Penginapan  2 hari 1 malam Di Legoland Malaysia Resort

Dengan syarat, korang adalah rakyat Johor sahaja, yee yang di luar dari negeri Johor, harap bersabar ya, jangan nak merentas negeri pulak okay, tak memasal kena denda langgar SOP, engko bayo RM10 000 hengget kang oii... dan satu lagi, tawaran ini hanya sah penginapannya sehingga 21 March ini sahaja.. Maksudnya, korang beli sekarang, dan menginap pada tarikh pilihan korang sebelum 21 March. Lepas dari 21 March, harga kembali ke asal. Faham?..

Untuk penginapan tu, korang boleh pilih 3 LEGO themes setiap bilik yang ada, antaranya Pirate, Kingdom dan  Adventure. Dan Sis dah pernah staycation di sini, dan menginap di bilik bertemakan Kingdom dan juga Adventure. Tapi masa Sis stay tu, Sis upgrade ke  Premium Kingdom Themed, so harga agak mahal le sikit yaa.. dan tidak termasuk dalam promosi RM499 tu.. harap maklum.

Hanya RM499 Sahaja Untuk Penginapan  2 hari 1 malam Di Legoland Malaysia Resort

Yup.. Sis sendiri pun ada pengalaman menginap di bilik bertemakan Kingdom tu.. sebab tu Sis suka mengatakan pilihan Sis semestinya Kingdom Themed hehehe.. Kalau dah harga RM499 tu, memang sangat murah giler berbaloi oii laa.. rugi laaa kalau tak amik peluang ni dan staycation di sini bawa anak-anak.. 

Ada rezeki lebih, korang upgrade biliknya macam Sis tu, puashati.. 

Lagi gambar dan cerita, korang boleh baca di bawah ini : 

Gambar penuh bilik --> Facebook Page Aku Sis Lin

Hanya RM499 Sahaja Untuk Penginapan  2 hari 1 malam Di Legoland Malaysia Resort

Dan untuk membaca pengalaman Sis menginap di Adventure Themed ni, korang boleh membaca dan melihat gambarnya di bawah ni.. Memang sangat Sis rekomen korang bawa anak-anak bercuti ke sini.. 

Oh, ya, swimming pool mereka juga dah buka dengan SOP yang ditetapkan.. memang budak suka laa kan., lagipun kolam renang mereka agak besar dan sentiasa di awasi oleh crew-crew yang bertugas.. 

Gambar penuh bilik --> Facebook Page Aku Sis Lin 

Hanya RM499 Sahaja Untuk Penginapan  2 hari 1 malam Di Legoland Malaysia Resort

Dan juga... sudahkah korang dapatkan tiket promosi BUY ONE FREE ONE untuk ke taman tema Legoland Malaysia Resort ni? Sebab... hari ini adalah hari terakhir untuk pembelian tiket tersebut...Jangan kata Sis tak payung yee.. Sis dah update di Facebook Page Aku Sis Lin, dah update di Instagram Aku Sis Lin, so jangan kata tak tau pulak... tu mesti tak follow le tuu hahahahaha.. 

Beli 1, PERCUMA 1!!!

Tawaran ini hanya sah untuk tiket LEGOLAND’s Theme Park, Water Park, SEA Life single park tickets dan Double Park (Theme Park + SEA LIFE) dan Triple Park (Theme Park + Water Park + SEA LIFE) Combo tickets sahaja..

Bila korang membeli 1 (SATU) tiket 1 hari dengan harga penuh, korang akan dapat 1 tiket SATU lagi secara PERCUMA.. 

Korang hanya pilih tarikh lawatan korang untuk Tiket Harian yang dibeli di bawah promosi ini sahaja.. cuma pembelian promosi ini akan tamat hari ini.. so cepat beli sekarang sebelum terlambat.. 

Untuk pembelian dan harga tiket, korang boleh klik di SINI ya.. 

Hanya RM499 Sahaja Untuk Penginapan  2 hari 1 malam Di Legoland Malaysia Resort

Terbaru!! Pertama di Malaysia!! 

Jika korang inginkan 'privacy', jom nikmati keindahan makan malam bersama family, boifren ke, cuma jangan bawa Laki orang,  yang unik di SEA LIFE Malaysia Underwater Dining Experience! Yaa sambil makan sambil lihat ikan-ikan berenang di aquarium. Mesti seronokkan! 

Tempahan untuk Underwater Dining Experience tersedia hanya pada 13 & 27 Mac, juga 10 & 24 April. So cepat buat tempahan ya. Limited seats ni.. 
 
Buat tempahan segera dengan menghantar email : 
LLMReservation.Hotel@LEGOLAND.my atau 
Dail +607 597 8888 

Untuk maklumat harga dan tempahan, korang boleh klik di sini ya : SEA LIFE Malaysua Underwater Dining Experience 


Amacam? Best tak promosi semua? Jangan tunggu, cepat booking dan buat tempahan sekarang. Sis tengok banyak date dah full okay.. 

Yang penting, patuhi SOP dan ikut arahan yang telah di tetapkan.. #KitaJagaKita dan elakkan 3S ..  Eh lupa plak yang dah ada Annual Pass tu ek.. 

Annual Pass get ADDITIONAL 10% Off!
Members get the best perks! Annual Pass members enjoy additional 10% discount on top of the Room with Breakfast offer price.

Okay tu je nak share untuk korang.. nanti kalau siapa dah pergi jangan lupa kongsi cerita dengan kawan-kawan korang ya... Enjoy dan selamat bercuti.. 


P/S: Legoland ni, bagi laaa soploh kali Sis pergi, memang enjoy gileee.. cuma yang geram, tiap kali Sis ko pergi, ehhh hujannnn, erghhhhhh.... 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. laaaa hilang komen kat sini'???? aisshh... hellooo test test...

    ReplyDelete
  2. fuhhh...dah lama mengidam nak bermalam sini..rasanya tak tidur terus...teruja

    ReplyDelete
  3. Murahhhh.. Hari tu pi bulan 12 pun rasanya dapat rate rm550+ tak silap... Rindu legoland.. Ni kalau tunjuk kt anak2 ni mesti ajak pi lagi

    ReplyDelete
  4. Actually harga yang diberikan ni murah. Dulu sis menginap sini saja nak merasa experience kat Hotel Legoland ni....2 hari 1 malam RM730. Wow dining kat aquarium tu satu pengalaman yang menarik. Errr tapi harap2 jangan shark pulak yang berlegar legar atas kepala....tak lalu sis nak makan nanti.

    ReplyDelete
  5. Offer best ni. Tak pernah jejak legoland lagi. nak merentas negeri macam lambatt lagi..huhu

    ReplyDelete
  6. Aduh.. memang tak sempat la nak grab prob ni nampaknya.. Kena tunggu open betul-betul ni sebab dah lama sangat tak pergi JB ni.., haha..

    ReplyDelete
  7. Wahh! Tak sabar nak tunggu boleh rentas negeri ni. Teringin gila nak ke SEA LIFE Malaysia Underwater tu untuk rasa dining experience.

    ReplyDelete
  8. RM499 per night is quite a good price for Legoland Resort. Tapi sayang nyer kami di Serdang masih x boleh ke Johor.........urmph.........

    ReplyDelete
  9. Nasib ada ayat ‘rakyat Johor sahaja’. Kalau tak memang daku mengamuk kak.
    Eh. Mana boleh rentas negeri lagi kan hahahaha

    ReplyDelete
  10. ala sedihnya hanya untuk rakyat Johor sahaja. Tahun lepas masa boleh rentas negeri, saya ada lah jugak travel ke Johor tapi tak pergi ke Legoland ni. :)

    ReplyDelete
  11. Pergh yang dekat tu memnag kene grab la. Murah kot. Best hotel legoland ni, semua bilik best. Kalaula dekat lama dah grab

    ReplyDelete
  12. Berbaloi sungguh harga tu !! Lama dah tak ke sana ... rindu gak nak bawak anak-anak gi LEGOLAND. Insyaa Allah .. boleh rentas je kita terjah

    ReplyDelete
  13. Lama nya x pergi legoland.. bestnya. Kalau dapat bawa anak3 ke sini. Apatah skrg tix tgh murah

    ReplyDelete
  14. syok yer orang Johor. Jeles yer kita yang dok jauh ni. mampu baca jer lah.. bila entah dapat jejak legoland lagi ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!